Buku Bagus Masa Cuti

Iklan sekejap. Nak promosi 2 buah buku. Sebab best sangat. Sampai masa berjalan pun tak sedar. Memang amat sesuai dibaca oleh mereka yang sedang bercuti. Terutamanya pelajar. Tak mustahil juga bagi yang dah bekerja. Buktinya, saya sendiri yang dah bekerja dapat menghabiskan baca 2 buah buku ni. (Baca skip2 lah, amik isi penting je...)


  • Buku 1: "Untukmu Wanita"
Detail ada kat sini.


Ulasan:

- sesuai dijadikan hadiah kepada kaum wanita (ibu, adik, kakak)
- amat penting dibaca oleh lelaki dan perempuan (sebabnya, kaum lelaki yang akan memimpin keluarga yang tentunya ada wanita... penulis ni sendiri pun lelaki.)
- padat dengan dalil dari sumber al-quran dan hadith
- setelah membaca buku ini, anda akan berasa seperti mendapat suntikan ilmu. Penuh ilmu di kepala...


- isu yang dibincangkan memang sesuatu yang sering ditanya masyarakat, tetapi kita tidak tahu jawapannya.

- kesimpulannya, segera dapatkan di kedai berhampiran. Tak rugi melabur sedikit wang untuk ilmu.



  • Buku 2: Muhammad al-Fateh - edisi jimat

Detail ada kat sini.

Ulasan:

- kisah benar yang menaikkan semangat pembaca

- jika anda tidak minat sejarah, anda akan bertukar fikiran selepas membaca buku ini

- banyak pengajaran yang dapat ditiru untuk kehidupan seharian

- memang bagus betul character pahlawan islam ni

- kesimpulannya, memang amat menjimatkan dengan harga yang murah dapat baca penulisan yang berkualiti.

p/s: Saya tak dapat apa-apa komisen dunia pun daripada promosi ni. Cuma ingin berkongsi. Banyak manfaat daripada buku ni. Saya dah dapat. Jadi, harap rakan-rakan semua dapat juga kebaikan daripada buku-buku ini.

Cerpen Ikatan Hati - Episod Suku Akhir


Najmuddin pasrah. Hanya kepada Allah dia bertawakkal. Allah lah tuhan yang patut disembah. Dialah yang menentukan rezeki. Biarlah manusia tidak redha, asalkan Allah redha. Najmuddin bertekad untuk bekerja sehabis baik. Cepat dan tepat. Dia sanggup bekerja lebih masa untuk menguasai kemahiran yang perlu. Boleh dikatakan setiap hari, Najmuddin pulang lambat daripada yang sepatutnya.

Setelah lebih 3 bulan bekerja, Najmuddin dapat menguasai teknik yang sepatutnya. Dia sudah dapat melakukan kerja dengan pantas. Alhamdulillah. Najmuddin memuji Allah di dalam hati.

Program Syarikat

Syarikat kilang tempat Najmuddin kerja sering melakukan aktiviti luaran. Sama ada ceramah, kem motivasi atau aktiviti lasak. Minggu depan bakal diadakan aktiviti mendaki Gunung Buah. Antara objektif utama ialah untuk merapatkan hubungan antara pekerja serta membina ketahanan fizikal dan mental setiap ahli syarikat tersebut.

Kumpulan disusun secara rawak. Satu kumpulan dalam 5 orang peserta. Najmuddin ditakdirkan satu kumpulan dengan orang yang selalu mengejeknya dahulu, Sufian. Najmuddin agak kurang selesa. Hubungannya dengan Sufian masih agak dingin. Namun, Najmuddin tetap mempositifkan diri. Mungkin ini peluangnya untuk merapatkan silaturrahim. Allah tak suka orang yang memutuskan talian persahabatan.

Hari ditunggu telah tiba. Peserta yang hadir bertolak awal dari rumah. Mereka semua berkumpul di tempat yang ditetapkan. R&R Genting Sempah. Setelah semua ada, barulah bertolak ke tempat yang dituju.

Selamat Hari Raya & Puasa Enam Syawal


Ucapan Raya

Salam Eidul Fitri.
Moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua.
Mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Besar ganjaran orang yang memaafkan.
Rujuk surah Ali Imran ayat 133 & 134.

Makluman

Bagi pembaca setia blog ini, anda mesti tertanya-tanya akan kesudahan cerpen Ikatan Hati. Dimaklumkan bahawa cerpen ini direhatkan sementara sambungan ceritanya.
Cuti raya... heheh... insyaAllah akan disambung semula selepas ini.

Puasa Enam Syawal

Bagi entri kali ini, saya ingin berkongsi link berguna.
Berkenaan puasa sunat enam dalam bulan syawal.
Anda boleh klik sahaja link di bawah untuk maklumat lanjut:-


Pesanan

Wallahua'lam
saya mengajak pembaca sekalian membaca sendiri artikel berkenaan
dan seterusnya menilai setiap hujah yang diberikan
moga kita semua dipermudahkan oleh Allah

Cerpen Ikatan Hati - Bab 3

Ak dah ada bawah blok ko. Ko dah siap ke?

Najmuddin menaip sms. Usai solat asar sahaja, dia terus menukar pakaian. Bersiap untuk jogging dengan kawan barunya, Hakim.

Jap, otw.

Hakim membalas sms. Beberapa minit kemudian, ternampak kelibat 2 orang turun dari tangga. Sekali imbas, nampak macam Hakim. Najmuddin kaget. Muncul pula di belakangnya seorang lagi bermuka seiras. Tapi yang depan lebih berisi badannya. Ketinggian pun lebih lagi.

"Kembar ke, Hakim?" Najmuddin bertanya.

"Eh, adik aku lah." Hakim menjawab.

"Oh, ingatkan abang." Najmuddin menambah.

"A'ah. Ramai cakap macam tu. Dia ni lagi tinggi dari aku." Hakim menjawab lagi.

Setelah berkenalan, barulah Najmuddin tahu serba sedikit tentang adik Hakim. Namanya Halim. Sekarang masih menganggur. Sebelum ni pernah kerja kat Jusco tapi, sekejap sahaja. Banyak persoalan yang ingin ditanya. Tapi, Najmuddin memendamkannya lagi. Biarlah dulu.

Taman Tasik

Setelah beberapa minit, mereka pun sampai. Taman Tasik Cempaka. Tempat orang ramai datang jogging dan beriadhah. Tasiknya lawa. Namun, ada juga tanda-tanda pencemaran. Beberapa bungkus plastik sampah kelihatan tersangkut di pinggir kolam.

