Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Selamat Hari Raya & Puasa Enam Syawal


Ucapan Raya

Salam Eidul Fitri.
Moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua.
Mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Besar ganjaran orang yang memaafkan.
Rujuk surah Ali Imran ayat 133 & 134.

Makluman

Bagi pembaca setia blog ini, anda mesti tertanya-tanya akan kesudahan cerpen Ikatan Hati. Dimaklumkan bahawa cerpen ini direhatkan sementara sambungan ceritanya.
Cuti raya... heheh... insyaAllah akan disambung semula selepas ini.

Puasa Enam Syawal

Bagi entri kali ini, saya ingin berkongsi link berguna.
Berkenaan puasa sunat enam dalam bulan syawal.
Anda boleh klik sahaja link di bawah untuk maklumat lanjut:-


Pesanan

Wallahua'lam
saya mengajak pembaca sekalian membaca sendiri artikel berkenaan
dan seterusnya menilai setiap hujah yang diberikan
moga kita semua dipermudahkan oleh Allah

Clearance Seorang Graduan


Pelbagai Tanggapan

Clearance. Lain orang, lain fahamnya. Kalau main bola, penting bagi defender. Bola dah dekat pintu gol, kena lah cepat-cepat clear. Cari nahas je biarkan bola dikawal oleh pemain lawan. Kalau dari segi farmakokinetik pula, boleh jadi renal ataupun non-renal clearance. Penting untuk tahu nasib ubat dalam badan, dibuang melalui ginjal ataupun organ lain. Namun, lain pula ertinya bagi seorang graduan.


Berbeza Pengertian

Junior ingat clearance ni kosongkan barang-barang sendiri di asrama. Diri sendiri pun ingat camtu dulu. Tetapi, sebenarnya lain. Bagi pelajar UIA yang dah habis belajar, satu borang clearance perlu diisi. Nak pastikan tiada hutang atau saman yang tertunggak. Kena lah pergi setiap department. Jumpa orang yang berkenaan. Ambil tandatangan dan cop.


Antara department yang perlu dilawati:

1. Legal Unit
2. Finance Unit
3. Library
4. Mahallah
5. Security


Hasilnya

Bila dah lengkap borang tu, pulangkan balik ke One Stop Centre. Satu salinan mereka simpan. Satu salinan lagi kita simpan. Perlu dibawa semasa convocation nanti. Original transcript pun akan diberikan lepas dah hantar borang clearance ni.


Nasihat Saya

Kepada yang belum lagi membuatnya, ini ada beberapa tips. Dari pengalaman, ada beberapa masalah yang perlu ditangani. Ini bagi melicinkan proses. Sepatutnyaa, setengah hari je boleh siap.


Masalah

1. Ketiadaan orang yang berkenaan dari setiap department.
2. Kalau datang kuantan naik bas, tak ada lak transport sendiri utk bergerak ke setiap dept.
3. Tak ada tempat nak bermalam klu berhajat nak jalan-jalan lebih sikit kat kuantan.


Penyelesaian

1. Telefon dulu orang tu, ada ke tak masa tarikh yang kita nak pergi tu
- klik kat gambar atas tu. bila dah zoom in, salin nama orang yang sain kat setiap dept. tu. telefon operator uia, sambungkan kepada setiap orang yang berkenaan.

2. Sebelum datang kuantan, cari dulu no telefon orang yang buat kereta sewa pandu sendiri.
- boleh search kat internet. ataupun tanya kawan-kawan lain. tanya junior ke. dah dapat no telefon kereta sewa, try la deal utk dapatkan harga termurah utk siapkan proses clearance.

3. Kalau byk duit, duk la hotel. Klu nak jimat, tumpanglah kawan-kawan yang ada rumah sewa kat kuantan.
- inilah pentingnya network yang berkesan. ramaikan kawan. boleh jadi kawan dari kursus lain macam medic dan nursing masih ada kat kuantan. jadi boleh tumpang rumah diorang.


Akhir Sekali

Pastikan proses clearance selesai dengan setiap dokumen berikut berada di tangan:-

1. Sampul surat saiz A4 yang mengandungi 4 keping kertas kat dalam. Antaranya original transcript.
2. Sijil Biro Tatanegara. (Bagi yang tak ambil lagi sebelum cuti dulu)


Kesimpulan

Saya rasa bersyukur betul diberikan pertolongan dari Allah. Semua proses lancar sahaja. Banyak idea yang tiba-tiba datang bila brainstorm utk selesaikan masalah ni. Jadi, rugi kalau tak dikongsikan. Ilmu yang dikongsi ialah ilmu yang bertambah.


Masa Hadapan

1 blog baru akan diwujudkan. Entri difokuskan berkaitan farmasi. Khusus untuk berkongi pengalaman dari pengamatan sendiri. Namun, blog Setitis Rasa ini tidak akan dilupakan. InsyaAllah masih akan dikekalkan dengan 3 posts setiap bulan.


