Checkmate!

****

Terkenang zaman sekolah menengah dulu
Agak-agak dalam tingkatan 2

Popular dengan permainan chess
Kalau pegi je mana2 dorm aspura

Mesti ada org tengah main
Ataupun jadi pemerhati

Tak ketinggalan juga dengan diri ini
Suka tengok orang main

Sambil kumpul ramai2
Ada jela cadangan kepada pemain tersebut

Apa yang menarik perhatian
Ialah perihal membuat keputusan yang betul

Apabila terdapat 2 choices
Mengalihkan queen atau pun menyelamatkan king
Dah tentulah kena mengorbankan queen

2 choices ni la yg menjadi strategi permainan ni
Memberikan dilema kepada pemain lawan

Untuk membuat pilihan yang terbaik
Andai tersilap, checkmate la jawabnya....



*******

Pejam celik
Dah pun sampai minggu kedua sem pertama tahun keempat
Pengajianku dalam ijazah sarjana muda farmasi UIAM Kuantan

Dah jadi abang paling senior rupanya.....

Alhamdulillah
Betapa besar nikmat Allah
Memberikan ku ilham untuk membuat pilihan
Samada mengekalkan ego sebagai senior
Atau mencurahkan ilmu kepada junior


LDK for new batch


Makan di cafe mahalah IM2 bersama presiden MyPSA


Bersama komiti Pharmacy Talk (Klik sini untuk maklumat lanjut program)
******
Kesimpulannya;
Hidup ini penuh dengan cabaran
Terpulang kepada diri untuk membuat pilihan
Andai pilihan tak menepati sasaran
Usah risau dengan tohmahan
Hati orang sukar dipuaskan
Yang penting berlandaskan ajaran
Allah dan Rasul menjadi sandaran
Insya-Allah selamat masa hadapan

1 comment:

  1. masa kat sekolah dulu kiteorang main double chess..memang seronok..sekejapnye dah check mate..

    kesimpulan yang aku sokong...hidup kita penuh ujian untuk menguatkan iman kita dan tahap kebergantungan kita kepada Allah.

    siapa yang sabar dengan ujian yang menimpa, baginya pahala yang besar.

    ReplyDelete