Mereka memulakan aktiviti regangan. Dari atas ke bawah. Kepala ke kaki. Regangan sebelum larian penting bagi mengelakkan kekejangan otot. Najmuddin perasan sesuatu yang ganjil. Dia sedar Halim asyik memandangnya. Dengan mata membulat. Mulut tersenyum lebar. Kelihatan seperti ada sesuatu yang ingin dicakapkan. Namun, tiada sepatah kata yang keluar.

Mula Berlari

Najmuddin dan Hakim memulakan larian dengan langkah perlahan. Sesuatu yang melampau pasti tidak lama. Mereka berlari-lari anak dahulu. Jika dari awal sudah lari dengan laju, pasti sekejap sahaja sudah penat. Halim mengikut mereka dari belakang. Namun, tak lama. Baru lima minit, Halim sudah tidak kelihatan. Dia singgah duduk di kerusi batu yang ada. Hakim mengatakan itu memang perkara biasa. Jika Halim ikutnya keluar ke taman, pasti ada sahaja perkara yang ingin dibuatnya. Mengorek-ngorek tanah. Mematahkan dahan kayu. Sambil tersenyum.

"Adik aku ada masalah sebenarnya," ujar Halim sambil berlari-lari anak.

"Ada penyakit ke?" Tanya Najmuddin sambil mengikut langkah Halim.

"Dulu lagi teruk. Sekarang dah terkawal sikit. Dia selalu dengar bisikan kat telinga dia. Tapi, bila aku tanya, dia tak nak cakap lak apa bisikan tu kata," terang Halim.

"Oh Scizophrenia eh?" Najmuddin mengagak.

"Lebih kurang lah. Aku pun tak tau sangat. Doktor bagi dia ubat. Tapi, jarang dia nak makan." Hakim menambah.

Kesedaran

Najmuddin tersentak. Orang lain lebih teruk diuji. Penyakit dan kekurangan jiwa. Masih ramai yang lebih sengsara. Sedih sentiasa. Jika nak dibandingkan dengan masalah kerja yang Najmuddin hadapi, tak terkira bezanya. Hakim menerangkan yang Halim terpaksa berhenti belajar di UITM Shah Alam kerana penyakit yang dialaminya. Halim menjadi trauma untuk pergi ke kelas. Bisikan di telinganya sering mengacau dirinya. Banyak lagi yang Najmuddin ingin tahu mengenai diri Hakim dan adiknya Halim. Dia amat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah menemukannya dengan orang yang betul. Bertepatan dengan masalah yang sedang dihadapinya.

Cerpen Ikatan Hati - Bab 2

Perbualan dengan Pak Sofi pagi tadi masih jelas dalam ingatannya. Najmuddin sedikit terkesan dengan kata-kata beliau. Dia bertekad untuk lebih berfikiran positif kali ini. Tak mahu sedih-sedih lagi. Hidup mesti diteruskan. Biarlah orang benci, asalkan Allah suka. Niat mesti dibetulkan. Kerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan keredhaan Allah.

Gotong-royong

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Hari yang tenang. Suasana sepi. Hujan renyai-renyai turun. Manusia lebih suka menarik selimut. Tidur di hari minggu. Namun, Najmuddin sukar melelapkan mata. Dia berhajat untuk pergi ke surau taman perumahannya. Ada majlis gotong-royong sempena menyambut Ramadahan.

Di surau, ada beberapa orang sudah sampai. Pak Salleh menyapa Najmuddin.

"Sorang je, mana Zainal, kawan serumah kamu?"

"Oh, dia letih agaknya." Najmuddin menjawab ringkas.

"Takpe, makan lah dulu kuih tu, lepas makan kita mula kerja." balas Pak Salleh.

"Pak Salleh makan la sama." Najmuddin menjawab.

"Saya dah makan tadi. Kamu makanlah." jawab Pak Salleh.

Perkenalan Baru

Semakin lama, ramai orang yang datang. Kebanyakannya daripada mereka yang sudah lanjut usia. Agak sukar melihat anak muda datang ke program gotong-royong macam ni. Najmuddin melihat ada seorang pemuda yang agak sebaya umur dengannya. Najmuddin mempelawanya duduk.

"Tak kerja hari ni?" Najmuddin memulakan bicara.

"Cuti Sabtu Ahad ni." pemuda tersebut menjawab ringkas.

"Oh, siapa nama ye?" Najmuddin bertanya.

"Hakim. Ko lak, sape?" pemuda tersebut menjawab.

"Najmuddin." Najmuddin menjawab.

Najmuddin dan Hakim lantas melakukan tugas gotong-royong selepas siap makan. Sambil melakukan kerja, mereka berbual-bual. Najmuddin baru mengetahui Hakim bekerja di Majlis Pembandaran Kajang. Sebelum itu, dia sudah banyak kali bertukar kerja. Pengawal keselamatan, supermarket dan kedai makan. Banyak juga pengalaman Hakim ni. Peluang keemasan ni. Boleh juga dia bertanya tentang cara mengatasi masalah kerja. Najmuddin mencari peluang untuk bersembang lanjut dengan Hakim.

Janji

Setelah selesai bergotong-royong, masing-masing bersiap-siap untuk pulang.

"Tadi banyak betul aku makan roti canai dengan kuih, rasa macam loya lak." Najmuddin berkata.

"Tula, banyak betul lemak tu. Jogging 3 hari pun tak habis lagi dalam badan...haha." Hakim menambah.

"Aku rasa nak jogging la petang ni. Tapi tak tau mana. Aku baru lagi duduk sini." Najmuddin berkata.

"Ha, cantek la tu. Aku pun nak jogging gak dengan adik aku petang ni. Boleh lah kita pergi sekali." Hakim menambah.

"Oh, memang kebetulan ye. Boleh lah macam tu. InsyaAllah, lepas Asar aku pergi rumah ko." Namjumuddin menjawab.

Setelah bertukar nombor telefon, mereka berdua pun pulang. Najmuddin tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu lepas Asar. Peluang yang baik baginya. Berkongsi masalah dengan orang yang lebih berpengalaman. Dalam masa yang sama, mencari prospek baru untuk mengajak ke arah kebaikan.

Cerpen Ikatan Hati – Bab 1





“Tak kira. Kali ini aku nekad.
Apa nak jadi, jadi lah.
Mana boleh tahan.
Hari-hari kena marah.
Ingat aku takde perasaan ke.
Saje nak cari pasal dengan aku.”



Bilik


Najmuddin bermonolog sendirian. Masih jelas lagi dalam ingatannya. Peristiwa pahit petang tadi. Seakan-akan pemain cakera padat yang diulang-ulang kali main.

“Kau dah lama kerja sini, takkan tak tau lagi.”


“Ntah, aku pun pelik dengan dia ni, lembap betul.”



“Tengok macam aku, cepat je.”



