Menangani Isu Buang Bayi
Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini, heboh diperkatakan tentang kes buang bayi. Dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang. Seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita, di tingkat satu Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Di Selangor pula, satu mayat bayi dijumpai ditanam berdekatan
landasan kereta api, Stesen Komuter Padang Jawa. Lagi berita boleh lihat di sini dan sini.
Sumber gambar di sini.
Perkembangan
Lantas, pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Forum, diskusi dan bual bicara. Khas membincangkan isu buang bayi ini. Macam-macam pandangan yang dilontarkan. Namun, kebanyakannya seakan-akan retorik semata-mata. Seperti membuat karangan sekolah. Isi-isi yang tipikal dan umum. Kurang pendidikan agama, pengaruh rakan sebaya, media massa dan seumpamanya.
Perumitan
Dalam masa semua pihak memerah otak mencari solusi, pihak lain rancak menjalankan aktiviti ke arah maksiat ini. Drama dan filem semuanya mengajak golongan muda bercouple. Kalau ada pun cerita yang islamik, semua itu lakonan belaka. Pelakon yang bertudung dalam drama, tidak malu berskirt pendek di khayalak ramai. Memang layak dianugerahkan pelakon terbaik.
Kemuncak
Mari kita fikirkan bersama...
- Kenapa manusia sanggup buang anak?
- Tidak mahu menanggung malu melahirkan anak luar nikah.
- Kenapa sanggup mengandungkan anak luar nikah?
- Terlanjur dengan pasangan yang tidak halal.
- Kenapa memilih pasangan yang tidak halal?
- Kalah dengan nafsu yang didorong oleh persekitaran.
- Kenapa tidak segera berkahwin?
- Tidak cukup duit...
Ya, itu antara sebabnya. Faktor terbesar tidak kahwin lagi ialah masalah kewangan. Walaupun tidak dinafikan banyak faktor lain seperti masih belajar dan ibu bapa yang tidak membenarkan. Namun, tak cukup duit ialah sebab utama. Tak kira lah perbelanjaan sebelum, semasa atau sesudah kahwin. Ini adalah antara faktor yang berpotensi menyumbangkan masalah buang bayi.
Penyelesaian
Antara yang boleh dilakukan ialah berpuasa. Selain mengekang hawa nafsu, perbelanjaan harian juga dapat dijimatkan. Banyak lagi cara lain boleh dicuba untuk menangani masalah kewangan ini.
Boleh baca lagi di sini.
Kesimpulan
Isu buang bayi tidak pernah selesai sejak dulu lagi. Mana tak nya. Hiburan semakin meningkat. Media massa lebih menguntungkan keuntungan daripada tanggungjawab mendidik masyarakat. Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah menasihati golongan yang berpotensi untuk segera berkahwin. Golongan yang bercouple berpotensi besar untuk melakukan zina seterusnya melahirkan anak luar nikah.
Satu cara untuk mengatasi masalah tidak berkahwin lagi kerana masalah kewangan ialah dengan mengetahui cara-cara yang betul mengurus perbelanjaan harian. Panduan tersebut dapat dilihat dariapada website pada link di bawah. Hanya KLIK banner di bawah untuk mengetahuinya.
Pesanan
Ramai yang telah mencuba. Penulis panduan tersebut memanglah seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Saya juga telah membacanya. Walaupun masih lambat lagi kerana masih tiada calon, panduan tersebut amat berguna untuk menguruskan perbelanjaan harian.
[ Klik gambar untuk keterangan lanjut ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat setuju dengan punca masalah ini.. televisyen yang banyak memaparkan kisah-kisah yang berteraskan cinta amat menyuburkan fenomena 'couple'.. tu satu hal. satu lagi bahagian aurat yang sering didedahkan memburukkan lagi keadaan.
ReplyDeletemenutup aurat akan membawa kebaikan. mendedahkannya bermakna mendedahkan diri kepada bencana besar.. hayatilah pesanan insan yang kita yakini kata-katanya - Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang (ketat), berlenggang-lengguk waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya." (HR. Muslim)
moga-moga jadi pengajaran bagi diriku dan insan-insan lain.
betul3x
ReplyDeleteCerita islamik pun sama. Astro Oasis tu. Dalam drama pakai tudung. Kat luar selamba je berskirt pendek. Susah nak cari pelakon yang menjiwai watak cerita. Apply dlm kehidupan harian.
Tapi orang kata Ketika Cinta Bertasbih lain. Pemilihan pelakonnya memang ketat. Biar sama perangai dengan watak yang ingin dilakonkan.
Tapi tak tau lah kebenarannya.
Wallahua'lam...