Hikayat Pedang Sakti

Satu catatan perjalanan ke rumah org Asli Kg Pantos di waktu org lain sibuk study...


Masa bagaikan pedang,
Jika kita tidak menggunakannya,
Ia akan memotong kita.

Luka yg dalam akibatnya menimbulkan parut yg lama,
Penyesalan yg tak berkesudahan...

Jadi, beringatlah untuk menggunakan masa dengan baik,
sewaktu muda dan lapang,
sebelum rambut bertukar warna.

















Tapi, kadang2 pedang tidak digunakan dengan effisien kerana masalah org lain,
Penantian yg mengambil masa membuatkan pedang terabai,
Perjalanan yg mencabar menyebabkan hilang pertimbangan akal untuk mensesuaikan cara penggunaan pedang.














Panas terik membakar tubuh,
Ditambahkan lagi dengan panas di hati menahan amarah,
Segala cabaran ke Kg Pantos menjadi pengalaman berharga,
Menjadi bukti kesabaran yg diuji.













Alhamdulillah, perasaan kembali tenang bila sampai kt tempat dituju dgn selamat,
Dengan suasana kampung yg nyaman,
Ditambahkan dgn layanan mesra pegawai dan penduduk,
Memudahkan kerja survey COHSAS kami.



Dengan pengorbanan masa study untuk melaksanakan tugas yg diberi,
Diharapkan masa tersebut memberi kelebihan untuk menghadapi masa sempit dalam exam yg akan berlangsung tak lama lagi.

Pedang exam yg akan memotong diri diharap dapat ditangkis dengan Pedang Setiawan hasil tugas yg dilaksanakan kerana Allah.



P/S: Masa pun makhluk tuhan gak, kalau tak sempat nak buat sesuatu, tak semestinya berkesudahan dgn yg tak elok.
Walaupun short term effect yg kurang memuaskan, long term effect byk lagi menanti... :)

Ingat, mesti kena ingat

Satu peringatan untuk diri sendiri yg mudah lupa...

Kita buat kerja selalu terlupa pasal objektif asal mula2 nak start dulu...
Sampai tersasar perbuatan, kerana tujuan yg tak jelas....

  1. Pegi kelas utk full attendance instead of nak dpt knowledge
  2. Pegi attachment utk complete attendance instead of nak dpt pengalaman
  3. Main bola utk menang istead of nak sihat tubuh badan
  4. Buat program utk cari populariti instead of rapatkan ukhuwwah
  5. Makan utk puaskan nafsu instead of nak dptkan nutrient seimbang
  6. Tolong org utk diminta balasan instead of mencari keredhaan Allah

Semestinya, first intention bg setiap perbuatan dimulakan dengan niat,
dan niatla semuanya kerana ALLAH...
Insya-Allah menjadi ibadah yg membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat =)

***

Seringkali kita terdengar org bercerita tentang kelebihan sendiri sambil berkata;
"Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar nak bagitau..."

Tapi mungkin kita mudah terlupa
Yg dgn membanggakan diri akan membawa kepada takbur...
Padahal semua tu bukan milik kita selamanya
Kalau Allah nak tarik balik nikmat pinjaman yg sementara tu
Bila2 masa je bole...

Jadi, kenala selalu beringat
Setiap perkara ada hikmahnya
Dgn masalah la kita menjadi lebih matang
Kesempitan masa membuatkan diri lebih kreatif
Memberi prioriti kpd perbuatan yg menambah nilai sahaja
Sambil membuat kerja pinggiran pada masa yg tertentu

Kelebihan menjadikan diri lebih bersyukur
Sambil mengandaikan diri berada di tempat yg sebaliknya
Supaya dapat menjauhkan diri dari kufur...

Mudah-mudahan Allah memudahkan amal2 harian kita...

Geng Bas Sekolah (GBS !!!)

Semalam aku termasuk dalam golongan GBS
Tapi bukan dgn abg ju, melly dan rakan2...

Gara2 terlepas bas KL - Kuantan pukul 5.30 pm...

Dengan bayaran RM30
RM8 lebih mahal dr asal
Terpaksala naik bas sekolah
Yg dijanjikan kul 6.15pm

  • Takde permit perjalanan
  • Parking tempat yg tersorok
  • Ada la pulak JPJ datang

Lepas selang masa yg agak panjang
Baru dgr bunyi pintu driver ditutup
Tak taula cmne diorg settlekan dgn JPJ tu
Perjalanan dimulakan dalam pukul 7.00 pm

Agak2 sejam je pas tu
Berhenti kat Petronas
Tgok macam ada masalah enjin je

Hai... Rombongan sekolah lambat la sampai cmni
(Signboard- Kuantan 202km)


Alhamdulillah, akhirnya smpai gak kt terminal makmur
Jam kat tangan - 11.16pm

Walaupun penat, sedih, kecewa
Sbb terlepas bas, naik bas takde permit....

Rasa puas, gembira, syukur gak
Sbb dpt jumpa family, schoolmate sek ren & men,
Dan yg penting dapat pengalaman baru...

Jadi Geng Bas Sekolah !!! :P