Showing posts with label Prinsip. Show all posts
Showing posts with label Prinsip. Show all posts

Clearance Seorang Graduan


Pelbagai Tanggapan

Clearance. Lain orang, lain fahamnya. Kalau main bola, penting bagi defender. Bola dah dekat pintu gol, kena lah cepat-cepat clear. Cari nahas je biarkan bola dikawal oleh pemain lawan. Kalau dari segi farmakokinetik pula, boleh jadi renal ataupun non-renal clearance. Penting untuk tahu nasib ubat dalam badan, dibuang melalui ginjal ataupun organ lain. Namun, lain pula ertinya bagi seorang graduan.


Berbeza Pengertian

Junior ingat clearance ni kosongkan barang-barang sendiri di asrama. Diri sendiri pun ingat camtu dulu. Tetapi, sebenarnya lain. Bagi pelajar UIA yang dah habis belajar, satu borang clearance perlu diisi. Nak pastikan tiada hutang atau saman yang tertunggak. Kena lah pergi setiap department. Jumpa orang yang berkenaan. Ambil tandatangan dan cop.


Antara department yang perlu dilawati:

1. Legal Unit
2. Finance Unit
3. Library
4. Mahallah
5. Security


Hasilnya

Bila dah lengkap borang tu, pulangkan balik ke One Stop Centre. Satu salinan mereka simpan. Satu salinan lagi kita simpan. Perlu dibawa semasa convocation nanti. Original transcript pun akan diberikan lepas dah hantar borang clearance ni.


Nasihat Saya

Kepada yang belum lagi membuatnya, ini ada beberapa tips. Dari pengalaman, ada beberapa masalah yang perlu ditangani. Ini bagi melicinkan proses. Sepatutnyaa, setengah hari je boleh siap.


Masalah

1. Ketiadaan orang yang berkenaan dari setiap department.
2. Kalau datang kuantan naik bas, tak ada lak transport sendiri utk bergerak ke setiap dept.
3. Tak ada tempat nak bermalam klu berhajat nak jalan-jalan lebih sikit kat kuantan.


Penyelesaian

1. Telefon dulu orang tu, ada ke tak masa tarikh yang kita nak pergi tu
- klik kat gambar atas tu. bila dah zoom in, salin nama orang yang sain kat setiap dept. tu. telefon operator uia, sambungkan kepada setiap orang yang berkenaan.

2. Sebelum datang kuantan, cari dulu no telefon orang yang buat kereta sewa pandu sendiri.
- boleh search kat internet. ataupun tanya kawan-kawan lain. tanya junior ke. dah dapat no telefon kereta sewa, try la deal utk dapatkan harga termurah utk siapkan proses clearance.

3. Kalau byk duit, duk la hotel. Klu nak jimat, tumpanglah kawan-kawan yang ada rumah sewa kat kuantan.
- inilah pentingnya network yang berkesan. ramaikan kawan. boleh jadi kawan dari kursus lain macam medic dan nursing masih ada kat kuantan. jadi boleh tumpang rumah diorang.


Akhir Sekali

Pastikan proses clearance selesai dengan setiap dokumen berikut berada di tangan:-

1. Sampul surat saiz A4 yang mengandungi 4 keping kertas kat dalam. Antaranya original transcript.
2. Sijil Biro Tatanegara. (Bagi yang tak ambil lagi sebelum cuti dulu)


Kesimpulan

Saya rasa bersyukur betul diberikan pertolongan dari Allah. Semua proses lancar sahaja. Banyak idea yang tiba-tiba datang bila brainstorm utk selesaikan masalah ni. Jadi, rugi kalau tak dikongsikan. Ilmu yang dikongsi ialah ilmu yang bertambah.


Masa Hadapan

1 blog baru akan diwujudkan. Entri difokuskan berkaitan farmasi. Khusus untuk berkongi pengalaman dari pengamatan sendiri. Namun, blog Setitis Rasa ini tidak akan dilupakan. InsyaAllah masih akan dikekalkan dengan 3 posts setiap bulan.