Kawan-kawan Najmuddin sering mempermainkannya. Memperlekeh kemampuan membuat kerja. Lambat. Tak cekap. Dia sedar. Sebagai operator pengeluaran kilang, kecepatan merupakan keperluan utama.



Dia sudah bosan dengan kerja kilang. Gaji pun tak seberapa. RM20 satu hari. Kerja pula teruk. Pukul 8.00 pagi sampai 5.30 petang. Malam selalu kena kerja lebih masa. Kali ini dia nekad untuk berhenti kerja. Lari dari masalah.



Sambil berbaring di dalam bilik, dia melipatkan siku. Meletakkan tangan di dahi. Matanya melihat syiling. Seekor cicak menangkap mangsanya. Seekor serangga bersayap yang malang. Kipas berpusing . Begitulah juga otak Najmuddin. Berpusing ligat mencari penyelesaian. Kerja apa pula yang ingin dilakukannya setelah berhenti nanti? Bagaimana pula dia hendak melangsaikan hutang PTPTN nya?



Runsing fikirannya. Hutang keliling pinggang. Rumah sewa, bil telefon, elektrik, air. Semua memerlukan bayaran. Bukan senang nak cari kerja sekarang ini. Ramai siswazah yang menganggur. Ekonomi meleset. Otaknya sudah letih. Mata pun tak larat lagi nak dibukanya. Akhirnya, dia terlelap.



Subuh



Azan subuh berkumandang. Kedengaran ayam berkokok sahut-sahutan. Najmuddin segera bangun membersihkan diri. Bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah di masjid. Rugi kalau terlepas. 27 kali ganda rugi.


Usai solat subuh berjemaah di masjid, Najmuddin duduk bersama-sama jemaah lain untuk mendengar taklim. Peringatan untuk hati. Menghindar pengumpulan titik hitam. Akhir sesi, dia bertanya pendapat jemaah di situ.



“Pak cik, macam mana nak hadapi orang takabbur?”



“Oh, anak nampaknya macam ada masalah. Boleh ceritakan pada pakcik?”



“Saya sebenarnya malu. Kat tempat kerja saya. Kawan-kawan selalu memperlekehkan saya.”

“Hm, biasalah. Baru kerja kan. Kena sabar banyak. Biasanya orang yang suka marah-marah ni sebenarnya nak tutup kelemahan sendiri. Dia sendiri yang tak tau buat kerja. Tak nak bagi orang nampak, dia lepas marah kat orang lain.”


“Tapi saya dah tak tahan. Nak give up je rasanya.”

“Jangan mudah menyerah kalah. Allah tak suka hamba-Nya yang cepat putus asa. Allah bagi ujian ni kat kamu sebab kamu memang boleh tahan dengan bebanan ni. Kamu kena fikir positif. Masih ada lagi potensi sebenar kamu yang tak dikeluarkan lagi.”



“Hm, susah juga nak bersangka baik ni ye.”



“Jika kamu fikir diri kamu malang, ada orang yang lebih teruk. Tengok sahajalah penduduk palestin. Mereka lebih hebat diuji. Tapi, jiwa mereka kental. Walaupun kurang bekalan makanan, mereka tetap dapat hidup. Berjuang menentang yahudi laktatullah.”


“Tapi, saya dah tak boleh fikir positif lagi sekarang ni.”


“Cuba kamu tengok orang yang lebih teruk daripada kamu. Orang yang kerja sapu sampah. Gajinya lebih kecil. Kerja lebih teruk. Tapi, dia gigih. Tak mudah putus asa. Kalau dia berhenti, tak ada la rezeki untuk dia makan.”


Bersambung...

Ibrah Pasar Malam

Bukan tak pernah pergi. Tapi pasar malam kat sini lain sikit. Apa yang lainnya? Tengoklah sendiri gambar-gambar kat bawah ni. Lokasi pasar malam berdekatan Rumah Pangsa Sri Lanang, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Cuba cari apa yang peliknya dari gambar-gambar ini. Kemudian, ambil pengajaran (ibrah) daripadanya.

Contoh ibrah yang boleh dibuat:

1. Para peniaga sangat rajin.
2. Mereka tidak membazir masa.
3. Tidak mudah berputus asa.
4. Pelanggan juga rajin survey dulu harga.
5. Mereka juga berhati-hati memilih makanan yang sesuai.

Okeh. Cukup 5 ibrah. Anda juga boleh membuatnya. Semua bebas mengeluarkan pendapat. Boleh komen apa-apa sahaja. Mengenai peniaga, pengunjung, barang niaga mahupun signboard.

p/s: Penduduk Johor Bahru kebanyakannya Cina. Tak hairanlah peniaga makanan juga terdiri daripada kaum ini. Kalau kat tempat lain macam Bangi atau Kuantan, memang jarang nak jumpa. Namun, pengunjung Islam tetap ada. Peniaga muslim ada yang diletakkan di tengah-tengah kumpulan peniaga yang bukan muslim.


Denyut Kasih Medik

Syukur

Alhamdulillah, masih berpeluang mengemaskini blog.
Walaupun sudah lama, namun masih tidak lari dari perancangan asal.
3 entri sebulan. Kali ini entri kedua bulan ini. Tentang ulasan sebuah novel.
Bertajuk "Denyut Kasih Medik"


Muqaddimah

Anda peminat novel?
Jika ya, tentu anda pernah baca novel Tautan Hati?
Karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Boleh tengok lagi maklumat lanjut novel ini di sini.

Memang satu novel yang mendidik jiwa.
Berinformasi. Penuh dengan fakta penting.
Rugi jika terlepas membacanya.
Bagi yang sudah membaca, pasti ingin membacanya lagi.
Berulang-ulang kali.





Perkembangan

Keterujaan peminat novel pasti berterusan dengan satu lagi buah tangan Fatimah Syarha. Satu novel pendek berteraskan mesej dakwah. Bertajuk "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"

Novel nipis ini pasti menjadi kegemaran anda.
Cerita berkenaan cinta setelah kahwin.
Sesuai untuk semua pembaca.
Ibu bapa, anak remaja, yang sudah atau belum berkahwin.

Padat dengan mesej dakwah.
Alternatif untuk hiburan yang melalaikan...
Drama tv dan filem yang semakin banyak mempromosikan couple dan cinta sebelum kahwin. Bukankah Islam telah mengajar cara pergaulan lelaki dan wanita yang sebenarnya? Boleh lihat maklumat lanjut novel ini di sini.




Kemuncak: Ulasan Novel

Ok, jika anda sudah membaca 2 novel di atas, saya mengesorkan anda membaca novel ini pula. Denyut Kasih Medik. Watak utama di dalam novel ini sama dengan watak utama dalam novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Tak hairanlah. Kedua-dua penulis novel ini ialah suami isteri. Saling melengkapi.


