Buku Bagus Masa Cuti

Iklan sekejap. Nak promosi 2 buah buku. Sebab best sangat. Sampai masa berjalan pun tak sedar. Memang amat sesuai dibaca oleh mereka yang sedang bercuti. Terutamanya pelajar. Tak mustahil juga bagi yang dah bekerja. Buktinya, saya sendiri yang dah bekerja dapat menghabiskan baca 2 buah buku ni. (Baca skip2 lah, amik isi penting je...)


  • Buku 1: "Untukmu Wanita"
Detail ada kat sini.


Ulasan:

- sesuai dijadikan hadiah kepada kaum wanita (ibu, adik, kakak)
- amat penting dibaca oleh lelaki dan perempuan (sebabnya, kaum lelaki yang akan memimpin keluarga yang tentunya ada wanita... penulis ni sendiri pun lelaki.)
- padat dengan dalil dari sumber al-quran dan hadith
- setelah membaca buku ini, anda akan berasa seperti mendapat suntikan ilmu. Penuh ilmu di kepala...


- isu yang dibincangkan memang sesuatu yang sering ditanya masyarakat, tetapi kita tidak tahu jawapannya.

- kesimpulannya, segera dapatkan di kedai berhampiran. Tak rugi melabur sedikit wang untuk ilmu.



  • Buku 2: Muhammad al-Fateh - edisi jimat

Detail ada kat sini.

Ulasan:

- kisah benar yang menaikkan semangat pembaca

- jika anda tidak minat sejarah, anda akan bertukar fikiran selepas membaca buku ini

- banyak pengajaran yang dapat ditiru untuk kehidupan seharian

- memang bagus betul character pahlawan islam ni

- kesimpulannya, memang amat menjimatkan dengan harga yang murah dapat baca penulisan yang berkualiti.

p/s: Saya tak dapat apa-apa komisen dunia pun daripada promosi ni. Cuma ingin berkongsi. Banyak manfaat daripada buku ni. Saya dah dapat. Jadi, harap rakan-rakan semua dapat juga kebaikan daripada buku-buku ini.

2 comments:

  1. Salam,
    camne abdul latip talib buat script2 dalam novel die? mesti tak dapat tidak kene reka2 sket situasi2 tertentu dalam novel die...
    BTW, selamat hari raya, syahrir...lame tak jumpe

    ReplyDelete
  2. oh mungkin juga. tapi kira ok dah penulis ni kan? kita membutuhkan kisah-kisah pejuang islam utk dijadikan iktibar. tapi kekurangan sumber. klu ada alternatif lain, boleh tolong kongsikan, faruq.
    selamat hari raya juga, maaf terlambat.
    lame tak jumpa, jumpa la tak lama lagi
    no hp sama lagi kan

    ReplyDelete