Detail pasal blog baru:-

1. Start: Akan dilancarkan 1 Julai, insyaAllah.
2. Niche: Mereka yang berkaitan bidang farmasi; pelajar dan pekerja
3. Tujuan: Membongkar teknik belajar di universiti dan cara bekerja dalam bidang farmasi
4. Kekerapan entri: Belum tahu. InsyaAllah lebih kerap daripada blog Setitis Rasa dan Fortified Fraternity.
5. Nama? Rahsia lagi... hehe... tunggu je lah...

Komplikasi Vaksin H1N1

[ Maaf, tiada komik untuk entri kali ini atas sebab-sebab tertentu ]


Tak ramai yang dapat komplikasi ini. Ada orang yang ambil vaksin tapi tak ada kesan apa-apa pun. Tapi, biasanya memang akan dapat demam 2 atau 3 hari setelah suntikan vaksin. Disebabkan tak bersedia untuk demam lah ramai yang tak ambil vaksin ni. Walaupun percuma. Boleh tengok laman web http://h1n1.moh.gov.my/untuk keterangan lanjut pasal vaksin percuma ini.

Komplikasi Saya

Teruk ke komplikasi nya? Bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Mak saya, ambil sekali vaksin dengan saya. Tak pula dia demam. Tapi, saya demam dengan teruk sekali. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh. Entri kali ini akan menceritakan pengalaman demam kerana komplikasi vaksin H1N1.

Sakit Sangat

Sebelum ini, pernah terdengar ceramah. Berapa ramai yang insaf dengan keadaan hampir-hampir mati? Sedangkan dah ramai ibu yang melahirkan anak. Bukankah ketika itu terasa sakit yang amat sangat? Saya tak tahu sebab tak pernah mengalami dan tak akan merasainya. Namun, saya telah mengalami demam panas yang agak teruk hasil komplikasi vaksin ini.

Keadaan Cemas

Suhu badan 39'C. Sakit kepala berdenyut-denyut dari semua arah. Lenguh-lenguh sendi. Fikiran pada masa itu hanyalah mengharapkan kesempatan untuk bertaubat. Banyak sangat maksiat. Mata tak terjaga, lidah bebas berkata-kata, telinga mendengar sahaja. Musibah sakit juga menghapus dosa. Memang banyak program yang keterlaluan sebelum ini. Biarlah, lain kali tak akan dibiarkan diri ini menyertainya lagi. Biarlah orang lain dengan pendapat mereka. Tak akan dibiarkan lagi hati yang tak redha bertukar menjadi rela.

Muhasabah Diri

Alhamdulillah, sejak kecil Allah memberikan tarbiyah berupa ujian sakit dan musibah. Kalau orang lain buat maksiat, lancar sahaja. Tapi, kalau diri sendiri yang terjerumus sedikit ke dalam lembah kehinaan ini, pasti akan ada sahaja yang tak kena. Demam, sakit perut, sakit kepala atau apa-apa sahajalah yang tidak menyenangkan. Pasti akan menyebabkan ibu bapa tak senang duduk dengan keadaan anak yang sering sahaja demam. Fikiran logik mengatakan diri yang tak pandai menjaga kesihatan. Namun, fikiran positif akan mencari hikmah di sebalik kejadian. Semoga diri ini sentiasa sabar untuk mengekalkan sifat optimis dan berbaik sangka.

Antara hikmah demam kali ini:

1. Selsema

Baru tau pasal chlorpheniramine ialah ubat selsema dalam kategori anti-histamin generasi pertama. Pil bulat kecil warna kuning. Telan 1 biji 3 kali selepas makan. Akan menyebabkan mengantuk.