Details:

Tajuk: Denyut Kasih Medik
Pengarang: Dr Farhan Hadi (Suami Fatimah Syarha Mohd Noordin)
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Sinopsis daripada website kedai-buku.com:

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Lagi maklumat tentang novel ini boleh lihat di sini.


Kesimpulan

Saya sudah membacanya. Memang best. Azam saya ialah untuk mengikuti jejak langkah beliau... Menghasilkan novel sendiri. Tentang Rahsia Farmasi. Hehe... Sekarang ini pun, saya sering mengemaskini entri dalam www.rahsiafarmasi.com. Harap-harap dapat mengikut jejak langkah Ustaz Hasrizal yang mengarang buku "Aku Terima Nikahnya". Beliau juga sering mengemaskini entri beliau dalam blog saifulislam.com. Kemudian menghasilkan buku berdasarkan entri blog tersebut. Berusaha berdakwah melalui penulisan. InsyaAllah. =)

Pelancaran Blog RahsiaFarmasi.com

Alhamdulillah. Baru terasa lega sedikit. Setelah 2 hari bekerja sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Tak sangka, begitu mencabar hidup di sini.

Rancangan untuk melancarkan blog baru pada 1 Julai 2010 terpaksa diubah. Pra-pelancaran telah dilaksanakan di facebook pada 30 Jun 2010 yang lepas. Boleh lihat note facebook saya di sini.

Kemudian, banyak pula masalah di Johor. PC saya dengan monitor CRT yang begitu besar tidak dapat dibawa. Terpaksa ditinggalkan sahaja. Ini bermakna, kurang kebarangkalian saya untuk online. Kurang peluang untuk update blog.

Apapun, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendokumentasikan pengalaman hidup ini. Biarpun sekali sebulan, blog rahsiafarmasi.com akan menjadi platform perkongsian saya, berkaitan bidang farmasi, insyaAllah. Manakala blog setitis rasa akan diteruskan seperti biasa. 3 entri sebulan. Dengan isu-isu yang lebih umum, insyaAllah juga.

Clearance Seorang Graduan


Pelbagai Tanggapan

Clearance. Lain orang, lain fahamnya. Kalau main bola, penting bagi defender. Bola dah dekat pintu gol, kena lah cepat-cepat clear. Cari nahas je biarkan bola dikawal oleh pemain lawan. Kalau dari segi farmakokinetik pula, boleh jadi renal ataupun non-renal clearance. Penting untuk tahu nasib ubat dalam badan, dibuang melalui ginjal ataupun organ lain. Namun, lain pula ertinya bagi seorang graduan.


Berbeza Pengertian

Junior ingat clearance ni kosongkan barang-barang sendiri di asrama. Diri sendiri pun ingat camtu dulu. Tetapi, sebenarnya lain. Bagi pelajar UIA yang dah habis belajar, satu borang clearance perlu diisi. Nak pastikan tiada hutang atau saman yang tertunggak. Kena lah pergi setiap department. Jumpa orang yang berkenaan. Ambil tandatangan dan cop.


Antara department yang perlu dilawati:

1. Legal Unit
2. Finance Unit
3. Library
4. Mahallah
5. Security


Hasilnya

Bila dah lengkap borang tu, pulangkan balik ke One Stop Centre. Satu salinan mereka simpan. Satu salinan lagi kita simpan. Perlu dibawa semasa convocation nanti. Original transcript pun akan diberikan lepas dah hantar borang clearance ni.


Nasihat Saya

Kepada yang belum lagi membuatnya, ini ada beberapa tips. Dari pengalaman, ada beberapa masalah yang perlu ditangani. Ini bagi melicinkan proses. Sepatutnyaa, setengah hari je boleh siap.


Masalah

1. Ketiadaan orang yang berkenaan dari setiap department.
2. Kalau datang kuantan naik bas, tak ada lak transport sendiri utk bergerak ke setiap dept.
3. Tak ada tempat nak bermalam klu berhajat nak jalan-jalan lebih sikit kat kuantan.


Penyelesaian

1. Telefon dulu orang tu, ada ke tak masa tarikh yang kita nak pergi tu
- klik kat gambar atas tu. bila dah zoom in, salin nama orang yang sain kat setiap dept. tu. telefon operator uia, sambungkan kepada setiap orang yang berkenaan.

2. Sebelum datang kuantan, cari dulu no telefon orang yang buat kereta sewa pandu sendiri.
- boleh search kat internet. ataupun tanya kawan-kawan lain. tanya junior ke. dah dapat no telefon kereta sewa, try la deal utk dapatkan harga termurah utk siapkan proses clearance.

3. Kalau byk duit, duk la hotel. Klu nak jimat, tumpanglah kawan-kawan yang ada rumah sewa kat kuantan.
- inilah pentingnya network yang berkesan. ramaikan kawan. boleh jadi kawan dari kursus lain macam medic dan nursing masih ada kat kuantan. jadi boleh tumpang rumah diorang.


Akhir Sekali

Pastikan proses clearance selesai dengan setiap dokumen berikut berada di tangan:-

1. Sampul surat saiz A4 yang mengandungi 4 keping kertas kat dalam. Antaranya original transcript.
2. Sijil Biro Tatanegara. (Bagi yang tak ambil lagi sebelum cuti dulu)


Kesimpulan

Saya rasa bersyukur betul diberikan pertolongan dari Allah. Semua proses lancar sahaja. Banyak idea yang tiba-tiba datang bila brainstorm utk selesaikan masalah ni. Jadi, rugi kalau tak dikongsikan. Ilmu yang dikongsi ialah ilmu yang bertambah.


Masa Hadapan

1 blog baru akan diwujudkan. Entri difokuskan berkaitan farmasi. Khusus untuk berkongi pengalaman dari pengamatan sendiri. Namun, blog Setitis Rasa ini tidak akan dilupakan. InsyaAllah masih akan dikekalkan dengan 3 posts setiap bulan.


Detail pasal blog baru:-

1. Start: Akan dilancarkan 1 Julai, insyaAllah.
2. Niche: Mereka yang berkaitan bidang farmasi; pelajar dan pekerja
3. Tujuan: Membongkar teknik belajar di universiti dan cara bekerja dalam bidang farmasi
4. Kekerapan entri: Belum tahu. InsyaAllah lebih kerap daripada blog Setitis Rasa dan Fortified Fraternity.
5. Nama? Rahsia lagi... hehe... tunggu je lah...

Panduan Menggunakan Kad Debit Maybank

Pengenalan

Kini, perbankan internet sudah semakin popular. Segala-galanya mudah dilakukan hanya beberapa klik di depan komputer. Membayar bil, membeli barangan, topup kredit telefon bimbit, bank trasfer dah macam-macam lagi. Kawan-kawan lain juga ramai yang memperkatakannya. Ada yang berminat dan bertanya kepada saya. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada dalam memiliki Kad Debit Maybank. Kebetulan pula baru terjumpa artikel yang bagus tulisan saudara SmartZul.

