[ Maaf, tiada komik untuk entri kali ini atas sebab-sebab tertentu ]
Tak ramai yang dapat komplikasi ini. Ada orang yang ambil vaksin tapi tak ada kesan apa-apa pun. Tapi, biasanya memang akan dapat demam 2 atau 3 hari setelah suntikan vaksin. Disebabkan tak bersedia untuk demam lah ramai yang tak ambil vaksin ni. Walaupun percuma. Boleh tengok laman web http://h1n1.moh.gov.my/untuk keterangan lanjut pasal vaksin percuma ini.
Komplikasi Saya
Teruk ke komplikasi nya? Bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Mak saya, ambil sekali vaksin dengan saya. Tak pula dia demam. Tapi, saya demam dengan teruk sekali. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh. Entri kali ini akan menceritakan pengalaman demam kerana komplikasi vaksin H1N1.
Sakit Sangat
Sebelum ini, pernah terdengar ceramah. Berapa ramai yang insaf dengan keadaan hampir-hampir mati? Sedangkan dah ramai ibu yang melahirkan anak. Bukankah ketika itu terasa sakit yang amat sangat? Saya tak tahu sebab tak pernah mengalami dan tak akan merasainya. Namun, saya telah mengalami demam panas yang agak teruk hasil komplikasi vaksin ini.
Keadaan Cemas
Suhu badan 39'C. Sakit kepala berdenyut-denyut dari semua arah. Lenguh-lenguh sendi. Fikiran pada masa itu hanyalah mengharapkan kesempatan untuk bertaubat. Banyak sangat maksiat. Mata tak terjaga, lidah bebas berkata-kata, telinga mendengar sahaja. Musibah sakit juga menghapus dosa. Memang banyak program yang keterlaluan sebelum ini. Biarlah, lain kali tak akan dibiarkan diri ini menyertainya lagi. Biarlah orang lain dengan pendapat mereka. Tak akan dibiarkan lagi hati yang tak redha bertukar menjadi rela.
Muhasabah Diri
Alhamdulillah, sejak kecil Allah memberikan tarbiyah berupa ujian sakit dan musibah. Kalau orang lain buat maksiat, lancar sahaja. Tapi, kalau diri sendiri yang terjerumus sedikit ke dalam lembah kehinaan ini, pasti akan ada sahaja yang tak kena. Demam, sakit perut, sakit kepala atau apa-apa sahajalah yang tidak menyenangkan. Pasti akan menyebabkan ibu bapa tak senang duduk dengan keadaan anak yang sering sahaja demam. Fikiran logik mengatakan diri yang tak pandai menjaga kesihatan. Namun, fikiran positif akan mencari hikmah di sebalik kejadian. Semoga diri ini sentiasa sabar untuk mengekalkan sifat optimis dan berbaik sangka.
Antara hikmah demam kali ini:
1. Selsema
Baru tau pasal chlorpheniramine ialah ubat selsema dalam kategori anti-histamin generasi pertama. Pil bulat kecil warna kuning. Telan 1 biji 3 kali selepas makan. Akan menyebabkan mengantuk.
2. Batuk
Dapat mencuba pelbagai jenis penawar batuk. Mula-mula ambil Nilco Syrup daripada klinik kesihatan kerajaan. Semakin kuat batuk jadinya. Lepas itu cuba pula Woods. Sama juga tak berkesan. Berubah kepada cara alternatif. Satu sudu madu dicampur dengan segelas air suam. Satu sudu air gamat dicampur juga dengan air suam. Alhamdulillah, lega akhirnya.
3. Demam
Kalau dekat bahagian kecemasan hospital kuantan, 39'C dah kena masuk wad. Tapi, pelik dekat klinik kesihatan bangi ini, medical assistant tu kata tak perlu. Lepas tu, dia kata makan Panadol (PCM) 2 biji setiap 4 jam. Lagi pelik. Mujur dekat farmasi, dapat ubat dilabel dengan betul. PCM 2 biji setiap 8 jam. Balik rumah, tengok balik drug information handbook, memang tak boleh lebih 8 biji sehari. Walaupun demam yang sangat panas. Kena banyak minum air masak. Biar air kencing menjadi jernih.
Alhamdulillah... Lega betul sekarang dah sembuh. Semoga mendapat pengajaran daripada ujian sakit. Semoga kita bersama-sama menghindar dosa.
p/s: Maksiat ialah apa-apa sahaja perbuatan yang mendatangkan dosa kepada pelakunya.
No comments:
Post a Comment