MANGA-KU SPA Interview


Setelah membaca tajuk
Beberapa persoalan timbul

Soalan 1:
Apa itu MANGA-KU?

Jawapan 1:
Gabungan MANGA dan AKU.
Manga ialah komik.
Aku ialah diri sendiri.
Dalam kata lain, komik aku sendiri.
Produk kedua setelah KUMIKU.


Soalan 2:
Apa beza dengan KUMIKU?

Jawapan 2:
Tiada akronim.
MANGA-KU bermakna Manga Aku.
Berbeza dengan KUMIKU yang membawa maksud
Komik Untuk Manusia Insafi Kealpaan Ummah.
Tambahan lagi MANGA-KU menggunakan lukisan sendiri,
manakala KUMIKU menggunakan gambar real yang diedit.


Soalan 3:
Apa kelebihan MANGA-KU?

Jawapan 3:
Bebas untuk menggambarkan sesuatu.
Sebagai contoh, sesi temuduga SPA
yang telah berlangsung beberapa minggu lepas.
Ada tempat yang sukar untuk diambil gambar.
Jadi, dengan lukisan sendiri, cerita dapat disampaikan.
Necessity is the mother of invention.


Soalan 4:
Apa kekurangan MANGA-KU?

Jawapan 4:
Memerlukan banyak masa.
Alat pun kena canggih.
Contohnya scanner yang murah
menghasilkan gambar yang kurang memuaskan.


Soalan 5:
Apa harapan untuk MANGA-KU?

Jawapan 5:
Semoga dapat lebih idea.
Agar menghasilkan karya yang konsisten.
Berdakwah dalam berkarya.
Berharap dapat menggunakan software "Manga Studio"
Serta hardware yang canggih seperti Tablet PC.



OK... cukup dengan muqaddimah...

Kali ini MANGA-KU membicarakan perihal sesi temuduga SPA;
Yang telah berlangsung pada 9 Februari 2010 yang lepas.
Biarpun telah lama berlalu,
Kenangan masih segar dalam ingatan.

  • Temuduga Wajib

Secara amnya, pelajar farmasi tahun akhir perlu menghadiri temuduga ini.
Walaupun telah sedia maklum akan kerja wajib kerajaan selama 4 tahun.
Ini kerana antara syarat untuk menjadi pegawai kerajaan ialah mesti melalui temuduga.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Terima kasih kepada semua yang membantu termasuklah kak syarina dan staff yang lain.

  • Tenang

Apa yang menariknya dengan sesi temuduga ini,
perasaan gementar dapat diatasi
dengan sokongan rakan-rakan yang sama-sama menunggu giliran.
Lebih kurang 20 orang rakan sekelas untuk satu hari.
Jadi, macam-macamlah cerita yang keluar dalam masa setengah hari ini.
Antara ceritanya seperti dalam Lawak Temuduga 1 di atas.


Borak punya borak tak terasa masa menunggu.
Masa untuk seorang dalam bilik temuduga tu lebih kurang 20 minit.
Jadi, bila seorang dah habis je temuduga,
Semua yang lain berkumpul kat dia.
Masing-masing nak tau apa yang ditanya kat dalam bilik tu.



  • Perkongsian

    Alhamdulillah, semua yang dah di interview tak kedekut ilmu.
    Kebanyakannya sanggup menceritakan balik soalan-soalan penemuduga tadi.
    Maka, terhasillah koleksi soalan-soalan temuduga SPA.
    Boleh tengok kat blog batch kami di sini.

    Tak kurang juga yang berkongsi cerita lawak masa dalam bilik temuduga tu.
    Cerita kat Lawak Temuduga 2 kat atas tadi dah diubah suai sikit, tapi masih mengekalkan lawaknya.

    Pengajarannya, sebelum pergi interview, kena make familiar dengan kerusi dan meja.
    Kadang-kadang, bila dah gelabah, macam-macam boleh jadi. Nak pula kalau meja tu lebih kurang je tinggi nya dengan kerusi. Tauke Perabot pun boleh silap. Ingatkan, memang disediakan pilihan, untuk orang duduk kerusi yang boleh bersandar ataupun yang tidak.


