Cerpen Ikatan Hati - Bab 2

Perbualan dengan Pak Sofi pagi tadi masih jelas dalam ingatannya. Najmuddin sedikit terkesan dengan kata-kata beliau. Dia bertekad untuk lebih berfikiran positif kali ini. Tak mahu sedih-sedih lagi. Hidup mesti diteruskan. Biarlah orang benci, asalkan Allah suka. Niat mesti dibetulkan. Kerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan keredhaan Allah.

Gotong-royong

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Hari yang tenang. Suasana sepi. Hujan renyai-renyai turun. Manusia lebih suka menarik selimut. Tidur di hari minggu. Namun, Najmuddin sukar melelapkan mata. Dia berhajat untuk pergi ke surau taman perumahannya. Ada majlis gotong-royong sempena menyambut Ramadahan.

Di surau, ada beberapa orang sudah sampai. Pak Salleh menyapa Najmuddin.

"Sorang je, mana Zainal, kawan serumah kamu?"

"Oh, dia letih agaknya." Najmuddin menjawab ringkas.

"Takpe, makan lah dulu kuih tu, lepas makan kita mula kerja." balas Pak Salleh.

"Pak Salleh makan la sama." Najmuddin menjawab.

"Saya dah makan tadi. Kamu makanlah." jawab Pak Salleh.

Perkenalan Baru

Semakin lama, ramai orang yang datang. Kebanyakannya daripada mereka yang sudah lanjut usia. Agak sukar melihat anak muda datang ke program gotong-royong macam ni. Najmuddin melihat ada seorang pemuda yang agak sebaya umur dengannya. Najmuddin mempelawanya duduk.

"Tak kerja hari ni?" Najmuddin memulakan bicara.

"Cuti Sabtu Ahad ni." pemuda tersebut menjawab ringkas.

"Oh, siapa nama ye?" Najmuddin bertanya.

"Hakim. Ko lak, sape?" pemuda tersebut menjawab.

"Najmuddin." Najmuddin menjawab.

Najmuddin dan Hakim lantas melakukan tugas gotong-royong selepas siap makan. Sambil melakukan kerja, mereka berbual-bual. Najmuddin baru mengetahui Hakim bekerja di Majlis Pembandaran Kajang. Sebelum itu, dia sudah banyak kali bertukar kerja. Pengawal keselamatan, supermarket dan kedai makan. Banyak juga pengalaman Hakim ni. Peluang keemasan ni. Boleh juga dia bertanya tentang cara mengatasi masalah kerja. Najmuddin mencari peluang untuk bersembang lanjut dengan Hakim.

Janji

Setelah selesai bergotong-royong, masing-masing bersiap-siap untuk pulang.

"Tadi banyak betul aku makan roti canai dengan kuih, rasa macam loya lak." Najmuddin berkata.

"Tula, banyak betul lemak tu. Jogging 3 hari pun tak habis lagi dalam badan...haha." Hakim menambah.

"Aku rasa nak jogging la petang ni. Tapi tak tau mana. Aku baru lagi duduk sini." Najmuddin berkata.

"Ha, cantek la tu. Aku pun nak jogging gak dengan adik aku petang ni. Boleh lah kita pergi sekali." Hakim menambah.

"Oh, memang kebetulan ye. Boleh lah macam tu. InsyaAllah, lepas Asar aku pergi rumah ko." Namjumuddin menjawab.

Setelah bertukar nombor telefon, mereka berdua pun pulang. Najmuddin tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu lepas Asar. Peluang yang baik baginya. Berkongsi masalah dengan orang yang lebih berpengalaman. Dalam masa yang sama, mencari prospek baru untuk mengajak ke arah kebaikan.

No comments:

Post a Comment