Merdeka! Sehari bersama Katzung...

Alhamdulillah, hari ni merupakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia
Bersamaan 10 ramadhan...

Banyak betul nikmat Allah
Dapat hidup dengan aman
Berjalan tanpa ada ancaman
Belajar dengan rasa nyaman

Barulah terasa nikmatnya membaca buku Katzung
Subjek Pharmacology yang begitu kritikal untuk menguasai Pharmacotherapeutics
Alhamdulillah, Allah telah memberikan petunjuk untuk memahamkan lagi subjek ni
Namun, terlalu banyak yang masih belum diketahui

Takpela... mana yang dapat jela
Tak dapat semua, sikit pun jadila

Sebelum tu....

Marilah kita perhatikan sebentar nasib saudara kita di Palestin berdasarkan artikel ni:

(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Khamis, 27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.

Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

*****


Perkongsian kali ni berdasarkan ilmu yang dipelajari daripada Katzung tersebut
Barulah faham...

Rupanya hemostasis ni terbahagi kepada 2, coagulation cascade dengan fibrinolysis....

Coagulation cascade:
- penting untuk membekukan darah jika ada kecederaan

Fibrinolysis:
- mencairkan darah jika pembekuan darah yang terlampau berlaku

Kesimpulannya, kedua-dua proses ni perlu seimbang
Jika tidak, terapi perubatan perlu diberikan

Begitu jugalah dengan kehidupan harian
Semua benda perlu seimbang
Jika terlampau, akan menjadi pincang
Menjadikan keputusan yang tidak dirancang....

Ramadhan - Kekok ke?

Ramadhan....
Pantas sekali berlalu pergi.....
Tak terasa...
1 / 6 sudah berlalu
(5 hari daripada 30 hari)
Berapa banyak je amalan yang dilakukan?
Makruf or mungkar?
Kenapa... kekok ke nak tambah ibadah, tinggal maksiat?
Ya Allah, hanya kepada-Mu...
aku bergantung harap
Jauhilah aku dari perkara yang menjatuhkan iman ku....


Sedikit perkongsian kek sebenar dalam 2 iftar yang lepas....

Kek 1 : Tanpa flash

Kek 1 : Dengan flash

Kek 2 : Dari angle bawah

Kek 2 : Dari atas


Apa yang anda dapat simpulkan dari 2 jenis kek di atas?

Sedikit fakta;

Persamaan untuk keduanya:-
1. Dari kedai kek yang sama
2. Berat: setengah kilogram
3. Harga yang sama
4. Tujuan yang sama
5. Dapat dibahagikan sama rata dengan semua yang hadir

Perbezaan bagi keduanya:-
1. Krim dan isi di dalamnya (vanila dan coklat)
2. Makan pada hari yang berbeza
3. Di tempat yang berbeza
4. Suasana yang berbeza
5. Bilangan orang yang dibahagikan (Kek 1 = 12, kek 2 = 20)

So, kesimpulannya mudah....
Kek yang kecil (setengah kilo) dengan harga yang sama, boleh terdapat dalam warna dan rasa yang berbeza. Apabila dikongsikan sama rata, semua orang dapat merasa. Walaupun kecil, cukup untuk setiap orang yang hadir. Pembahagian dibuat sama rata, dengan kek pertama untuk 12 orang, kek kedua untuk 20 orang. Yang peliknya, perasaan yang sama dinikmati bila mendapat potongan kek yang berbeza untuk 2 hari yang berbeza ni. Saiz yang sama, potongan yang berbeza, dengan kepuasan yang tetap sama.

Apa yang anda nampak di sini?
Pembahagian untuk benda yang kecil perlulah adil. Dengan tidak berat sebelah kepada golongan yang berkepentingan. Walaupun pada asalnya nampak seperti kurang memuaskan, namun kuasa Allah lebih dari segala-galanya. Lupakah kita dengan kehendak Allah, yang bila nak dijadikan sesuatu, amat mudah bagi-Nya? Walaupun secara logik akal, mustahil perkara tertentu akan berlaku. Hanya orang2 yang bertaqwa, ditunjukkan jalan keluar bagi mereka dari tempat yang tidak disangka-sangka.

