Raya Pak Ngah Tarbus


******

Bukan pak sedara aku
Kalau kebetulan pak ngah kamu
Aku minta maaf
Bukan satu cerita belakang (Backbiting)

Pak Ngah Tarbus

Sebenarnya
Nama satu
tajuk drama TV
Saluran Astro Prima

Baru tengok tengah hari tadi
12.00 pm ~ 2.00 pm (Tapi takla tgok semua)
Khamis, 24 September 2009

Apa yang menariknya

Kisah ni lain dari lain
Bukan bertemakan cinta
Seperti drama melayu yang lain

Apa yang boleh dipuji

Temanya mendidik masyarakat
Ke arah sunnah yang semakin ditinggalkan
Iaitulah; "Dakwah ke jalan Allah"

Watak utama

Pak ngah tarbus dan isterinya, yang berperangai sama; Suka menunjuk dan tidak bertimbang rasa. Anak mereka, Zulfikar namanya; Berperanan menjadi pendakwah, setelah mendapat hidayah, di tanah suci Mekah.

Zulfikar, seorang budak kecil (Sekolah rendah kot). Mulanya budak nakal; suka mencuri, melepak dan membuat kacau. Tapi dipaksa mengikut ayah dan maknya
menunaikan haji. Tujuan mereka hanyalah untuk menunjuk-nunjuk. Hingga terpaksa meminjam wang dengan riba' yang tinggi. Alasannya, sampai depan Kaabah mintalah ampun.

Moga-moga dijauhi Allah daripada dosa memakan
riba' ni.

Plot

Namun, duit yang haram tak akan berkat. Hidup mereka selepas tu lebih dibebani hutang. Hingga Pak ngah tarbus terpaksa
menyertai Along yang dipinjamnya. Lihatlah, ini salah satu contoh hati yang lemah telah bertukar dari positif ke negatif. Sila rujuk entri sebelum ni di sini.

Kemuncak

Sebaliknya, anaknya Zulfikar pula telah berubah. Mendapat kesedaran kewajipan menunaikan solat dan puasa. Setelah
menegur ibu bapanya untuk tidak mengambil duit riba', dia dihalau dari rumah. Kemudian, dia duduk bersama seorang ustaz yang dijumpainya di surau. Nak dipendekkan cerita, setelah tiba hari raya, Pak ngah tarbus dan isterinya pun insaflah.

Kesimpulan

Jarang nak tengok drama melayu macam ni. Alhamdulillah, ada gak manfaat tengok Astro ni.

Kagum dengan keberanian budak kecil untuk menasihati ibu bapanya.
Moga dapatlah kita mempraktiknya dalam kehidupan realiti.

Tapi, tak dinafikan banyak lagi rancangan yang tak elok.

Rancangan lain yang tak elok

Ada satu rancangan ni yang menggalakkan orang makan dengan gelojoh.
Dihoskan oleh seorang pengacara terkenal
Memanglah tujuannya hanyalah untuk suka-suka
Berhibur katanya, tapi sendiri kena ingatlah

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Sejak dari tadika
Mesti ada je pertandingan makan paling pantas
Sampai orang semua terdidik hatinya
Tidak mengapa makan dengan gelojoh

Hakikat sebenar

Smaller mouthfulls and eating slowly reduces calorie intake

Klik sini untuk rujukan

Pesanan

Moga kita bersama-sama dapat mengawal nafsu
Di bulan syawal yang kaya dengan hidangan rumah terbuka

Tahniahlah kepada siapa yang sudah berjaya menunaikan puasa sunat syawal
Kepada yang masih belum, bermulalah segera

Rujukan untuk Puasa Sunat Syawal: http://www.zaharuddin.net/content/view/182/90/

No comments:

Post a Comment