Detail pasal blog baru:-

1. Start: Akan dilancarkan 1 Julai, insyaAllah.
2. Niche: Mereka yang berkaitan bidang farmasi; pelajar dan pekerja
3. Tujuan: Membongkar teknik belajar di universiti dan cara bekerja dalam bidang farmasi
4. Kekerapan entri: Belum tahu. InsyaAllah lebih kerap daripada blog Setitis Rasa dan Fortified Fraternity.
5. Nama? Rahsia lagi... hehe... tunggu je lah...

Panduan Menggunakan Kad Debit Maybank

Pengenalan

Kini, perbankan internet sudah semakin popular. Segala-galanya mudah dilakukan hanya beberapa klik di depan komputer. Membayar bil, membeli barangan, topup kredit telefon bimbit, bank trasfer dah macam-macam lagi. Kawan-kawan lain juga ramai yang memperkatakannya. Ada yang berminat dan bertanya kepada saya. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada dalam memiliki Kad Debit Maybank. Kebetulan pula baru terjumpa artikel yang bagus tulisan saudara SmartZul.

Sebab Untuk Memilikinya

Mungkin kepada yang masih baru dengan perbankan internet, merasakan tidak penting untuk memilikinya. Walhal, ia sudah menjadi seakan keperluan untuk menjimatkan masa beratur panjang di bank. Dengan Kad Debit Maybank ini, pengguna bukan sahaja boleh melakukan transaksi online, kad ini juga berfungsi seperti Kad ATM biasa yang boleh mengeluarkan duit dari mesin ATM. Dan yang bagusnya, dengan memiliki akaun Maybank, pengguna tidak perlu lagi membayar charge RM1 ketika mengeluarkan wang dari akaun lain di mesin ATM Maybank. Jika kita lihat, merata-rata mesin ATM Maybank di sekeliling kita berbanding jenis bank yang lain. Kad Debit Maybank juga dipilih berbanding bank lain kerana ia dapat digunakan untuk membuka akaun paypal. Lagi sebab kad ini dipilih boleh baca di sini.

Kelebihan Lain

Kad Debit juga berfungsi sebagai alternatif kepada pembayaran tunai di tempat-tempat terpilih seperti pasaraya. Kita tidak perlu lagi memenuhkan dompet dengan duit yang banyak untuk berbelanja di sini. Kad Debit akan menggunakan duit di dalam akaun sedia ada. Konsepnya lebih kepada top-up dulu baru bayar. Berbeza dengan konsep kad kredit. Namun perlu dielakkan menggunakan kad debit di pam minyak, hospital dan hotel. Caj tambahan RM200 akan ditolak secara automatik dari akaun anda. Boleh dapatkan lagi maklumat tentang caj tambahan itu di sini.

Cara Memohon

Mengikut pengalaman saya, kita perlu memiliki akaun Maybank dahulu. Pilihlah akaun islamik daripada Maybank Islamic. Bagi saya, akaun simpanan al-wadiah adalah yang terbaik. Setelah itu, tanyalah kepada pihak bank tersebut, bagaimana ingin memohon kad debit. Satu borang akan diberikan untuk kita memenuhinya. Tanyalah juga bagaimana ingin memiliki akaun manbank2u. Pegawai bank akan memberikan langkah demi langkah secara terperinci hinggalah kita barjaya memilikinya. Talian khidmat pelanggannya juga dapat membantu.

Perkara Penting

Pihak Maybank telah melakukan beberapa security setting untuk keselamatan wang kita. Antaranya ialah TAC number. Ketika kita ingin melakukan transaksi online, TAC number perlu diminta dahulu. Pihak bank akan memberikan TAC number ini terus ke telefon bimbit kita. No telefon bimbit perlu didaftarkan dahulu di mesin ATM Maybank. TAC number hanya sah digunakan sekali setiap kali log in. Jadi, penting untuk log off setelah menggunakan maybank2u ini. Dinasihatkan jangan menggunakan komputer awam seperti di cyber cafe untuk mengelakkan akaun diceroboh masuk.

Lagi Langkah Keselamatan

Satu lagi risiko internet ialah akaun diceroboh. Setakat ini, antara cara orang yang tidak bertanggungjawab ini mencuri masuk ke akaun kita ialah dengan menghantar emel mengatakan kita perlu klik url yang disediakan atas sebab-sebab tertentu. JANGAN klik url tersebut. JANGAN buka langsung emel yang meragukan untuk keselamatan. Terus DELETE emel berkenaan. Pihak Maybank tidak akan berhubung dengan pelanggannya melalui emel. Jika ada perkara yang berkaitan pun, surat akan terus dihantar ke alamat rumah kita. Taktik kotor orang menghantar emel kepada kita dengan menggunakan nama Maybank ini dinamakan "phishing". Boleh lihat contoh di forum ini.

p/s: Sila klik hyperlink di dalam teks sebagai rujukan lanjut