Sebab Untuk Memilikinya

Mungkin kepada yang masih baru dengan perbankan internet, merasakan tidak penting untuk memilikinya. Walhal, ia sudah menjadi seakan keperluan untuk menjimatkan masa beratur panjang di bank. Dengan Kad Debit Maybank ini, pengguna bukan sahaja boleh melakukan transaksi online, kad ini juga berfungsi seperti Kad ATM biasa yang boleh mengeluarkan duit dari mesin ATM. Dan yang bagusnya, dengan memiliki akaun Maybank, pengguna tidak perlu lagi membayar charge RM1 ketika mengeluarkan wang dari akaun lain di mesin ATM Maybank. Jika kita lihat, merata-rata mesin ATM Maybank di sekeliling kita berbanding jenis bank yang lain. Kad Debit Maybank juga dipilih berbanding bank lain kerana ia dapat digunakan untuk membuka akaun paypal. Lagi sebab kad ini dipilih boleh baca di sini.

Kelebihan Lain

Kad Debit juga berfungsi sebagai alternatif kepada pembayaran tunai di tempat-tempat terpilih seperti pasaraya. Kita tidak perlu lagi memenuhkan dompet dengan duit yang banyak untuk berbelanja di sini. Kad Debit akan menggunakan duit di dalam akaun sedia ada. Konsepnya lebih kepada top-up dulu baru bayar. Berbeza dengan konsep kad kredit. Namun perlu dielakkan menggunakan kad debit di pam minyak, hospital dan hotel. Caj tambahan RM200 akan ditolak secara automatik dari akaun anda. Boleh dapatkan lagi maklumat tentang caj tambahan itu di sini.

Cara Memohon

Mengikut pengalaman saya, kita perlu memiliki akaun Maybank dahulu. Pilihlah akaun islamik daripada Maybank Islamic. Bagi saya, akaun simpanan al-wadiah adalah yang terbaik. Setelah itu, tanyalah kepada pihak bank tersebut, bagaimana ingin memohon kad debit. Satu borang akan diberikan untuk kita memenuhinya. Tanyalah juga bagaimana ingin memiliki akaun manbank2u. Pegawai bank akan memberikan langkah demi langkah secara terperinci hinggalah kita barjaya memilikinya. Talian khidmat pelanggannya juga dapat membantu.

Perkara Penting

Pihak Maybank telah melakukan beberapa security setting untuk keselamatan wang kita. Antaranya ialah TAC number. Ketika kita ingin melakukan transaksi online, TAC number perlu diminta dahulu. Pihak bank akan memberikan TAC number ini terus ke telefon bimbit kita. No telefon bimbit perlu didaftarkan dahulu di mesin ATM Maybank. TAC number hanya sah digunakan sekali setiap kali log in. Jadi, penting untuk log off setelah menggunakan maybank2u ini. Dinasihatkan jangan menggunakan komputer awam seperti di cyber cafe untuk mengelakkan akaun diceroboh masuk.

Lagi Langkah Keselamatan

Satu lagi risiko internet ialah akaun diceroboh. Setakat ini, antara cara orang yang tidak bertanggungjawab ini mencuri masuk ke akaun kita ialah dengan menghantar emel mengatakan kita perlu klik url yang disediakan atas sebab-sebab tertentu. JANGAN klik url tersebut. JANGAN buka langsung emel yang meragukan untuk keselamatan. Terus DELETE emel berkenaan. Pihak Maybank tidak akan berhubung dengan pelanggannya melalui emel. Jika ada perkara yang berkaitan pun, surat akan terus dihantar ke alamat rumah kita. Taktik kotor orang menghantar emel kepada kita dengan menggunakan nama Maybank ini dinamakan "phishing". Boleh lihat contoh di forum ini.

p/s: Sila klik hyperlink di dalam teks sebagai rujukan lanjut

Rahsia Format Komputer

Alhamdulillah, lega rasanya. Komputer dah diformat. Buat sendiri je. Lama dah tak format ni. Beranak-pinak virus dalam hard disk tu... hehe… Yelah, sebelum ini mana sempat. Jadi student pharmacy memang memenatkan. Sibuk lah kata kan… =) Tak sempat nak buat apa. Assignment, lab report bertimbun. Nak study apa tah lagi. Last sekali, gelabah bila nak exam… hehe.

Sekarang dah cuti. Baru sempat nak buat apa-apa yang patut. Sebenarnya, diri sendiri ini bukannya pandai sangat format ni. Malam tadi pun, banyak tanya kawan-kawan. Sms Muzani, Johan. Last sekali, terpaksalah juga call Hafiz untuk dapatkan maklumat pantas. Jazakallah semua.

Jadi, kali ni saya nak berkongsi cara mudah format komputer. Senang je sebenarnya. Tak perlu hantar ke kedai. Biasanya kedai akan charge RM30 hingga RM 50 untuk servis format komputer. Padahal kita boleh buat sendiri kat umah. Yang penting kena tau cara dan alatan yang diperlukan.

Mula-mula sekali, kita kena tau apa yang kena ada.

Basic CD yang kena ada:

1. CD Windows XP

2. CD Driver Computer

3. CD Installer (Microsoft office)

Cara mudah (langkah demi langkah):

· CD Windows XP

1. Masukkan CD Windows dalam CD Rom.

2. Shut down komputer (atau restart boleh gak kot)

3. On balik komputer.

4. Akan keluar skrin hitam kat atas sekali tertulis:

a. Press any key to reboot from CD

5. Tekan apa-apa je key kat keyboard tu.

6. Tunggu beberapa minit

7. Akan keluar skrin biru, kena pilih hard disk yang nak diformat

8. Pilih hard disk C (sebab CD windows akan overwrite windows yang dah tersedia install kat hard disk ni)

9. Baca betul2 arahan mudah kat skrin tu. Buat apa yanga patut (tak ingat dah apa arahannya sebab senang je, terus klik cepat2 masa tu… tak berapa ingat…)

10. Seterusnya kena tunggu beberapa minit utk loading software diinstall.

p/s: Jangan terburu-buru. Baca betul-betul arahannya sebelum buat keputusan. Biasanya tak ada apa-apa pun. Just proceed.

· CD Driver Computer

1. Bila dah keluar skrin macam biasa (ada beberapa icon penting kat desktop), maknanya komputer dah selamat diformat.

2. Tapi tak ada lagi driver (audio, grafik, etc)

3. Masukkan CD driver.

4. Ikuti arahan mudah.

p/s: Sama seperti di atas. Tak perlu terburu-buru.

