Pinjaman yang pasti

*****

Hidup tak boleh lari daripada hutang
Beli kereta, rumah ataupun pinjaman peribadi

Yang tu kalau orang dewasa


Tapi camne lak dengan orang muda?
Kanak-kanak, remaja dan belia?


Mereka juga terdedah dengan hutang
Pinjam duit, alat tulis atau buku
Hutang keliling pinggang


Jadi, pinjaman seakan suatu keperluan dalam kehidupan
Untuk meneruskan kepentingan dan kemahuan

Kehidupan tu sendiri suatu pinjaman dari Allah
Yang pasti akan diambil kembali

Bila, di mana;
Manusia tak tahu lagi

Tapi Allah dah tetapkannya pasti...




Baru-baru ni
Ada satu kemalangan yang menyebabkan kematian
Pelajar UIA Kuantan yang menunggang motosikal

Lantas,
Semua orang tersentak
Ada yang bertanya salah siapa
Tak kurang juga yang kelu tidak berkata apa

Lihatlah,
Kuasa Allah tiada tandingannya
Bila sudah menjadi ketetapan
Pasti akan berlaku

Walhal,
Orang yang dijangka tipis untuk hidup
Masih bernyawa lagi

Berbanding dengan kematian yang disebabkan kemalangan
Tiada tanda awal menandakan ajal
Tiada pembayang mengatakan nyawa akan melayang

Justeru,
Semua insan pasti akan menemui ajal
Kematian itu pasti
Sebagai bayaran
Pinjaman berupa kehidupan

Setiap detik
Pasti akan diambil kira
Biar masa yang lapang
Atau sempit yang tidak tenang

Allah akan menghitung semuanya
Adakah masa lapang digunakan untuk kebaikan?
Atau masa sempit menjadi rungutan untuk megelak suruhan?

Masa berdetik tanpa henti
Tapi manusia ingin berehat dari berbuat bakti
Sekali-sekala menikmati hidup sendiri

Tapi bukankah kematian itu pasti?
Buat manusia yg penuh dengan kelemahan diri

Tak terkecuali juga dengan diri ini
Serta diri yang membaca entri ini

Oleh itu,
Inginku meminta kebenaran
Halalkan makan minum ku
Pinjaman dari mu yang tak dapat aku langsaikan
Andai kematian lebih pantas (Nauzubillahi min zalik)

Sebab;
Setiap hutang perlu dilangsaikan
Barulah roh tenang tanpa gangguan

Kalau
Hutang yang besar ada waris yang dapat melangsaikan
Lengkap dengan dokumentasi macam PTPTN atau pinjaman perumahan

Tapi
Kalau hutang yang kecil-kecil
Macam pinjam beberapa sen
Atau pinjam buku, nota dan alat tulis
Susah untuk dikesan oleh ahli waris

Jadi
Aku berharap kawan-kawan dapat halalkan semuanya
Sekiranya perkara tersebut berlaku dahulu

Namun
Aku masih berpegang janji kalian
Aku akan berusaha sedaya upaya
Memberi balik nota dan buku yang aku pinjam

Atau lain-lain yang anda senaraikan

Biasanya, orang akan berasa pelik
Dengan orang yang bersifat pelik
Seperti post entri seumpama ini

Tapi,
Aku rasa penting untuk memberikan wasiat seperti ini
Lantaran insaf dengan hakikat yang tak boleh ditolak tepi

Pinjaman hidup setiap manusia
Adalah pasti untuk diambil kembali
Bila-bila masa.... Tak kira di mana jua....

No comments:

Post a Comment