  • Tips Temuduga

Untuk yang akan menghadiri temuduga selepas ini, tak perlu risau. Tenangkan hati. Bukakan minda. Jadi diri anda sendiri. Masa inilah pengalaman dan ilmu-ilmu anda akan digunakan. Insya-Allah jika anda ikhlas belajar sejak tahun pertama lagi, semua soalan dapat dijawab dengan mudah. Jika masih tak mencapai ikhlas? Masih sempat. Berubahlah dari sekarang. Walaupun anda tahun terakhir. Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk duduk di kerusi di bawah ini....



Jujurlah dengan diri sendiri. Menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana exam. Bukan kerana terpaksa. Bayangkan, jika ilmu farmasi ini tidak ada dalam diri anda, dek kerana ulang kaji yang sambil lewa; berapa ramai pesakit yang akan menderita kerana medication error? Berapa ramai manusia yang terikut-ikut dengan tabiat ponteng dan datang lambat anda, jika ditakdirkan anda menjadi lecturer suatu masa nanti?

  • Anggapan Ramai

Gejala ponteng dan lambat datang ke kelas semakin berleluasa masa ini. Ramai beranggapan merekalah yang hebat kerana dapat ponteng kelas tanpa dikesan dan diberikan balasan. Tapi, ramai yang terlupa bahawa bila kita ponteng, diri sendiri yang akan rugi.

  • Cabaran
Pengajaran dalam kelas tak sama dengan nota yang diberikan. Adakah sama sejam di kelas dengan beberapa minit last minute study malam sebelum peperiksaan? Mungkin ramai yang tidak sedar, kerana mereka masih boleh score dalam exam. Tak pergi kelas, baca nota pun dah cukup. Jadi, orang yang masih setia dengan kelas akan berasa tercabar. Walaupun dia pergi ke kelas, tapi masih tak dapat kecemerlangan seperti orang yang hanya menghafal nota sebelum malam peperiksaan.

Jadi, apa kaitannya dengannya tajuk blog kali ini?

Sebenarnya, Interview SPA ini barulah permulaan untuk cabaran kerjaya suatu masa nanti. Bersumberkan seorang pensyarah yang berpengalaman;
" Ramai yang cemerlang dalam kerjaya bukan daripada mereka yang cemerlang dalam akademik. "
  • Pointer Pertengahan

Mereka yang berpointer sederhana, masih boleh berjaya dalam kerja.
Ini kerana, ilmu yang dipelajari masih berkesan dalam dirinya.
Markah yang kurang dalam peperiksaan mungkin disebabkan sekelumit ilmu yang tidak dihafal; tetapi masih banyak ilmu di dada yang tidak ditanya dalam exam.

  • Pointer di atas & di bawah

Namun ini tidak bermakna mereka yang berada di dua extreme tidak bejaya dalam kerja.
Mereka yang cemerlang dengan pointer yang tinggi lebih berkemungkinan besar untuk berjaya.
Tidak ketinggalan juga dengan mereka yang rendah pointernya. Usaha yang konsisten membuahkan hasil yang lumayan. Man Jadda Wajada.

  • Mukmin Professional
Semua PROFESIONAL dapat berjaya dalam kerja masing-masing dengan satu syarat.
Mereka juga perlu menjadi MUKMIN yang sebenarnya.
Ini kerana kejayaan dapat dicapai jika mematuhi dua jenis HUKUM, iaitu hukum sunnatullah dan hukum syariatullah.
Moga-moga kita semua dapat menjadi Mukmin Professional seperti yang dicanang oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi [ klik ].


( قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ ( ٢٦


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat (pakar), lagi amanah (integriti). (26)
[Maksud surah al-Qasas 28: 26]

Bergambar bersama Ust Pahrol selepas program World Story [ klik ]

1 comment: