Cerpen Ikatan Hati - Bab 3

Ak dah ada bawah blok ko. Ko dah siap ke?

Najmuddin menaip sms. Usai solat asar sahaja, dia terus menukar pakaian. Bersiap untuk jogging dengan kawan barunya, Hakim.

Jap, otw.

Hakim membalas sms. Beberapa minit kemudian, ternampak kelibat 2 orang turun dari tangga. Sekali imbas, nampak macam Hakim. Najmuddin kaget. Muncul pula di belakangnya seorang lagi bermuka seiras. Tapi yang depan lebih berisi badannya. Ketinggian pun lebih lagi.

"Kembar ke, Hakim?" Najmuddin bertanya.

"Eh, adik aku lah." Hakim menjawab.

"Oh, ingatkan abang." Najmuddin menambah.

"A'ah. Ramai cakap macam tu. Dia ni lagi tinggi dari aku." Hakim menjawab lagi.

Setelah berkenalan, barulah Najmuddin tahu serba sedikit tentang adik Hakim. Namanya Halim. Sekarang masih menganggur. Sebelum ni pernah kerja kat Jusco tapi, sekejap sahaja. Banyak persoalan yang ingin ditanya. Tapi, Najmuddin memendamkannya lagi. Biarlah dulu.

Taman Tasik

Setelah beberapa minit, mereka pun sampai. Taman Tasik Cempaka. Tempat orang ramai datang jogging dan beriadhah. Tasiknya lawa. Namun, ada juga tanda-tanda pencemaran. Beberapa bungkus plastik sampah kelihatan tersangkut di pinggir kolam.

Mereka memulakan aktiviti regangan. Dari atas ke bawah. Kepala ke kaki. Regangan sebelum larian penting bagi mengelakkan kekejangan otot. Najmuddin perasan sesuatu yang ganjil. Dia sedar Halim asyik memandangnya. Dengan mata membulat. Mulut tersenyum lebar. Kelihatan seperti ada sesuatu yang ingin dicakapkan. Namun, tiada sepatah kata yang keluar.

Mula Berlari

Najmuddin dan Hakim memulakan larian dengan langkah perlahan. Sesuatu yang melampau pasti tidak lama. Mereka berlari-lari anak dahulu. Jika dari awal sudah lari dengan laju, pasti sekejap sahaja sudah penat. Halim mengikut mereka dari belakang. Namun, tak lama. Baru lima minit, Halim sudah tidak kelihatan. Dia singgah duduk di kerusi batu yang ada. Hakim mengatakan itu memang perkara biasa. Jika Halim ikutnya keluar ke taman, pasti ada sahaja perkara yang ingin dibuatnya. Mengorek-ngorek tanah. Mematahkan dahan kayu. Sambil tersenyum.

"Adik aku ada masalah sebenarnya," ujar Halim sambil berlari-lari anak.

"Ada penyakit ke?" Tanya Najmuddin sambil mengikut langkah Halim.

"Dulu lagi teruk. Sekarang dah terkawal sikit. Dia selalu dengar bisikan kat telinga dia. Tapi, bila aku tanya, dia tak nak cakap lak apa bisikan tu kata," terang Halim.

"Oh Scizophrenia eh?" Najmuddin mengagak.

"Lebih kurang lah. Aku pun tak tau sangat. Doktor bagi dia ubat. Tapi, jarang dia nak makan." Hakim menambah.

Kesedaran

Najmuddin tersentak. Orang lain lebih teruk diuji. Penyakit dan kekurangan jiwa. Masih ramai yang lebih sengsara. Sedih sentiasa. Jika nak dibandingkan dengan masalah kerja yang Najmuddin hadapi, tak terkira bezanya. Hakim menerangkan yang Halim terpaksa berhenti belajar di UITM Shah Alam kerana penyakit yang dialaminya. Halim menjadi trauma untuk pergi ke kelas. Bisikan di telinganya sering mengacau dirinya. Banyak lagi yang Najmuddin ingin tahu mengenai diri Hakim dan adiknya Halim. Dia amat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah menemukannya dengan orang yang betul. Bertepatan dengan masalah yang sedang dihadapinya.

No comments:

Post a Comment