2. Batuk

Dapat mencuba pelbagai jenis penawar batuk. Mula-mula ambil Nilco Syrup daripada klinik kesihatan kerajaan. Semakin kuat batuk jadinya. Lepas itu cuba pula Woods. Sama juga tak berkesan. Berubah kepada cara alternatif. Satu sudu madu dicampur dengan segelas air suam. Satu sudu air gamat dicampur juga dengan air suam. Alhamdulillah, lega akhirnya.

3. Demam

Kalau dekat bahagian kecemasan hospital kuantan, 39'C dah kena masuk wad. Tapi, pelik dekat klinik kesihatan bangi ini, medical assistant tu kata tak perlu. Lepas tu, dia kata makan Panadol (PCM) 2 biji setiap 4 jam. Lagi pelik. Mujur dekat farmasi, dapat ubat dilabel dengan betul. PCM 2 biji setiap 8 jam. Balik rumah, tengok balik drug information handbook, memang tak boleh lebih 8 biji sehari. Walaupun demam yang sangat panas. Kena banyak minum air masak. Biar air kencing menjadi jernih.

Alhamdulillah... Lega betul sekarang dah sembuh. Semoga mendapat pengajaran daripada ujian sakit. Semoga kita bersama-sama menghindar dosa.

p/s: Maksiat ialah apa-apa sahaja perbuatan yang mendatangkan dosa kepada pelakunya.

Rahsia Bisnes Internet

[ Klik pada gambar untuk besarkan ]


Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana melakukan bisnes internet? Adakah mudah? Ataupun payah? Adakah menguntungkan? Ya begitulah persoalan-pesoalan dalam fikiran saya sebelum ini. Sekarang, ada yang sudah terjawab dan ada yang belum. Saya juga masih di peringkat permulaan.

Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang. Masa cuti yang panjang untuk mengkaji bidang ini. Memang besarlah hikmahnya Allah menjadikan saya tidak dapat kerja part time yang sesuai. Puas sudah saya mencari. Guru sementara, pembantu farmasi, promoter dan kedai makan. Ada sahajalah yang tidak kena. Akhirnya, jadilah suri rumah sepenuh masa sekarang ini. =).

Bagi anda yang sealiran dengan saya, marilah membaca buku yang berkaitan dengan bisnes internet. Saya sudah membacanya sekali imbas. Bagus. Pengarangnya memang tidak menyembunyikan fakta. Memang berbaloi membelinya. Daripada tak tahu apa-apa pasal bisnes ini, saya sudah mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk explore sendiri yang selebihnya.

Amat digalakkan untuk membeli dan membaca sendiri buku-buku di bawah ini. Boleh didapati di MPH atau mana-mana kedai buku berdekatan anda. Diingatkan di sini, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat. Bukan untuk mempromosikan produk. Tiada apa-apa komisen daripada syarikat yang terbabit. Saya bukan anggota affliate mereka. Bukan juga agen pemasaran mereka. Apa yang saya percaya selama ini, jika kita berkongsi ilmu, Allah akan menambahkan lagi keberkatan ilmu tersebut. Alhamdulillah, selama saya mempraktikkan prinsip ini, semua kerja yang ingin saya lakukan berjalan lancar dengan pertolongan Allah.

Ini senarai buku yang telah saya baca:

1. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
2. Bisnes Internet Bina.Upload.Urus
3. Buat Duit Dengan Affliate

Ketiga-tiga buku ditulis oleh pengarang yang sama, iaitu En. Azahar Abdul Rahman. Saya mengesyorkan anda membeli buku yang pertama dahulu. Setelah membaca sendiri isi kandungannya, anda akan tertarik untuk membeli 2 lagi hasil karya beliau tersebut.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan buku dan pengarang ini di laman web beliau: artmand.com


Berakhirnya Sebuah Penantian

Alhamdulillah
Tidak terkata syukur ini
Habis sudah pengajian di Kulliyyah of Pharmacy
Selama 4 tahun di Kuantan
Banyak ilmu dan pengalaman

Mari kita sama-sama fikir dan zikir
Apakah yang membantu kejayaan ini?


