Ikan bakar petai ana, Tanjung Lumpur...

"Berapa RM habis semalam," tanya seorg sahabat.
"Ada la belas2 ringgit," jawabku.
"Sikit je???" sambungnya lagi.
"Oh, yeke? Biasa berapa?" tanyaku.
"Standard RM20 lebih," mudah menjawab.

Alhamdulillah, tercapai juga target ku utk berjimat dalam perbelanjaan di kedai yg org selalunya berbelanja mewah.

Memang ada hikmah la kejadian yg berlaku malam tu.

Ujian pertama: Parking kereta penuh.
Ujian kedua: Kedai penuh dengan org.

Setelah naik ke tingkat atas, ada gak la kosong.

Ujian ketiga: Silap cakap nombor meja kat waiter.

Akibatnya, sedikit kekeliruan dalam pesanan ikan.

Ujian keempat: Org lain yg datang lambat dah dpt order.
Ujian kelima: Mereka juga yg balik dulu sedangkan kami masih menunggu nasi.
Ujian keenam: Order nasi and sayur kailan masin hilang.

Jadi kenala order balik.

Ujian ketujuh: Kak waiter yg marah kitorang balik.

Silap betulla, ujian ni lak tak leh tahan.
Kesian kak tu kena marah dengan kitorang balik.
(Walaupun bukan dengan tinggi suara, tapi nada marah gak la).

Tapi last sekali, masa byr tu puas sebab...
1. Sorang bayar RM13 lebih je.
2. Kenyang yg tidak melampau (cukup memenuhkan perut dgn tidak mengantukkan diri).

p/s: teringat satu ayat qur'an, tapi tak ingat verse mana, ayat mana (awal2 surah gakla)...yg pengajarannya; ujian yg kita dapat sekarang ni tak setanding dgn ujian nabi dan umat yg terdahulu sehingga mereka berkata "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"... dan sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat..

Kalau nak masuk syurga mesti kena lulus ujian dulu..
Barula bole bezakan org beriman atau tidak..
Mcm rakyat palestin yg terseksa dgn kesan bom fosforus yg menyebabkan kulit melucur...
Bahan kimia tu menjalar hingga ke tulang dengan perlahan2 (bagaikan ada mata)...

Diabetic Care... Appreciation Night....

Pesakit dilawat ilmu ditambah,
Manfaat kepada diri sendiri.

Tahun baru 1430h / 2009 m

Alhamdulillah, pujian bagi yg Maha Pencipta kerana memberikan kesempatan untuk diri ini mengecapi segala nikmat yg tak terhitung banyaknya.

Sekejap saja masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu... dan sekarang tahun berganti tahun.

Memandangkan masa yg pantas berlalu manusia harus peka dengan meguasai suasana dan masa.
Bukan masa yg menguasai kita mengheret ke suasana duka dan nestapa.

Oleh itu, blog dipandang sebagai satu platform terbaik untuk menguruskan masa, emosi dan situasi.
Lantas, tercetuslah idea untuk mengguna platform blogspot yg dirasakan lebih relevan berbanding blog friendster.

Justeru, azamku adalah untuk lebih bijak mengurus masa, mengendali manusia dan meningkat usaha.

Segala ilmu pengurusan ditambah dengan pengalaman mesti dipraktikkan mulai saat ni.

Semoga kita semua mendapat petunjuk untuk mengendalikan kehidupan dengan matlamat yg jelas.