Jadi, apa aplikasinya dengan kehidupan harian?
Pembahagian kek boleh dianalogikan seperti membahagikan masa. Perlu teliti dengan semua kerja dan orang yang terlibat. Tak boleh hanya menumpukan sesuatu, lantas mengabaikan perkara yang lain. Pembahagian masa amat sinonim dengan pembahagian jadual. Jadual bertugas, belajar dan peperiksaan. Biarpun nampak mudah membuatnya, padahal bersekang mata juga lah memerah otak orang yang terlibat menyusun jadual ni. Lantas, pelbagai cabaran mendatang untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Jadi, apa tindakan kita seterusnya?
Solusinya mudah... berbalik kepada konsep asal. Pembahagian perlulah adil. Tak berat sebelah. Semua orang yang terlibat perlu mendapat faedah yang sama rata. Setelah berusaha sedaya upaya berlaku seadil mungkin, tawakkal kepada Allah. Insya-Allah jalan keluar akan datang dari cara yang tidak disangka-sangka.








Pinjaman yang pasti

*****

Hidup tak boleh lari daripada hutang
Beli kereta, rumah ataupun pinjaman peribadi

Yang tu kalau orang dewasa


Tapi camne lak dengan orang muda?
Kanak-kanak, remaja dan belia?


Mereka juga terdedah dengan hutang
Pinjam duit, alat tulis atau buku
Hutang keliling pinggang


Jadi, pinjaman seakan suatu keperluan dalam kehidupan
Untuk meneruskan kepentingan dan kemahuan

Kehidupan tu sendiri suatu pinjaman dari Allah
Yang pasti akan diambil kembali

Bila, di mana;
Manusia tak tahu lagi

Tapi Allah dah tetapkannya pasti...




Baru-baru ni
Ada satu kemalangan yang menyebabkan kematian
Pelajar UIA Kuantan yang menunggang motosikal

Lantas,
Semua orang tersentak
Ada yang bertanya salah siapa
Tak kurang juga yang kelu tidak berkata apa

Lihatlah,
Kuasa Allah tiada tandingannya
Bila sudah menjadi ketetapan
Pasti akan berlaku

Walhal,
Orang yang dijangka tipis untuk hidup
Masih bernyawa lagi

Berbanding dengan kematian yang disebabkan kemalangan
Tiada tanda awal menandakan ajal
Tiada pembayang mengatakan nyawa akan melayang

Justeru,
Semua insan pasti akan menemui ajal
Kematian itu pasti
Sebagai bayaran
Pinjaman berupa kehidupan

Setiap detik
Pasti akan diambil kira
Biar masa yang lapang
Atau sempit yang tidak tenang

Allah akan menghitung semuanya
Adakah masa lapang digunakan untuk kebaikan?
Atau masa sempit menjadi rungutan untuk megelak suruhan?

Masa berdetik tanpa henti
Tapi manusia ingin berehat dari berbuat bakti
Sekali-sekala menikmati hidup sendiri

Tapi bukankah kematian itu pasti?
Buat manusia yg penuh dengan kelemahan diri

Tak terkecuali juga dengan diri ini
Serta diri yang membaca entri ini

Oleh itu,
Inginku meminta kebenaran
Halalkan makan minum ku
Pinjaman dari mu yang tak dapat aku langsaikan
Andai kematian lebih pantas (Nauzubillahi min zalik)

Sebab;
Setiap hutang perlu dilangsaikan
Barulah roh tenang tanpa gangguan

Kalau
Hutang yang besar ada waris yang dapat melangsaikan
Lengkap dengan dokumentasi macam PTPTN atau pinjaman perumahan

Tapi
Kalau hutang yang kecil-kecil
Macam pinjam beberapa sen
Atau pinjam buku, nota dan alat tulis
Susah untuk dikesan oleh ahli waris

Jadi
Aku berharap kawan-kawan dapat halalkan semuanya
Sekiranya perkara tersebut berlaku dahulu

Namun
Aku masih berpegang janji kalian
Aku akan berusaha sedaya upaya
Memberi balik nota dan buku yang aku pinjam

Atau lain-lain yang anda senaraikan

Biasanya, orang akan berasa pelik
Dengan orang yang bersifat pelik
Seperti post entri seumpama ini

Tapi,
Aku rasa penting untuk memberikan wasiat seperti ini
Lantaran insaf dengan hakikat yang tak boleh ditolak tepi

Pinjaman hidup setiap manusia
Adalah pasti untuk diambil kembali
Bila-bila masa.... Tak kira di mana jua....