Berjalan pulang
Pagi yang hening. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku berjalan menuju ke bilik yang lebih seminggu ditinggalkan. Lepas ni kena tidur terus. Kalau tidak esok pagi tak dapat tumpu dalam kelas. Dahlah cuti raya kali ni lebih panjang dari yang biasa. Lepas tu, balik asrama awal pagi isnin lak. Takpela, ada berkat lain duduk rumah lama-lama dengan keluarga.
Sampai di bilik
Aku membuka pintu bilik. Tak kunci. Mungkin diorang tau aku nak sampai awal pagi. Jadi diorang tidur dengan bilik yang tak berkunci. Aku perlahan-lahan jalan tanpa membuka lampu. Risau mengganggu mereka. Sampai je ke compartment ku, terus aku buka lampu meja. Jelas sikit penglihatan persekitaran. Aku berjalan ke petak tengah. Agak terkejut dengan banyaknya kotak dan beg di situ. Lupa lak, ada sorang roomate baru masuk minggu ni. Sorang lagi roomate yang lama ni lak bawa barang baru dari rumah.
Terkejut
Dalam aku memerhatikan kotak situ, aku terkesima. Sepasang mata bercahaya memandang tajam ke arah ku dari dalam kotak yang besar di situ. Aku memberanikan diri untuk meninjau ke dalamnya. Rupa-rupanya ada seekor kucing betina yang baru melahirkan 4 ekor anaknya di situ. Masih basah lagi anak-anak kucing tu. Timbul rasa kasihan kepada mereka. Lantas aku membiarkan sahaja di situ.
Kasih
Esoknya, aku melihat lagi anak-anak kucing yang comel tu. Perasaan kasih sayang menjelma dari hati ku. Sebelum ni, tak pernah lah pulak terasa begini. Takde la pulak aku bela kucing sebelum ni. Tapi mungkin terpengaruh dengan watak Imtisal dalam novel Tautan Hati yang baru sahaja aku ulang baca waktu cuti raya yang baru ni. Alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan untuk mendapat pahala daripada haiwan yang dijelmakan di sini.
Kisah teladan
Aku teringat dengan satu kisah yang boleh dijadikan teladan. Berlaku di sebuah perigi. Seorang yang banyak melakukan maksiat, ingin turun ke dalam perigi untuk membasahkan tekak. Lalu, ada seekor anjing yang juga datang untuk menghilangkan dahaganya. Orang tersebut berasa kasihan. Lalu dia pun meggunakan kasutnya untuk mencedok air dan memberikan kepada anjing tersebut. Lantas Allah pun memberikannya ganjaran. Maaf, aku tak berjaya memberikan rujukan yang sahih bagi kisah ni. Cukup aku tulis apa yang teringat tanpa mengaitkannya dengan apa-apa sumber yang aku tak jelas (Qur'an atau Hadith).
Kesimpulan
Nak disimpulkan di sini, berlaku baiklah kepada semua makhluk di muka bumi ni. InsyaAllah, balasan yang baik menanti kita kalau tak di dunia ni, di akhirat itu pasti. Tapi, yang cukup menyedihkan, tak sampai seminggu, 4 ekor anak kucing tu dah hilang. Masa kejadian lebih kurang dari pukul 1 pagi hingga pukul 6 pagi. Sebab aku tidur pukul 1 pagi, tengok ada lagi anak-anak kucing tu dalam kotak dengan mak dia. Tapi masa bangun pukul 6 pagi, mak kucing tu mengiau-ngiau tak henti-henti. Aku menjengukkan kepalaku ke dalam kotak. Kosong. Sapela punya angkara ni. Tengok gambar yang terbaru kat bawah ni. Kesian betul.
Mak kucing yang dah lebih sehari tak menyusukan anaknya. Inflammation of Mammilary gland.
Termenung jauh memikirkan nasib anak-anaknya. Entahkan makan entahkan tidak.
Mengiau-ngiau minta ditunjukkan ke mana perginya anaknya. Kasihan betul. Kami pun tak tau camne nak buat.
sires..kesian betul mak kucing nih.. baru 3 hari dpt anak comey2....tetibe ilang entah kemaner..kalu mkcik cleaner amik...baru 3 hari kot..mcm mustahil jer nk jage..mmm..kalu monyet amik..xtau la pulak ader yg omnivor kt uia nih..or nk jadikan tarzan ok gak..kalu bapak kucing makan.. mgkn gak..tapi alhmdulillah..aku nmpak mak kucing tu dah pasrah dgn kehilangan anak2 dier...kalu x..mmg asik berbunyi panggil anak2 dier...abis smpai dlm locker aku pn dier carik..;(..kekadang aku tgk meleleh2 susu kuar..mmg sakit smpi tahap tuh..bngkak smcm jerk mammary gland dier..mmg buntu gak cmner nk tolong...prkare yg terbaik aku raser stakat nie kiter just usap2 kpale dier n bagi mkn yg sekucupnyer....hehehe ;)
ReplyDeleteKlu bagi anak angkat baru bole? tapi takde la pulak rumah kebajikan bg kucing-kucing... hehe :P
ReplyDelete