Kestressan melampau

*****

Stressfull condition
Minggu kedua semester pertama tahun keempat

Hospital attachment at HTAA....PT 1

Paling teruk?
Pecah terus?
Polis trafik?

Tak....

Pharmacotherapeutics 1

Subjek yang penting
Namun ramai yang gagal

Suasana yang tegang
Diri yang lenggang
Terasa kurang senang
Dengan pelbagai karenah orang

Pagi melawat pesakit
Bertanya khabar
Mengambil maklumat

Petang berkumpul
Berbincang data
Mengawal suasana

Hanya Allah sahajalah yang tahu bertapa gelabahnya diri ini
Hanya Allah sahajalah tempat aku bergantung dan memohon pertolongan

Alhamdulillah akhirnya pertolongan Allah melegakan perasaan

Namun, ujian lain datang melanda
Kemalangan kecil sebelum lampu isyarat
Nombor plat kereta orang terpatah sedikit

Fikiran kurang rasional
Iman mengawal moral

Alhamdulillah, dengan petunjuk Allah...
Empunya kereta bersimpati
Dengan kekurangan diri
Anaknya di belakang melambai-lambai sendiri

Ringkasnya, tetaplah dengan perintah Allah
Hal lain akan diuruskan dengan serta-merta......

Checkmate!

****

Terkenang zaman sekolah menengah dulu
Agak-agak dalam tingkatan 2

Popular dengan permainan chess
Kalau pegi je mana2 dorm aspura

Mesti ada org tengah main
Ataupun jadi pemerhati

Tak ketinggalan juga dengan diri ini
Suka tengok orang main

Sambil kumpul ramai2
Ada jela cadangan kepada pemain tersebut

Apa yang menarik perhatian
Ialah perihal membuat keputusan yang betul

Apabila terdapat 2 choices
Mengalihkan queen atau pun menyelamatkan king
Dah tentulah kena mengorbankan queen

2 choices ni la yg menjadi strategi permainan ni
Memberikan dilema kepada pemain lawan

Untuk membuat pilihan yang terbaik
Andai tersilap, checkmate la jawabnya....



*******

Pejam celik
Dah pun sampai minggu kedua sem pertama tahun keempat
Pengajianku dalam ijazah sarjana muda farmasi UIAM Kuantan

Dah jadi abang paling senior rupanya.....

Alhamdulillah
Betapa besar nikmat Allah
Memberikan ku ilham untuk membuat pilihan
Samada mengekalkan ego sebagai senior
Atau mencurahkan ilmu kepada junior


LDK for new batch


Makan di cafe mahalah IM2 bersama presiden MyPSA


Bersama komiti Pharmacy Talk (Klik sini untuk maklumat lanjut program)
******
Kesimpulannya;
Hidup ini penuh dengan cabaran
Terpulang kepada diri untuk membuat pilihan
Andai pilihan tak menepati sasaran
Usah risau dengan tohmahan
Hati orang sukar dipuaskan
Yang penting berlandaskan ajaran
Allah dan Rasul menjadi sandaran
Insya-Allah selamat masa hadapan

Bidan terjun dengan labu-labunya

Sebelum ni, kau mesti pernah dengar pasal Luncai terjun dengan labu-labunya kan?

Untuk cerita lanjut klik: Cerita rakyat

Kali ni
Aku bukan jadi seperti luncai
Tapi bidan terjun
Yg juga terjun dengan labu-labunya

Menerima tugas kerana menolong kawan
Alhamdulillah... byk pengajaran yg aku dapat



Mengawal trafik: Dapat pengalaman berinteraksi seperti seorang polis trafik

Melihat kawan mengengdalikan saringan kesihatan: Lebih faham tentang H1N1

Kesimpulannya, walaupun tak berhajat pun nak jadi komiti ni, tapi Allah dah tetapkan....
Kena gak menggalas tanggungjawab seperti setahun yang lepas....
Tapi, yang peliknya semua program seakan-akan sama; program oriented, not objectif oriented...
Apa objektif kita sebagai hamba Allah?
Tentulah beribadah...
Tapi kalau dalam program lak....
Macam mana la kita boleh mengutamakan makhluk berbanding Yang Maha Pencipta...
Semoga diri ini lebih istiqomah lain kali...
Allah lah yang menentukan segalanya
Samada program tu berjalan lancar atau tak
Tak kiralah, sebaik mana pun latihan yang dijalankan
Sebanyak mana pun duit dibelanjakan
Hak Allah tetap lebih utama
Manusia sebagai hamba tak perlu mengabaikan perintah Allah...
Demi menjaga hati manusia...