Soalnya Hati

Alhamdulillah, masih diberi kelapangan masa.
Orang selalu kata tak ada masa, tetapi sebenarnya tak kuasa.

Waktu sibuk dalam peperiksaan.
Tak bermakna berhenti dalam perjuangan.
4 paper esei selesai, tinggal 4 lagi esei, 2 mcq, & 1 OSCE.
Harap dipermudahkan.

Kali ini soal hati.
Hati ialah ketua jasadi.
Bila iman lemah.
Hati akan mengarah.

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Seorang sahabat datang kepadaku...

H: Aku jumpa air tin ni tengah jalan, nak ambil ke tak?

S: Kalau aku, aku tak ambil.

H: Dah tak ada siapa punya, rugi la kalau tak ambil.

S: Terpulanglah kalau kau yakin. Kalau aku, syubhah.

H: Emm... Tak elok membazir ni.

Persoalan yang sukar dijawab
Tentang hati dan tanggungjawab

Lantas, aku teringat akan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh
Yang terkesan dengan...
...hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang baik.

Lalu baginda menyediakan persiapan tenteranya
Untuk mejadi baik termasuk diri dan rakyatnya

Suatu hari, dia ingin menguji ketaqwaan tenteranya
Bagi memastikan ketaqwaan tenteranya itu, pada suatu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri telah memanggil dua orang tenteranya yang berjawatan rendah.

Setelah memanggil dua orang tenteranya itu, baginda menyuruh agar mereka mencari sebuah biji delima pada malam itu juga, kerana sultan muhammad Al-Fateh mahu memakannya.

Nak dipendekkan cerita
Buah delima tidak diperoleh
Kerana walaupun mereka berjumpa dengan buah itu
Tetapi tidak tau di mana pemiliknya

Cerita lanjut boleh dirujuk di laman web ini

Lagi, aku teringat akan mural dinding di sekolah menengah ku
Dalam bahasa Arab bermula dengan: "Shakautu ilal waqi'...."
Jadi, aku pun googling around
Lalu terjumpa url ini

Makna bagi ungkapan bahasa Arab tersebut:

“Saya mengadu kepada guru ‘Waqi’ tentang mutu hafalanku yang buruk, Maka ia mengarahkan agar aku meninggalkan maksiat, Ia berkata, “Ketahuilah, ilmu adalah kemuliaan, dan kemuliaan Allah tidak akan diberikan kepada ahli maksiat”, ucap Imam Syafi'i kepada gurunya.

Lagi pesanan untuk diri sendiri yang mudah lupa...

Bersumberkan laman web ini;

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah:
  1. Pemerintah yang adil,
  2. Remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
  5. Orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!",
  6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan
  7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah."
    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

No comments:

Post a Comment