Showing posts with label MANGA-KU. Show all posts
Showing posts with label MANGA-KU. Show all posts

Rahsia Bisnes Internet

[ Klik pada gambar untuk besarkan ]


Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana melakukan bisnes internet? Adakah mudah? Ataupun payah? Adakah menguntungkan? Ya begitulah persoalan-pesoalan dalam fikiran saya sebelum ini. Sekarang, ada yang sudah terjawab dan ada yang belum. Saya juga masih di peringkat permulaan.

Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang. Masa cuti yang panjang untuk mengkaji bidang ini. Memang besarlah hikmahnya Allah menjadikan saya tidak dapat kerja part time yang sesuai. Puas sudah saya mencari. Guru sementara, pembantu farmasi, promoter dan kedai makan. Ada sahajalah yang tidak kena. Akhirnya, jadilah suri rumah sepenuh masa sekarang ini. =).

Bagi anda yang sealiran dengan saya, marilah membaca buku yang berkaitan dengan bisnes internet. Saya sudah membacanya sekali imbas. Bagus. Pengarangnya memang tidak menyembunyikan fakta. Memang berbaloi membelinya. Daripada tak tahu apa-apa pasal bisnes ini, saya sudah mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk explore sendiri yang selebihnya.

Amat digalakkan untuk membeli dan membaca sendiri buku-buku di bawah ini. Boleh didapati di MPH atau mana-mana kedai buku berdekatan anda. Diingatkan di sini, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat. Bukan untuk mempromosikan produk. Tiada apa-apa komisen daripada syarikat yang terbabit. Saya bukan anggota affliate mereka. Bukan juga agen pemasaran mereka. Apa yang saya percaya selama ini, jika kita berkongsi ilmu, Allah akan menambahkan lagi keberkatan ilmu tersebut. Alhamdulillah, selama saya mempraktikkan prinsip ini, semua kerja yang ingin saya lakukan berjalan lancar dengan pertolongan Allah.

Ini senarai buku yang telah saya baca:

1. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
2. Bisnes Internet Bina.Upload.Urus
3. Buat Duit Dengan Affliate

Ketiga-tiga buku ditulis oleh pengarang yang sama, iaitu En. Azahar Abdul Rahman. Saya mengesyorkan anda membeli buku yang pertama dahulu. Setelah membaca sendiri isi kandungannya, anda akan tertarik untuk membeli 2 lagi hasil karya beliau tersebut.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan buku dan pengarang ini di laman web beliau: artmand.com


Suami Isteri Ayam Ada


Suami isteri ayam, ada ke?
Ayam ada jantan, ada betina
Tapi, mana ada istlah suami, isteri
Mana ada hukum munakahat

Manusia ada akal fikiran
Dijadikan khalifah untuk mentadbir dunia
Sebab itulah ada peraturan untuk hidup teratur

Seringkali kita terdengar zaman sekarang ini
Isteri orang bercinta dengan lelaki lain
Bila suaminya dapat tahu pula
Pura-pura tak tahu untuk mengelakkan pergaduhan

Betul ke macam ini?
Isteri curang, suami diam sahaja?

Takut-takut, suami jatuh dayus pula
Al-Qur'an memberikan panduan terbaik dalam isu isteri nusyuz ini

واللتى تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن فى المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا - النساء 34

Maksud:

“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”.

Rujukan dan huraian selanjutnya:

- http://helikmedia.wordpress.com/2009/07/25/huraian-al-quran-tentang-nusyuz-suami-dan-isteri-pengertian-dan-penyelesaian/


Bagaimana perkara macam ini boleh berlaku?
Kurang kesedaran agama?
Pengaruh rakan sebaya?
Pengaruh media massa?

Antara sebabnya kerana mengabaikan hukum agama
Apabila kemungkaran kecil dilakukan
Kemungkaran besar menyusul kemudian
Kerana telah hilang rasa malu berbuat demikian
Antara dialog-dialog yang meniti di bibir pelaku maksiat
"Orang lain tak kata apa pun"
"Kira OK lah aku tak buat benda yang teruk lagi"



Nabi SAW pernah bersabda:

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)


Nabi SAW mengingatkan lagi kaum wanita dengan sabdanya:


أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)


Mungkin ada pembaca yang menganggap remeh kepada isu-isu seperti ini.

