Showing posts with label KUMIKU. Show all posts
Showing posts with label KUMIKU. Show all posts

Finish Study

Alhamdulillah...
Akhirnya berjaya juga menyambung KUMIKU.
Kali ini berkenaan "Finish Study".
Habis belajar ijazah sarjana muda farmasi.
4 tahun di UIA Kuantan.

Dikatakan, kemungkinan mula kerja....
Sebagai Provisionally Registered Pharmacist (PRP),
ialah pada bulan Ogos ni (according to senior la...)
Jadi, sekarang hujung bulan April.
Lama juga lah cuti kali ni.

Untuk diri sendiri pun,
Banyak plan di fikiran,
Nak kerja sementara lah;
Jadi penulis novel lah;
Jadi kartunis lah;
Dan latest sekali, nak try bisnes online....

Hm...
Tapi, nampaknya takde yang dipraktikkan lagi.
Semua masih lagi dalam kategori niat.


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً. - البخاري ومسلم

Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Rujukan dan huraian boleh dilihat di sini.


HMR FIRST EXPLORACE

HMR = Home Medication Review
A new area for pharmacist to venture a part of dispensing & compounding drugs.

KUMIKU kali ini memaparkan pengalaman beberapa orang 4th year pharmacy student
Melakukan HMR yang pertama kali di Klinik Kesihatan Bukit Goh






Presentation vs Examination

Case Presentation perlu diselesaikan oleh pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Farmasi.
Namun, minggu peperiksaan sudah semakin hampir.
Bagaimanakah menetapkan keutamaan antara keduanya?
KUMIKU kali ini membicarakan kepentingan presentation bagi diri seorang pelajar.

Design sudah bermula awal dahulu.
Namun, cerita disiapkan pada hari ini dengan mengambil kira pengalaman menjawab exam yang baru lepas tadi.


p/s: Ini manga Malaysia OK... Sila baca dari kiri ke kanan... ;)


























سُوۡرَةُ إبراهیم

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ -٧ 

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; but if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed." (7)

Karnival Sukan UIAM Kuantan


KUMIKU kembali lagi. Kali ini dengan tema IIUM Inter-Kulliyyah Sports Carnival yang baru berakhir semalam. Menyaksikan persaingan sengit antara Kulliyyah di UIAM Kuantan ini untuk bergelar juara. Antara Kulliyyah yang mendapat ranking teratas; Medic, Sciences dan Pharmacy. Alhamdulillah, semua berpuas hati. Namun, adakah matlamat asal program dijalankan tercapai? Atau lebih banyak kemungkaran yang disaksikan? Sama-sama lah kita bermuhasabah...



KUMIKU - Pak Lah Corner

KUMIKU

K - Komik
U - Untuk
M - Manusia
I - Insafi
K - Kealpaan
U - Ummah

Versi pertama berkisar tentang tempat sarapan paling popular bagi pelajar UIAM Kuantan; Pak Lah Corner. Selain terkenal dengan roti canai yang sedap dan murah, Pak Lah juga menyediakan pelbagai hidangan kuih-muih dan nasi berlauk.





سُوۡرَةُ إبراهیم

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ كَلِمَةً۬ طَيِّبَةً۬ كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٌ۬ وَفَرۡعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ - ٢٤
Seest thou not how Allah sets forth a parable?― a goodly Word like a goodly tree, whose root is firmly fixed, and its branches (reach) to the heavens― (24)

تُؤۡتِىٓ أُڪُلَهَا كُلَّ حِينِۭ بِإِذۡنِ رَبِّهَا‌ۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَڪَّرُونَ - ٢٥
It brings forth its fruit at all times, by the leave of its Lord. So Allah sets forth parables for men, in order that they may receive admonition. (25)