· CD Installer (Microsoft office)

1. Cara install sama je macam CD driver or installer yang lain.

2. Ikut arahan mudah tanpa terburu-buru.

InsyaAllah, bila semua dah selesai, hard disk C dah berjaya diformat. Tapi tak selesai lagi kerja.

Hard disk D ada lagi virus. Jangan buka lagi D untuk mengelakkan virus tersebar semula. Install antivirus dalam C. Contohnya AVIRA. Tapi, kena ada internet connection. Dah siap install antivirus, scan virus dalam hard disk D.

p/s terakhir… sebelum semua ni, diingatkan untuk back up semua file penting. Cara mudah ialah dengan burn semua dokumen berkaitan dalam DVD or CD.

· InsyaAllah, lepas ni nak buat banyak lagi entri macam ni. Cara atau teknik buat sesuatu. Rugilah kalau tak kongsi ilmu yang ada ni. Sharing is caring right? =D

Menangani Isu Buang Bayi


Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini, heboh diperkatakan tentang kes buang bayi. Dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang. Seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita, di tingkat satu Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Di Selangor pula, satu mayat bayi dijumpai ditanam berdekatan

landasan kereta api, Stesen Komuter Padang Jawa. Lagi berita boleh lihat di sini dan sini.

Sumber gambar di sini.


Perkembangan

Lantas, pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Forum, diskusi dan bual bicara. Khas membincangkan isu buang bayi ini. Macam-macam pandangan yang dilontarkan. Namun, kebanyakannya seakan-akan retorik semata-mata. Seperti membuat karangan sekolah. Isi-isi yang tipikal dan umum. Kurang pendidikan agama, pengaruh rakan sebaya, media massa dan seumpamanya.


Perumitan

Dalam masa semua pihak memerah otak mencari solusi, pihak lain rancak menjalankan aktiviti ke arah maksiat ini. Drama dan filem semuanya mengajak golongan muda bercouple. Kalau ada pun cerita yang islamik, semua itu lakonan belaka. Pelakon yang bertudung dalam drama, tidak malu berskirt pendek di khayalak ramai. Memang layak dianugerahkan pelakon terbaik.


Kemuncak

Mari kita fikirkan bersama...

- Kenapa manusia sanggup buang anak?
- Tidak mahu menanggung malu melahirkan anak luar nikah.

- Kenapa sanggup mengandungkan anak luar nikah?
- Terlanjur dengan pasangan yang tidak halal.

- Kenapa memilih pasangan yang tidak halal?
- Kalah dengan nafsu yang didorong oleh persekitaran.

- Kenapa tidak segera berkahwin?
- Tidak cukup duit...





Ya, itu antara sebabnya. Faktor terbesar tidak kahwin lagi ialah masalah kewangan. Walaupun tidak dinafikan banyak faktor lain seperti masih belajar dan ibu bapa yang tidak membenarkan. Namun, tak cukup duit ialah sebab utama. Tak kira lah perbelanjaan sebelum, semasa atau sesudah kahwin. Ini adalah antara faktor yang berpotensi menyumbangkan masalah buang bayi.


Penyelesaian

Antara yang boleh dilakukan ialah berpuasa. Selain mengekang hawa nafsu, perbelanjaan harian juga dapat dijimatkan. Banyak lagi cara lain boleh dicuba untuk menangani masalah kewangan ini.

Boleh baca lagi di sini.


Kesimpulan

Isu buang bayi tidak pernah selesai sejak dulu lagi. Mana tak nya. Hiburan semakin meningkat. Media massa lebih menguntungkan keuntungan daripada tanggungjawab mendidik masyarakat. Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah menasihati golongan yang berpotensi untuk segera berkahwin. Golongan yang bercouple berpotensi besar untuk melakukan zina seterusnya melahirkan anak luar nikah.


Satu cara untuk mengatasi masalah tidak berkahwin lagi kerana masalah kewangan ialah dengan mengetahui cara-cara yang betul mengurus perbelanjaan harian. Panduan tersebut dapat dilihat dariapada website pada link di bawah. Hanya KLIK banner di bawah untuk mengetahuinya.


Pesanan

Ramai yang telah mencuba. Penulis panduan tersebut memanglah seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Saya juga telah membacanya. Walaupun masih lambat lagi kerana masih tiada calon, panduan tersebut amat berguna untuk menguruskan perbelanjaan harian.





[ Klik gambar untuk keterangan lanjut ]

Komplikasi Vaksin H1N1

[ Maaf, tiada komik untuk entri kali ini atas sebab-sebab tertentu ]


Tak ramai yang dapat komplikasi ini. Ada orang yang ambil vaksin tapi tak ada kesan apa-apa pun. Tapi, biasanya memang akan dapat demam 2 atau 3 hari setelah suntikan vaksin. Disebabkan tak bersedia untuk demam lah ramai yang tak ambil vaksin ni. Walaupun percuma. Boleh tengok laman web http://h1n1.moh.gov.my/untuk keterangan lanjut pasal vaksin percuma ini.

Komplikasi Saya

Teruk ke komplikasi nya? Bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Mak saya, ambil sekali vaksin dengan saya. Tak pula dia demam. Tapi, saya demam dengan teruk sekali. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh. Entri kali ini akan menceritakan pengalaman demam kerana komplikasi vaksin H1N1.

Sakit Sangat

Sebelum ini, pernah terdengar ceramah. Berapa ramai yang insaf dengan keadaan hampir-hampir mati? Sedangkan dah ramai ibu yang melahirkan anak. Bukankah ketika itu terasa sakit yang amat sangat? Saya tak tahu sebab tak pernah mengalami dan tak akan merasainya. Namun, saya telah mengalami demam panas yang agak teruk hasil komplikasi vaksin ini.

Keadaan Cemas

Suhu badan 39'C. Sakit kepala berdenyut-denyut dari semua arah. Lenguh-lenguh sendi. Fikiran pada masa itu hanyalah mengharapkan kesempatan untuk bertaubat. Banyak sangat maksiat. Mata tak terjaga, lidah bebas berkata-kata, telinga mendengar sahaja. Musibah sakit juga menghapus dosa. Memang banyak program yang keterlaluan sebelum ini. Biarlah, lain kali tak akan dibiarkan diri ini menyertainya lagi. Biarlah orang lain dengan pendapat mereka. Tak akan dibiarkan lagi hati yang tak redha bertukar menjadi rela.

