Melepaskan kelingking yang tersepit

Alhamdulillah...
Ada peribahasa berbunyi "Bagai melepaskan anjing yang tersepit"
Maknanya membuat sesuatu kebaikan tapi dibalas dengan kejahatan
Anjing yang dilepaskan mungkin akan menggigit kembali kita

Namun
Ungkapan bagi diri sendiri ini "Bagai melepaskan kelingking yang tersepit"
Dirasakan lebih sesuai digunakan untuk menyatakan
Kelegaan yang amat sangat
Setelah ditimpa kesakitan yang melampau
Barulah terasa kerdilnya diri
Apabila diterima musibah dalam kesempitan masa
Ternyata cara Allah sayangkan hamba-Nya ialah
Dengan memberikan peringatan demi peringatan
Bukankah duri yang tertusuk ke dalam daging akan memberikan penghapusan dosa?

Ok...
Cakap banyak tak guna
Orang kata gambar menceritakan seribu satu makna
Akan kesibukan yang menimpa diri ini



Di kawasan rehat R & R Tapah setelah pulang dari Pulau Pinang sempena lawatan sambil belajar ke kilang Isotron dan Pusat Racun Negara


Satu sudut di bangunan Kulliyyah of Pharmacy untuk menyiapkan kain rentang Program Khidmat Kesihatan Penduduk Cenderawasih 2009 (KKPC 2009)



Esoknya... parking KOP yang penuh dengan kereta sempena Karnival UIAM Kuantan (I-Quest)



Dispensing Right Forum by John Chang and representative from FOMCA (sempena I-Quest juga)


Di bilik mesyuarat HTAA. Menunggu giliran untuk presentation Clinical Nutrition



Banner KKPC '09 yang digantung pada hari Rabu di Masjid Cenderawasih



KKPC '09 yang berlangsung pada hari Sabtu (pagi sampai petang)



Internal Audit Poster Presentation pada minggu berikutnya di KOP


Haa... Jeng... Jeng... Jeng...
Ni gambar yang baru diambil pagi tadi
Sesuatu yang amat penting
Tapi ramai yang tidak mengendahkannya
Lantaran kekangan waktu dan tumpuan dalam kelas
Masing-masing mengharapkan orang lain untuk menguasainya
Lantas, berkemungkinan ramai yang tak faham tadi.... :)

Apapun...
Insya-Allah, penulis akan berusaha mengistiqamahkan diri
TDS....

Jejak Kasihan


Berjalan pulang

Pagi yang hening. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku berjalan menuju ke bilik yang lebih seminggu ditinggalkan. Lepas ni kena tidur terus. Kalau tidak esok pagi tak dapat tumpu dalam kelas. Dahlah cuti raya kali ni lebih panjang dari yang biasa. Lepas tu, balik asrama awal pagi isnin lak. Takpela, ada berkat lain duduk rumah lama-lama dengan keluarga.

Sampai di bilik

Aku membuka pintu bilik. Tak kunci. Mungkin diorang tau aku nak sampai awal pagi. Jadi diorang tidur dengan bilik yang tak berkunci. Aku perlahan-lahan jalan tanpa membuka lampu. Risau mengganggu mereka. Sampai je ke compartment ku, terus aku buka lampu meja. Jelas sikit penglihatan persekitaran. Aku berjalan ke petak tengah. Agak terkejut dengan banyaknya kotak dan beg di situ. Lupa lak, ada sorang roomate baru masuk minggu ni. Sorang lagi roomate yang lama ni lak bawa barang baru dari rumah.

Terkejut

Dalam aku memerhatikan kotak situ, aku terkesima. Sepasang mata bercahaya memandang tajam ke arah ku dari dalam kotak yang besar di situ. Aku memberanikan diri untuk meninjau ke dalamnya. Rupa-rupanya ada seekor kucing betina yang baru melahirkan 4 ekor anaknya di situ. Masih basah lagi anak-anak kucing tu. Timbul rasa kasihan kepada mereka. Lantas aku membiarkan sahaja di situ.

Kasih

Esoknya, aku melihat lagi anak-anak kucing yang comel tu. Perasaan kasih sayang menjelma dari hati ku. Sebelum ni, tak pernah lah pulak terasa begini. Takde la pulak aku bela kucing sebelum ni. Tapi mungkin terpengaruh dengan watak Imtisal dalam novel Tautan Hati yang baru sahaja aku ulang baca waktu cuti raya yang baru ni. Alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan untuk mendapat pahala daripada haiwan yang dijelmakan di sini.


Kisah teladan

Aku teringat dengan satu kisah yang boleh dijadikan teladan. Berlaku di sebuah perigi. Seorang yang banyak melakukan maksiat, ingin turun ke dalam perigi untuk membasahkan tekak. Lalu, ada seekor anjing yang juga datang untuk menghilangkan dahaganya. Orang tersebut berasa kasihan. Lalu dia pun meggunakan kasutnya untuk mencedok air dan memberikan kepada anjing tersebut. Lantas Allah pun memberikannya ganjaran. Maaf, aku tak berjaya memberikan rujukan yang sahih bagi kisah ni. Cukup aku tulis apa yang teringat tanpa mengaitkannya dengan apa-apa sumber yang aku tak jelas (Qur'an atau Hadith).

Kesimpulan

Nak disimpulkan di sini, berlaku baiklah kepada semua makhluk di muka bumi ni. InsyaAllah, balasan yang baik menanti kita kalau tak di dunia ni, di akhirat itu pasti. Tapi, yang cukup menyedihkan, tak sampai seminggu, 4 ekor anak kucing tu dah hilang. Masa kejadian lebih kurang dari pukul 1 pagi hingga pukul 6 pagi. Sebab aku tidur pukul 1 pagi, tengok ada lagi anak-anak kucing tu dalam kotak dengan mak dia. Tapi masa bangun pukul 6 pagi, mak kucing tu mengiau-ngiau tak henti-henti. Aku menjengukkan kepalaku ke dalam kotak. Kosong. Sapela punya angkara ni. Tengok gambar yang terbaru kat bawah ni. Kesian betul.





Mak kucing yang dah lebih sehari tak menyusukan anaknya. Inflammation of Mammilary gland.



Termenung jauh memikirkan nasib anak-anaknya. Entahkan makan entahkan tidak.



Mengiau-ngiau minta ditunjukkan ke mana perginya anaknya. Kasihan betul. Kami pun tak tau camne nak buat.