Kenderaan yang membantu ke kelas dengan pantas?



Kamera yang menyenangkan tugas menyalin jadual dan pengumuman?



Multipurpose printer yang memudahkan penukaran softcopy kepada hardcopy dan sebaliknya?


Highlighter berwarna-warni untuk memudahkan ekstrak isi-isi penting?




Nota ringkas yang ditampal di dinding?

Ataupun....
- Pensyarah yang cemerlang dalam pengajaran?
- Kawan-kawan yang membantu perbincangan?
- Kebolehan sendiri untuk mengurus pembelajaran?
Sedarlah...
- Semua itu datangnya dari Allah yang menentukan
- Yang menggerakkan hati-hati manusia ke arah kebaikan
- Yang menyediakan pelbagai nikmat dan kemudahan
Jadi...
- Setelah berFIKIR tentang sebab kejayaan
- Kita akan kembali berZIKIR tentang punca Yang Maha Menentukan
- ALHAMDULILLAH


Soalnya Hati

Alhamdulillah, masih diberi kelapangan masa.
Orang selalu kata tak ada masa, tetapi sebenarnya tak kuasa.

Waktu sibuk dalam peperiksaan.
Tak bermakna berhenti dalam perjuangan.
4 paper esei selesai, tinggal 4 lagi esei, 2 mcq, & 1 OSCE.
Harap dipermudahkan.

Kali ini soal hati.
Hati ialah ketua jasadi.
Bila iman lemah.
Hati akan mengarah.

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Seorang sahabat datang kepadaku...

H: Aku jumpa air tin ni tengah jalan, nak ambil ke tak?

S: Kalau aku, aku tak ambil.

H: Dah tak ada siapa punya, rugi la kalau tak ambil.

S: Terpulanglah kalau kau yakin. Kalau aku, syubhah.

H: Emm... Tak elok membazir ni.

Persoalan yang sukar dijawab
Tentang hati dan tanggungjawab

Lantas, aku teringat akan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh
Yang terkesan dengan...
...hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang baik.

Lalu baginda menyediakan persiapan tenteranya
Untuk mejadi baik termasuk diri dan rakyatnya

Suatu hari, dia ingin menguji ketaqwaan tenteranya
Bagi memastikan ketaqwaan tenteranya itu, pada suatu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri telah memanggil dua orang tenteranya yang berjawatan rendah.

Setelah memanggil dua orang tenteranya itu, baginda menyuruh agar mereka mencari sebuah biji delima pada malam itu juga, kerana sultan muhammad Al-Fateh mahu memakannya.

Nak dipendekkan cerita
Buah delima tidak diperoleh
Kerana walaupun mereka berjumpa dengan buah itu
Tetapi tidak tau di mana pemiliknya

Cerita lanjut boleh dirujuk di laman web ini

Lagi, aku teringat akan mural dinding di sekolah menengah ku
Dalam bahasa Arab bermula dengan: "Shakautu ilal waqi'...."
Jadi, aku pun googling around
Lalu terjumpa url ini

Makna bagi ungkapan bahasa Arab tersebut:

“Saya mengadu kepada guru ‘Waqi’ tentang mutu hafalanku yang buruk, Maka ia mengarahkan agar aku meninggalkan maksiat, Ia berkata, “Ketahuilah, ilmu adalah kemuliaan, dan kemuliaan Allah tidak akan diberikan kepada ahli maksiat”, ucap Imam Syafi'i kepada gurunya.

Lagi pesanan untuk diri sendiri yang mudah lupa...

Bersumberkan laman web ini;

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah:
  1. Pemerintah yang adil,
  2. Remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
  5. Orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!",
  6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan
  7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah."
    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Tetralogy of Fallot






[tiada KUMIKU mahupun MANGA-KU kali ini atas sebab-sebab yang boleh diekstrak daripada teks di bawah]


Ahh... perkataan ni asyik bermain di fikiran
Kena luahkan juga di blog
Barulah rasa aman sikit




Tetralogy of Fallot


Sejenis penyakit berkaitan jantung yang terdiri daripada 4;
Salah satunya, ventricular septal defect
atau nama melayunya jantung berlubang

Kenapa terngiang-ngiang di fikiran?