Tak mustahil berlaku zaman sekarang ini, kerana pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut:-


أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )


Rujukan:

1. http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/

2. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=296&Itemid=99



MANGA-KU Hospital Attachment

Dulu
Masih tahun pertama
Berasa terlalu seronok
Dan tidak sabar-sabar
Untuk pergi ke hospital

Sekarang
Semasa tahun akhir
Berasa agak berat
Dan tidak sabar-sabar
Untuk balik dari hospital

Beginilah hakikat manusia
Inginkan sesuatu

Tetapi apabila sudah dapat
Inginkan yang sebaliknya


MANGA-KU kali ini
Berkaitan Hospital Attachment
Pelajar Tahun 4 dan Tahun 3 Farmasi

Blog batch sudah menjadi seperti Notice Board
Tinggal kita sahaja untuk lebih alert

Kalau tak, jadilah seperti Lawak Attachment di atas

Rujukan
http://iiumrx5.blogspot.com/2010/03/klas-nexwik.html
http://iiumrx6th.blogspot.com/2010/03/cp2-change-in-attachment-schedule.html

Hospital Attachment yang baru berlangsung pada hari Selasa yang lepas berkaitan...
1. Skin disease
2. Malignancy

Huraian 1 (Skin Disease)
- Perlu tahu cara counselling beberapa ubat
- Kat skin clinic yang terletak di bangunan baru HTAA
- Yang uniknya, doktor yang nak prescribe ubat ada cop khas

- Terdiri daripada beberapa ubat seperti di bawah:
1. Aqueous Cream soap / moisturizer
2. Hydrocortisone LA BD
3. Sy / Tab Chlorpheniramine Maleate 2 / 4 mg ON / PRN
4. Betamethasone Valerate Cream / Ointment 1 : 5 200 g BD
5 Fusidic Acid Cream TDS 300 g

- Doktor akan bulatkan kepada ubat yang berkenaan
- Contohnya untuk satu pesakit ini, dibulatkan nombor 1,3,4 & 5
- Kalau ada tambahan ubat, doktor akan tulis sendiri je

- Contoh ubat tambahan:
1. T. Vit C 1/1 OD x 2/12
2. T. Loratadine 10 mg OD / PRN
3. Selsun Shampoo

Contoh Diagnosis: Endocrine eczema

Contoh kaunseling ubat:

1. Aqueous Cream soap / moisturizer
- guna seperti sabun mandi
- setelah lumur di badan, biar beberapa minit
- basuh dengan air secukupnya
- setelah kering, guna sebagai pelembap (moisturizer)
- boleh sapu banyak mana pun krim ni

2. Betamethasone Valerate Cream / Ointment 1 : 5 200 g BD
- sejenis steroid yang boleh menipiskan kulit
- gunakan jika terdapat simptom sahaja
- untuk sekelumit krim di hujung jari, boleh disapu sebesar kawasan tapak tangan
- perlu disapu setelah meratakan moisturizer di atas (jika dikombinasikan)
- jangan tutup dengan pakaian di tempat yang telah disapu krim
- jangan sapu pada bahagian yang terluka

3. Fusidic Acid Cream TDS 300 g
- sejenis antibiotik
- sapu pada tempat yang terluka

4. Sy / Tab Chlorpheniramine Maleate 2 / 4 mg ON / PRN
- nama lain ialah piriton
- perlu makan malam, sebelum tidur
- elakkan memandu setelah makan

5. T. Loratadine 10 mg OD / PRN
- makan jika gatal sahaja
- maksimum dos sehari hanya sebiji


Huraian 2 (Malignancy)

Contoh diagnosis: Non-Hodgkin Lymphoma
Common reason of ward admission: Follow up chemotherapy

Apa yang perlu tahu pasal chemotherapy ni?

1. Ada beberapa regime yang spesifik seperti CHOP, RCHOP, CEOP
- CHOP stand for Cyclophosphamide, Hydroxydannorubicin (Doxorubicin), Oncovin (Vincristine), & Prednisolone
2. Beberapa ubat lain yang ditambah ialah Granisetron (anti-emetic), Mannitol (Osmotic Diuretic), & Hydrate.
3. Ada beberapa kitaran. Biasanya 4 Kitaran (4 Cycle) pemberian chemotherapy follow up.
4. Perlu tahu common side effect dan counselling technique for the patient.

MANGA-KU Ziarah HMR


Alhamdulillah, masih diberikan oleh Allah S.W.T peluang dan ruang
Untuk menghasilkan MANGA-KU yang ke-3
Kali ini berkenaan ziarah follow up HMR
Tak ingat apa itu HMR?
Boleh tengok sini.

Ziarah

Ziarah merupakan sunnah yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Maulidurrasul

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا - ٥٦

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (56)

Teringat pula ceramah Maulidurrasul
Oleh Ust Rujhan Ghazali
Di Masjid Tengku Ampuan Afzan
Pada pagi semalam, selepas subuh
Terdapat 5 renungan yang telah disampaikan beliau

Renungan 1

Perayaan dalam Islam hanya 2 hari;
1. Aidiladha
2. Aidilfitri
- Perayaan merupakan hari kesyukuran
- Selain itu, bukan perayaan tetapi 'Iqrar' (tak sure istilah ni sbb tak berapa dengar sgt)
-> tujuan Iqrar untuk mendekatkan hati seperti Maulid Nabi & Nuzul Qur'an

Renungan 2

Maulid Nabi yang sudah menjadi ritual, seakan hilang ruhinya
Apabila menjadi adat;
- Berarak, berceramah, makan
- Syarahan, marhaban, makan
--> Musim Maulud = Musim Mulut

Perkara ini sepatutnya tidak seperti ini
Kerana Amal dalam Islam dilakukan bagi mendapat:
1. Pahala
2. Kesan kepada peribadi
- solat yang mencegah mungkar
- puasa untuk mendapat taqwa
- zakat untuk penyucian
- Haji supaya mabrur

Renungan 3

Doa supaya
- perlihatkan kebenaran sebagai kebenaran
- boleh ikut kebenaran tersebut
- perlihatkan kebatilan sebagai kebatilan
- boleh jauhi kebatilan tersebut

Ini kerana;
- ada yang memang tak nampak kebenaran
- tapi ada yang nampak tapi tak boleh nak ikut

Renungan 4

Berkenaan satu hadith:

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “ Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda : “ Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka.”

Huraian boleh lihat di sini

Renungan 5

Berkenaan CINTA Rasul

C- Cantik (Rupa paras Nabi yang cantik)
I - Indah (Indahya akhlak baginda)
N - Nikmat (Dengan berselawat)
T - Tanggungjawab (Ikut ajaran Nabi)
A - Amanah (Dengan tanggunjawab tersebut)



Mula-mula duduk belakang, tengok dulu macam mana ceramahnya


Lepas itu, pindah ke depan sebab seronoknya dengan 5 renungan yang dikongsi ustaz ni


Jadi, apa kaitannya dengan HMR?

Banyak betul...

Rasulullah S.A.W melakukan ziarah ke rumah sahabat
Untuk membina peribadi
Menjaga akhlak dan diri

Tanpa adanya dakwah fardiyah
Agak mustahil mendapat pejuang-pejuang Islam yang bersemangat kental
Mempertahankan Islam dengan mengorbankan kepentingan peribadi

Dengan individualised approach
Lebih mencapai komunikasi berkesan
Tanpa ada kekeliruan

Kaitan dengan HMR...

Apabila pharmacist melawat pesakit di rumah
Barulah diketahui real situation
Cara penggunaan ubat di rumah
- storage
- technique
- compliance

Walaupun di outpatient department
Pharmacist telah menerangkan dengan jelas
Tentang penggunaan ubat di rumah
dan pesakit mengangguk tanda faham

Sebenarnya masih banyak kekeliruan yang timbul
Salah faham tentang kegunaan dan kepentingan ubat tersebut
Seperti yang telah anda baca dalam Lawak Pecah Lemak di atas
Ubat yang terlibat ialah LOVASTATIN (Lipid Lowering Agent)

Boleh lihat pada gambar di bawah....

