Alhamdulillah, masih berpeluang mengemaskini blog.
Walaupun sudah lama, namun masih tidak lari dari perancangan asal.
3 entri sebulan. Kali ini entri kedua bulan ini. Tentang ulasan sebuah novel.
Bertajuk "Denyut Kasih Medik"
Muqaddimah
Anda peminat novel?
Jika ya, tentu anda pernah baca novel Tautan Hati?
Karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Boleh tengok lagi maklumat lanjut novel ini di sini.
Memang satu novel yang mendidik jiwa.
Berinformasi. Penuh dengan fakta penting.
Rugi jika terlepas membacanya.
Bagi yang sudah membaca, pasti ingin membacanya lagi.
Berulang-ulang kali.
Perkembangan
Keterujaan peminat novel pasti berterusan dengan satu lagi buah tangan Fatimah Syarha. Satu novel pendek berteraskan mesej dakwah. Bertajuk "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"
Novel nipis ini pasti menjadi kegemaran anda.
Cerita berkenaan cinta setelah kahwin.
Sesuai untuk semua pembaca.
Ibu bapa, anak remaja, yang sudah atau belum berkahwin.
Padat dengan mesej dakwah.
Alternatif untuk hiburan yang melalaikan...
Drama tv dan filem yang semakin banyak mempromosikan couple dan cinta sebelum kahwin. Bukankah Islam telah mengajar cara pergaulan lelaki dan wanita yang sebenarnya? Boleh lihat maklumat lanjut novel ini di sini.
Kemuncak: Ulasan Novel
Ok, jika anda sudah membaca 2 novel di atas, saya mengesorkan anda membaca novel ini pula. Denyut Kasih Medik. Watak utama di dalam novel ini sama dengan watak utama dalam novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Tak hairanlah. Kedua-dua penulis novel ini ialah suami isteri. Saling melengkapi.
Details:
Tajuk: Denyut Kasih Medik
Pengarang: Dr Farhan Hadi (Suami Fatimah Syarha Mohd Noordin)
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM23.00
Sinopsis daripada website kedai-buku.com:
Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.Lagi maklumat tentang novel ini boleh lihat di sini.
Kesimpulan
Saya sudah membacanya. Memang best. Azam saya ialah untuk mengikuti jejak langkah beliau... Menghasilkan novel sendiri. Tentang Rahsia Farmasi. Hehe... Sekarang ini pun, saya sering mengemaskini entri dalam www.rahsiafarmasi.com. Harap-harap dapat mengikut jejak langkah Ustaz Hasrizal yang mengarang buku "Aku Terima Nikahnya". Beliau juga sering mengemaskini entri beliau dalam blog saifulislam.com. Kemudian menghasilkan buku berdasarkan entri blog tersebut. Berusaha berdakwah melalui penulisan. InsyaAllah. =)
baru sahaja slesai mmbaca novel denyut kasih medic..hehe..
ReplyDeletetrtarik dngan watak utama dlam novel trsebut..
misi dakwah tetap brjalan seiring dngan kerjaya beliau..
Yup... saya juga ingin mencontohi beliau. tunggulah kemunculan kisah berkenaan pegawai farmasi pula. InsyaAllah saya akan usahakan perlahan-lahan. Doa-doakanlah supaya menjadi kenyataan.
ReplyDeletespe kate saye xbace blog bro syahrir..
ReplyDeletehuh..
saye laa anonymous kat atas 2..
hehe..
wokehh..
truskan usaha..
xsabar2 nk tunggu novel trbaru bro syahrir..
name pena dah reka blom??