Mungkin kesan mendalam di dalam hati
Ilmu yang dicari sendiri

Alkisah, kami kena menyiapkan report attachment
Kes Infective Endocarditis

Masalahnya, punca sebenar infection ni kurang jelas
Biasanya, penagih dadah yang akan dapat
Tetapi, pesakit ini tak pula menagih dadah

Cari punya cari
Gali punya gali
Barulah dapat jawapannya
Jantung berlubang pesakit ini
Yang membawa kepada jangkitan
Gram positif bakteria - Staph. Aureus

Sebab lain, asyik teringat je perkataan ini?

Tetralogy of Fallot yang terdiri daripada 4
Yang membawa kesan buruk jika tidak diubati
Tetapi, apabila diubati, ada kesan lain pula

Jadi, terkesan dengan keadaan diri sendiri
Yang boleh dibuat kaitan




Tetralogy of Peluh


1. Assignment Toxicology
2. Assignment Admin
3. Report HMR
4. Study for Final Exam


- kalau tak dilaksanakan akan mendapat padah
- kalau dilaksanakan, ada juga kesannya jika tidak teliti
- walaupun dengan teliti, tak mungkin akan dapat perfect

Lantas...
Aku ingin merekodkan slide yang telah dibuat dengan berpeluh-peluh
Lengkap dengan Clinical Pharmacokinetic calculation
Dengan harapan, lain kali boleh rujuk balik
Sebab, calculation ni, sekarang senang je nak buat
Tapi, bila dah lama tinggal, langsung tak ingat apa-apa....




















































Post mortem Fourth Year First Sem

Alhamdulillah... selesai sudah semester pertama tahun 4 farmasi UIAM.
Banyak pengalaman baru dipelajari. Banyak ilmu baru difahami.
Terima kasih tak terhingga kepada para pensyarah dan kawan-kawan yang membantu diri ini.
Tanpa bantuan Allah memberi petunjuk kepada kalian, tak mampu diri ini sampai ke tahap ini. Jazakallahu khairan kathira...


Bagi mendokumentasikan perjalanan semester yang lepas, elok rasanya dibuat post mortem. Muhasabah kelemahan diri. Mencari potensi diri.


Total 7 subjek diambil dengan exam dan 1 subjek tanpa exam


1. PHM 4112 Quality Assurance

- Perlu extract isi penting dan jadikan nota yang lebih ringkas.


2. PHM 4122 Sterilization and Aseptic Technology

- Perlu tumpu dalam kelas


3. PHM 4132 Pharmacoepidemiology & Pharmacoeconomics

- Perlu baca buku dan internet


4. PHM 4143 Pharmacotherapeutics I

- Perlu banyak bahan bacaan, tumpu dalam kelas, refresh bila nak dekat exam


5. PHM 4153 Dosage Design 2

- Agak susah. Perlu tumpu dalam kelas. Kalau balik baru nak study memang tak sempat.


6. PHM 4162 Pharmacy Practice 4

- Agak senang. Perlu banyak buat repot. Tapi kemurahan hati memberi pinjam report untuk diambil isi mungkin akan di tiru bulat2 kerana kesuntukan masa.


















7. PHM 4192 Clinical Nutrition

- Perlu tumpu tutorial yang diberikan.


8. PHM 3123 PK

- Perlu rajin bertanya junior. Lecturer baru approach baru.


9. PHM 4171 PBL 2

- Perlu mahir membahagi tugas dan menyiapkan tugas sendiri.


10. PHM 3012 LS

- Kesilapan sama seperti pharm prac 4. Kemurahan hati dibalas dengan peniruan yang tidak memuaskan hati. Jangan haraplah lepas ni nak dapat softcopy tugas dengan senang. Barulah faham kenapa ada lecturer tak nak bagi softcopy note. Isu plagiarism memang serius.







SWOT Analysis for this examination




Strength:


Masa yang agak banyak berbanding semester yang lepas-lepas

Master Plan Reconstitution


Weakness:

Bacaan yang belum dihabiskan

- DD2 : 15
- QA : 8
- PK : 8
- PP4 : 10
- SAT : 7
- PE : 5

Opportunitiy:

- Pertolongan Allah yang amat dekat


Threat:


- Pertambahan bahan yang perlu dibaca di saat akhir
- Tanggungjawab yang datang dengan tiba-tiba
- Rasa malas kerana teramat stress
- Kurang jelas matlamat peperiksaan
- Kurang mendekatkan diri kepada Allah

Last minute!

Kau suka tak kalau kena buat kerja last minute?
Tetiba je dapat tugasan atau arahan yg jelas sekali menidakkan kepuasan hati...

Semua orang mesti marah.

Pastu cakap...
  1. Kenapa tak bagitau awal-awal?
  2. Kenapa sekarang baru nak bagitau?
  3. Ingat senang ke nak ubah?
  4. Takde pilihan dah ke?
  5. Habisla aku kali ni...

Tengokla boleh tak kalau kau...

  1. Beli tiket bas on the spot masa hari raya pertama
  2. Check in hotel masa ada pilihanraya umum kecil kat situ
  3. Nak guna auditorium esok gak yg memang banyak program masa tu
  4. Nak order 100 bungkus nasi ayam hari ni gak dari gerai yg kecil
  5. Baru nak start study bila esok dah nak exam

Sure (InsyaAllah) tak dapat punya, sebab...

  1. Semua perkara ada jadual dan perancangannya sendiri
  2. Ramai org yg berhajatkan benda yg sama
  3. Tapi sumber lak terhad
  4. Jd kenala ikut giliran
  5. Berdasarkan keutamaan

Tapi, macamana pula kalau...

  1. Ada kemalangan yg menyebabkan sesuatu perlu ditangguhkan?
  2. Ada penyakit dan terlantar di hospital?
  3. Org yg minta buat kerja last minute tu seorang yg amat penting (VVIP)?
  4. Berlaku perubahan jadual (samada dicepat atau dilambatkan)?
  5. Kerja last minute ni memberikan kita lebih keuntungan?

Jadi, kesimpulannya;

  1. Perancangan awal perlu disertakan juga dengan backup plan
  2. Mana tau kalau2 ada perkara last minute
  3. Yg mungkin menyebabkan kita terhindar drpd malapetaka yg lebih besar
  4. Sebab perancangan Allah lebih hebat
  5. Selepass berusaha manusia hanya perlu bertawakkal

Tahun baru 1430h / 2009 m

Alhamdulillah, pujian bagi yg Maha Pencipta kerana memberikan kesempatan untuk diri ini mengecapi segala nikmat yg tak terhitung banyaknya.

Sekejap saja masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu... dan sekarang tahun berganti tahun.

Memandangkan masa yg pantas berlalu manusia harus peka dengan meguasai suasana dan masa.
Bukan masa yg menguasai kita mengheret ke suasana duka dan nestapa.

Oleh itu, blog dipandang sebagai satu platform terbaik untuk menguruskan masa, emosi dan situasi.
Lantas, tercetuslah idea untuk mengguna platform blogspot yg dirasakan lebih relevan berbanding blog friendster.

Justeru, azamku adalah untuk lebih bijak mengurus masa, mengendali manusia dan meningkat usaha.

Segala ilmu pengurusan ditambah dengan pengalaman mesti dipraktikkan mulai saat ni.

Semoga kita semua mendapat petunjuk untuk mengendalikan kehidupan dengan matlamat yg jelas.