HMR Preparation in lighter colour & HMR Findings in darker colour














































































MANGA-KU SPA Interview


Setelah membaca tajuk
Beberapa persoalan timbul

Soalan 1:
Apa itu MANGA-KU?

Jawapan 1:
Gabungan MANGA dan AKU.
Manga ialah komik.
Aku ialah diri sendiri.
Dalam kata lain, komik aku sendiri.
Produk kedua setelah KUMIKU.


Soalan 2:
Apa beza dengan KUMIKU?

Jawapan 2:
Tiada akronim.
MANGA-KU bermakna Manga Aku.
Berbeza dengan KUMIKU yang membawa maksud
Komik Untuk Manusia Insafi Kealpaan Ummah.
Tambahan lagi MANGA-KU menggunakan lukisan sendiri,
manakala KUMIKU menggunakan gambar real yang diedit.


Soalan 3:
Apa kelebihan MANGA-KU?

Jawapan 3:
Bebas untuk menggambarkan sesuatu.
Sebagai contoh, sesi temuduga SPA
yang telah berlangsung beberapa minggu lepas.
Ada tempat yang sukar untuk diambil gambar.
Jadi, dengan lukisan sendiri, cerita dapat disampaikan.
Necessity is the mother of invention.


Soalan 4:
Apa kekurangan MANGA-KU?

Jawapan 4:
Memerlukan banyak masa.
Alat pun kena canggih.
Contohnya scanner yang murah
menghasilkan gambar yang kurang memuaskan.


Soalan 5:
Apa harapan untuk MANGA-KU?

Jawapan 5:
Semoga dapat lebih idea.
Agar menghasilkan karya yang konsisten.
Berdakwah dalam berkarya.
Berharap dapat menggunakan software "Manga Studio"
Serta hardware yang canggih seperti Tablet PC.



OK... cukup dengan muqaddimah...

Kali ini MANGA-KU membicarakan perihal sesi temuduga SPA;
Yang telah berlangsung pada 9 Februari 2010 yang lepas.
Biarpun telah lama berlalu,
Kenangan masih segar dalam ingatan.

  • Temuduga Wajib

Secara amnya, pelajar farmasi tahun akhir perlu menghadiri temuduga ini.
Walaupun telah sedia maklum akan kerja wajib kerajaan selama 4 tahun.
Ini kerana antara syarat untuk menjadi pegawai kerajaan ialah mesti melalui temuduga.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Terima kasih kepada semua yang membantu termasuklah kak syarina dan staff yang lain.

  • Tenang

Apa yang menariknya dengan sesi temuduga ini,
perasaan gementar dapat diatasi
dengan sokongan rakan-rakan yang sama-sama menunggu giliran.
Lebih kurang 20 orang rakan sekelas untuk satu hari.
Jadi, macam-macamlah cerita yang keluar dalam masa setengah hari ini.
Antara ceritanya seperti dalam Lawak Temuduga 1 di atas.


Borak punya borak tak terasa masa menunggu.
Masa untuk seorang dalam bilik temuduga tu lebih kurang 20 minit.
Jadi, bila seorang dah habis je temuduga,
Semua yang lain berkumpul kat dia.
Masing-masing nak tau apa yang ditanya kat dalam bilik tu.



  • Perkongsian

    Alhamdulillah, semua yang dah di interview tak kedekut ilmu.
    Kebanyakannya sanggup menceritakan balik soalan-soalan penemuduga tadi.
    Maka, terhasillah koleksi soalan-soalan temuduga SPA.
    Boleh tengok kat blog batch kami di sini.

    Tak kurang juga yang berkongsi cerita lawak masa dalam bilik temuduga tu.
    Cerita kat Lawak Temuduga 2 kat atas tadi dah diubah suai sikit, tapi masih mengekalkan lawaknya.

