Promosi Ramadhan bakal berakhir

******

Tinggal 1 malam shj lagi

Daripada 10 malam akhir Ramadhan

Yg kemungkinan besar Raya jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009


Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.

PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.... [sila klik url di atas untuk bacaan lanjut]


Promosi Allah kepada umat Nabi Muhammad (S.A.W) bakal berakhir

Ada yang sedih

Ada yang gembira

Ada yang tak rasa apa-apa



“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya

Jadi, marilah kita mengoptimumkan masa yang ada


Berusaha mencapai promosi yang hanya berbaki beberapa ketika sahaja ni

Mulalah sekarang, sementara masih sempat

Gol kemenangan masih boleh dicapai

Walau dalam minit terakhir perlawanan









Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (QS. At-Taubah [9]:111)

No comments:

Post a Comment