Muhasabah Diri

Alhamdulillah, sejak kecil Allah memberikan tarbiyah berupa ujian sakit dan musibah. Kalau orang lain buat maksiat, lancar sahaja. Tapi, kalau diri sendiri yang terjerumus sedikit ke dalam lembah kehinaan ini, pasti akan ada sahaja yang tak kena. Demam, sakit perut, sakit kepala atau apa-apa sahajalah yang tidak menyenangkan. Pasti akan menyebabkan ibu bapa tak senang duduk dengan keadaan anak yang sering sahaja demam. Fikiran logik mengatakan diri yang tak pandai menjaga kesihatan. Namun, fikiran positif akan mencari hikmah di sebalik kejadian. Semoga diri ini sentiasa sabar untuk mengekalkan sifat optimis dan berbaik sangka.

Antara hikmah demam kali ini:

1. Selsema

Baru tau pasal chlorpheniramine ialah ubat selsema dalam kategori anti-histamin generasi pertama. Pil bulat kecil warna kuning. Telan 1 biji 3 kali selepas makan. Akan menyebabkan mengantuk.

2. Batuk

Dapat mencuba pelbagai jenis penawar batuk. Mula-mula ambil Nilco Syrup daripada klinik kesihatan kerajaan. Semakin kuat batuk jadinya. Lepas itu cuba pula Woods. Sama juga tak berkesan. Berubah kepada cara alternatif. Satu sudu madu dicampur dengan segelas air suam. Satu sudu air gamat dicampur juga dengan air suam. Alhamdulillah, lega akhirnya.

3. Demam

Kalau dekat bahagian kecemasan hospital kuantan, 39'C dah kena masuk wad. Tapi, pelik dekat klinik kesihatan bangi ini, medical assistant tu kata tak perlu. Lepas tu, dia kata makan Panadol (PCM) 2 biji setiap 4 jam. Lagi pelik. Mujur dekat farmasi, dapat ubat dilabel dengan betul. PCM 2 biji setiap 8 jam. Balik rumah, tengok balik drug information handbook, memang tak boleh lebih 8 biji sehari. Walaupun demam yang sangat panas. Kena banyak minum air masak. Biar air kencing menjadi jernih.

Alhamdulillah... Lega betul sekarang dah sembuh. Semoga mendapat pengajaran daripada ujian sakit. Semoga kita bersama-sama menghindar dosa.

p/s: Maksiat ialah apa-apa sahaja perbuatan yang mendatangkan dosa kepada pelakunya.

Rahsia Bisnes Internet

[ Klik pada gambar untuk besarkan ]


Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana melakukan bisnes internet? Adakah mudah? Ataupun payah? Adakah menguntungkan? Ya begitulah persoalan-pesoalan dalam fikiran saya sebelum ini. Sekarang, ada yang sudah terjawab dan ada yang belum. Saya juga masih di peringkat permulaan.

Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang. Masa cuti yang panjang untuk mengkaji bidang ini. Memang besarlah hikmahnya Allah menjadikan saya tidak dapat kerja part time yang sesuai. Puas sudah saya mencari. Guru sementara, pembantu farmasi, promoter dan kedai makan. Ada sahajalah yang tidak kena. Akhirnya, jadilah suri rumah sepenuh masa sekarang ini. =).

Bagi anda yang sealiran dengan saya, marilah membaca buku yang berkaitan dengan bisnes internet. Saya sudah membacanya sekali imbas. Bagus. Pengarangnya memang tidak menyembunyikan fakta. Memang berbaloi membelinya. Daripada tak tahu apa-apa pasal bisnes ini, saya sudah mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk explore sendiri yang selebihnya.

Amat digalakkan untuk membeli dan membaca sendiri buku-buku di bawah ini. Boleh didapati di MPH atau mana-mana kedai buku berdekatan anda. Diingatkan di sini, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat. Bukan untuk mempromosikan produk. Tiada apa-apa komisen daripada syarikat yang terbabit. Saya bukan anggota affliate mereka. Bukan juga agen pemasaran mereka. Apa yang saya percaya selama ini, jika kita berkongsi ilmu, Allah akan menambahkan lagi keberkatan ilmu tersebut. Alhamdulillah, selama saya mempraktikkan prinsip ini, semua kerja yang ingin saya lakukan berjalan lancar dengan pertolongan Allah.

Ini senarai buku yang telah saya baca:

1. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
2. Bisnes Internet Bina.Upload.Urus
3. Buat Duit Dengan Affliate

Ketiga-tiga buku ditulis oleh pengarang yang sama, iaitu En. Azahar Abdul Rahman. Saya mengesyorkan anda membeli buku yang pertama dahulu. Setelah membaca sendiri isi kandungannya, anda akan tertarik untuk membeli 2 lagi hasil karya beliau tersebut.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan buku dan pengarang ini di laman web beliau: artmand.com


Suami Isteri Ayam Ada


Suami isteri ayam, ada ke?
Ayam ada jantan, ada betina
Tapi, mana ada istlah suami, isteri
Mana ada hukum munakahat

Manusia ada akal fikiran
Dijadikan khalifah untuk mentadbir dunia
Sebab itulah ada peraturan untuk hidup teratur

Seringkali kita terdengar zaman sekarang ini
Isteri orang bercinta dengan lelaki lain
Bila suaminya dapat tahu pula
Pura-pura tak tahu untuk mengelakkan pergaduhan

Betul ke macam ini?
Isteri curang, suami diam sahaja?

Takut-takut, suami jatuh dayus pula
Al-Qur'an memberikan panduan terbaik dalam isu isteri nusyuz ini

واللتى تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن فى المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا - النساء 34

Maksud:

“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”.

Rujukan dan huraian selanjutnya:

- http://helikmedia.wordpress.com/2009/07/25/huraian-al-quran-tentang-nusyuz-suami-dan-isteri-pengertian-dan-penyelesaian/


Bagaimana perkara macam ini boleh berlaku?
Kurang kesedaran agama?
Pengaruh rakan sebaya?
Pengaruh media massa?

Antara sebabnya kerana mengabaikan hukum agama
Apabila kemungkaran kecil dilakukan
Kemungkaran besar menyusul kemudian
Kerana telah hilang rasa malu berbuat demikian
Antara dialog-dialog yang meniti di bibir pelaku maksiat
"Orang lain tak kata apa pun"
"Kira OK lah aku tak buat benda yang teruk lagi"



Nabi SAW pernah bersabda:

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)


Nabi SAW mengingatkan lagi kaum wanita dengan sabdanya:


أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)


Mungkin ada pembaca yang menganggap remeh kepada isu-isu seperti ini.

Tak mustahil berlaku zaman sekarang ini, kerana pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut:-


أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )


Rujukan:

1. http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/

2. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=296&Itemid=99



Finish Study

Alhamdulillah...
Akhirnya berjaya juga menyambung KUMIKU.
Kali ini berkenaan "Finish Study".
Habis belajar ijazah sarjana muda farmasi.
4 tahun di UIA Kuantan.