    Pengajarannya, sebelum pergi interview, kena make familiar dengan kerusi dan meja.
    Kadang-kadang, bila dah gelabah, macam-macam boleh jadi. Nak pula kalau meja tu lebih kurang je tinggi nya dengan kerusi. Tauke Perabot pun boleh silap. Ingatkan, memang disediakan pilihan, untuk orang duduk kerusi yang boleh bersandar ataupun yang tidak.


  • Tips Temuduga

Untuk yang akan menghadiri temuduga selepas ini, tak perlu risau. Tenangkan hati. Bukakan minda. Jadi diri anda sendiri. Masa inilah pengalaman dan ilmu-ilmu anda akan digunakan. Insya-Allah jika anda ikhlas belajar sejak tahun pertama lagi, semua soalan dapat dijawab dengan mudah. Jika masih tak mencapai ikhlas? Masih sempat. Berubahlah dari sekarang. Walaupun anda tahun terakhir. Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk duduk di kerusi di bawah ini....



Jujurlah dengan diri sendiri. Menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana exam. Bukan kerana terpaksa. Bayangkan, jika ilmu farmasi ini tidak ada dalam diri anda, dek kerana ulang kaji yang sambil lewa; berapa ramai pesakit yang akan menderita kerana medication error? Berapa ramai manusia yang terikut-ikut dengan tabiat ponteng dan datang lambat anda, jika ditakdirkan anda menjadi lecturer suatu masa nanti?

  • Anggapan Ramai

Gejala ponteng dan lambat datang ke kelas semakin berleluasa masa ini. Ramai beranggapan merekalah yang hebat kerana dapat ponteng kelas tanpa dikesan dan diberikan balasan. Tapi, ramai yang terlupa bahawa bila kita ponteng, diri sendiri yang akan rugi.

  • Cabaran
Pengajaran dalam kelas tak sama dengan nota yang diberikan. Adakah sama sejam di kelas dengan beberapa minit last minute study malam sebelum peperiksaan? Mungkin ramai yang tidak sedar, kerana mereka masih boleh score dalam exam. Tak pergi kelas, baca nota pun dah cukup. Jadi, orang yang masih setia dengan kelas akan berasa tercabar. Walaupun dia pergi ke kelas, tapi masih tak dapat kecemerlangan seperti orang yang hanya menghafal nota sebelum malam peperiksaan.

Jadi, apa kaitannya dengannya tajuk blog kali ini?

Sebenarnya, Interview SPA ini barulah permulaan untuk cabaran kerjaya suatu masa nanti. Bersumberkan seorang pensyarah yang berpengalaman;
" Ramai yang cemerlang dalam kerjaya bukan daripada mereka yang cemerlang dalam akademik. "
  • Pointer Pertengahan

Mereka yang berpointer sederhana, masih boleh berjaya dalam kerja.
Ini kerana, ilmu yang dipelajari masih berkesan dalam dirinya.
Markah yang kurang dalam peperiksaan mungkin disebabkan sekelumit ilmu yang tidak dihafal; tetapi masih banyak ilmu di dada yang tidak ditanya dalam exam.

  • Pointer di atas & di bawah

Namun ini tidak bermakna mereka yang berada di dua extreme tidak bejaya dalam kerja.
Mereka yang cemerlang dengan pointer yang tinggi lebih berkemungkinan besar untuk berjaya.
Tidak ketinggalan juga dengan mereka yang rendah pointernya. Usaha yang konsisten membuahkan hasil yang lumayan. Man Jadda Wajada.

  • Mukmin Professional
Semua PROFESIONAL dapat berjaya dalam kerja masing-masing dengan satu syarat.
Mereka juga perlu menjadi MUKMIN yang sebenarnya.
Ini kerana kejayaan dapat dicapai jika mematuhi dua jenis HUKUM, iaitu hukum sunnatullah dan hukum syariatullah.
Moga-moga kita semua dapat menjadi Mukmin Professional seperti yang dicanang oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi [ klik ].


( قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ ( ٢٦


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat (pakar), lagi amanah (integriti). (26)
[Maksud surah al-Qasas 28: 26]

Bergambar bersama Ust Pahrol selepas program World Story [ klik ]