Maal Hijrah 1431

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah
untuk hidup dengan nikmat yang terlampau banyak

Tahun baru, layout pun baru... hehe
InsyaAllah perubahan ke arah yang lebih baik
Dengan mengekalkan keadaan yang sedia baik

Setitis Rasa - Memberi Untuk Merasa
Tema baru untuk blog ini
Tiga entri setiap bulan
Masih dikekalkan

Akhir sekali, terimalah puisi yang tak seberapa ini

Sajak "Mahu Mampu"

Dulu
Aku terasa mahu
Tetapi
Tidak mampu

Lalu
Pelbagai angan dan khayalan
Kalau aku ada itu
Aku ingin buat begitu
Kalau aku ada ini
Aku ingin buat begini

Kemudian
Allah memberikan ku mampu
Harta, tenaga dan kelapangan waktu

Lantas
Aku mensyukurinya dengan mahu
Apa yang terdaya untuk aku laku
Berdasarkan ilmu

Tak mustahil kalau
Mahu bertukar malu
Mampu dibiarkan lesu
Mampu tetapi tidak mahu

Justeru
Tegurlah diri ini
Andai terlupa pegangan dan jati diri

2 comments:

  1. harap2 nya tiada serangan photobucket lagi...

    wahai kapten class information service =)

    ReplyDelete
  2. haha... harap camtu gak la
    wahai mantan head com info kelas (",)

    ReplyDelete