Dikatakan, kemungkinan mula kerja....
Sebagai Provisionally Registered Pharmacist (PRP),
ialah pada bulan Ogos ni (according to senior la...)
Jadi, sekarang hujung bulan April.
Lama juga lah cuti kali ni.

Untuk diri sendiri pun,
Banyak plan di fikiran,
Nak kerja sementara lah;
Jadi penulis novel lah;
Jadi kartunis lah;
Dan latest sekali, nak try bisnes online....

Hm...
Tapi, nampaknya takde yang dipraktikkan lagi.
Semua masih lagi dalam kategori niat.


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً. - البخاري ومسلم

Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Rujukan dan huraian boleh dilihat di sini.


Berakhirnya Sebuah Penantian

Alhamdulillah
Tidak terkata syukur ini
Habis sudah pengajian di Kulliyyah of Pharmacy
Selama 4 tahun di Kuantan
Banyak ilmu dan pengalaman

Mari kita sama-sama fikir dan zikir
Apakah yang membantu kejayaan ini?


Kenderaan yang membantu ke kelas dengan pantas?



Kamera yang menyenangkan tugas menyalin jadual dan pengumuman?



Multipurpose printer yang memudahkan penukaran softcopy kepada hardcopy dan sebaliknya?


Highlighter berwarna-warni untuk memudahkan ekstrak isi-isi penting?




Nota ringkas yang ditampal di dinding?

Ataupun....
- Pensyarah yang cemerlang dalam pengajaran?
- Kawan-kawan yang membantu perbincangan?
- Kebolehan sendiri untuk mengurus pembelajaran?
Sedarlah...
- Semua itu datangnya dari Allah yang menentukan
- Yang menggerakkan hati-hati manusia ke arah kebaikan
- Yang menyediakan pelbagai nikmat dan kemudahan
Jadi...
- Setelah berFIKIR tentang sebab kejayaan
- Kita akan kembali berZIKIR tentang punca Yang Maha Menentukan
- ALHAMDULILLAH


Soalnya Hati

Alhamdulillah, masih diberi kelapangan masa.
Orang selalu kata tak ada masa, tetapi sebenarnya tak kuasa.

Waktu sibuk dalam peperiksaan.
Tak bermakna berhenti dalam perjuangan.
4 paper esei selesai, tinggal 4 lagi esei, 2 mcq, & 1 OSCE.
Harap dipermudahkan.

Kali ini soal hati.
Hati ialah ketua jasadi.
Bila iman lemah.
Hati akan mengarah.

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Seorang sahabat datang kepadaku...

H: Aku jumpa air tin ni tengah jalan, nak ambil ke tak?

S: Kalau aku, aku tak ambil.

H: Dah tak ada siapa punya, rugi la kalau tak ambil.

S: Terpulanglah kalau kau yakin. Kalau aku, syubhah.

H: Emm... Tak elok membazir ni.

Persoalan yang sukar dijawab
Tentang hati dan tanggungjawab

Lantas, aku teringat akan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh
Yang terkesan dengan...
...hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang baik.

Lalu baginda menyediakan persiapan tenteranya
Untuk mejadi baik termasuk diri dan rakyatnya

Suatu hari, dia ingin menguji ketaqwaan tenteranya
Bagi memastikan ketaqwaan tenteranya itu, pada suatu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri telah memanggil dua orang tenteranya yang berjawatan rendah.

Setelah memanggil dua orang tenteranya itu, baginda menyuruh agar mereka mencari sebuah biji delima pada malam itu juga, kerana sultan muhammad Al-Fateh mahu memakannya.

Nak dipendekkan cerita
Buah delima tidak diperoleh
Kerana walaupun mereka berjumpa dengan buah itu
Tetapi tidak tau di mana pemiliknya

Cerita lanjut boleh dirujuk di laman web ini

Lagi, aku teringat akan mural dinding di sekolah menengah ku
Dalam bahasa Arab bermula dengan: "Shakautu ilal waqi'...."
Jadi, aku pun googling around
Lalu terjumpa url ini

Makna bagi ungkapan bahasa Arab tersebut:

“Saya mengadu kepada guru ‘Waqi’ tentang mutu hafalanku yang buruk, Maka ia mengarahkan agar aku meninggalkan maksiat, Ia berkata, “Ketahuilah, ilmu adalah kemuliaan, dan kemuliaan Allah tidak akan diberikan kepada ahli maksiat”, ucap Imam Syafi'i kepada gurunya.

Lagi pesanan untuk diri sendiri yang mudah lupa...

Bersumberkan laman web ini;

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah:
  1. Pemerintah yang adil,
  2. Remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
  5. Orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!",
  6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan
  7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah."
    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Tetralogy of Fallot






[tiada KUMIKU mahupun MANGA-KU kali ini atas sebab-sebab yang boleh diekstrak daripada teks di bawah]


Ahh... perkataan ni asyik bermain di fikiran
Kena luahkan juga di blog
Barulah rasa aman sikit




Tetralogy of Fallot


Sejenis penyakit berkaitan jantung yang terdiri daripada 4;
Salah satunya, ventricular septal defect
atau nama melayunya jantung berlubang

Kenapa terngiang-ngiang di fikiran?

Mungkin kesan mendalam di dalam hati
Ilmu yang dicari sendiri

Alkisah, kami kena menyiapkan report attachment
Kes Infective Endocarditis

Masalahnya, punca sebenar infection ni kurang jelas
Biasanya, penagih dadah yang akan dapat
Tetapi, pesakit ini tak pula menagih dadah

Cari punya cari
Gali punya gali
Barulah dapat jawapannya
Jantung berlubang pesakit ini
Yang membawa kepada jangkitan
Gram positif bakteria - Staph. Aureus

Sebab lain, asyik teringat je perkataan ini?

Tetralogy of Fallot yang terdiri daripada 4
Yang membawa kesan buruk jika tidak diubati
Tetapi, apabila diubati, ada kesan lain pula

Jadi, terkesan dengan keadaan diri sendiri
Yang boleh dibuat kaitan




Tetralogy of Peluh


1. Assignment Toxicology
2. Assignment Admin
3. Report HMR
4. Study for Final Exam


- kalau tak dilaksanakan akan mendapat padah
- kalau dilaksanakan, ada juga kesannya jika tidak teliti
- walaupun dengan teliti, tak mungkin akan dapat perfect

Lantas...
Aku ingin merekodkan slide yang telah dibuat dengan berpeluh-peluh
Lengkap dengan Clinical Pharmacokinetic calculation
Dengan harapan, lain kali boleh rujuk balik
Sebab, calculation ni, sekarang senang je nak buat
Tapi, bila dah lama tinggal, langsung tak ingat apa-apa....