Cerpen Ikatan Hati - Episod Suku Akhir


Najmuddin pasrah. Hanya kepada Allah dia bertawakkal. Allah lah tuhan yang patut disembah. Dialah yang menentukan rezeki. Biarlah manusia tidak redha, asalkan Allah redha. Najmuddin bertekad untuk bekerja sehabis baik. Cepat dan tepat. Dia sanggup bekerja lebih masa untuk menguasai kemahiran yang perlu. Boleh dikatakan setiap hari, Najmuddin pulang lambat daripada yang sepatutnya.

Setelah lebih 3 bulan bekerja, Najmuddin dapat menguasai teknik yang sepatutnya. Dia sudah dapat melakukan kerja dengan pantas. Alhamdulillah. Najmuddin memuji Allah di dalam hati.

Program Syarikat

Syarikat kilang tempat Najmuddin kerja sering melakukan aktiviti luaran. Sama ada ceramah, kem motivasi atau aktiviti lasak. Minggu depan bakal diadakan aktiviti mendaki Gunung Buah. Antara objektif utama ialah untuk merapatkan hubungan antara pekerja serta membina ketahanan fizikal dan mental setiap ahli syarikat tersebut.

Kumpulan disusun secara rawak. Satu kumpulan dalam 5 orang peserta. Najmuddin ditakdirkan satu kumpulan dengan orang yang selalu mengejeknya dahulu, Sufian. Najmuddin agak kurang selesa. Hubungannya dengan Sufian masih agak dingin. Namun, Najmuddin tetap mempositifkan diri. Mungkin ini peluangnya untuk merapatkan silaturrahim. Allah tak suka orang yang memutuskan talian persahabatan.

Hari ditunggu telah tiba. Peserta yang hadir bertolak awal dari rumah. Mereka semua berkumpul di tempat yang ditetapkan. R&R Genting Sempah. Setelah semua ada, barulah bertolak ke tempat yang dituju.

No comments:

Post a Comment