Panduan Menggunakan Kad Debit Maybank

Pengenalan

Kini, perbankan internet sudah semakin popular. Segala-galanya mudah dilakukan hanya beberapa klik di depan komputer. Membayar bil, membeli barangan, topup kredit telefon bimbit, bank trasfer dah macam-macam lagi. Kawan-kawan lain juga ramai yang memperkatakannya. Ada yang berminat dan bertanya kepada saya. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada dalam memiliki Kad Debit Maybank. Kebetulan pula baru terjumpa artikel yang bagus tulisan saudara SmartZul.

Sebab Untuk Memilikinya

Mungkin kepada yang masih baru dengan perbankan internet, merasakan tidak penting untuk memilikinya. Walhal, ia sudah menjadi seakan keperluan untuk menjimatkan masa beratur panjang di bank. Dengan Kad Debit Maybank ini, pengguna bukan sahaja boleh melakukan transaksi online, kad ini juga berfungsi seperti Kad ATM biasa yang boleh mengeluarkan duit dari mesin ATM. Dan yang bagusnya, dengan memiliki akaun Maybank, pengguna tidak perlu lagi membayar charge RM1 ketika mengeluarkan wang dari akaun lain di mesin ATM Maybank. Jika kita lihat, merata-rata mesin ATM Maybank di sekeliling kita berbanding jenis bank yang lain. Kad Debit Maybank juga dipilih berbanding bank lain kerana ia dapat digunakan untuk membuka akaun paypal. Lagi sebab kad ini dipilih boleh baca di sini.

Kelebihan Lain

Kad Debit juga berfungsi sebagai alternatif kepada pembayaran tunai di tempat-tempat terpilih seperti pasaraya. Kita tidak perlu lagi memenuhkan dompet dengan duit yang banyak untuk berbelanja di sini. Kad Debit akan menggunakan duit di dalam akaun sedia ada. Konsepnya lebih kepada top-up dulu baru bayar. Berbeza dengan konsep kad kredit. Namun perlu dielakkan menggunakan kad debit di pam minyak, hospital dan hotel. Caj tambahan RM200 akan ditolak secara automatik dari akaun anda. Boleh dapatkan lagi maklumat tentang caj tambahan itu di sini.

Cara Memohon

Mengikut pengalaman saya, kita perlu memiliki akaun Maybank dahulu. Pilihlah akaun islamik daripada Maybank Islamic. Bagi saya, akaun simpanan al-wadiah adalah yang terbaik. Setelah itu, tanyalah kepada pihak bank tersebut, bagaimana ingin memohon kad debit. Satu borang akan diberikan untuk kita memenuhinya. Tanyalah juga bagaimana ingin memiliki akaun manbank2u. Pegawai bank akan memberikan langkah demi langkah secara terperinci hinggalah kita barjaya memilikinya. Talian khidmat pelanggannya juga dapat membantu.

Perkara Penting

Pihak Maybank telah melakukan beberapa security setting untuk keselamatan wang kita. Antaranya ialah TAC number. Ketika kita ingin melakukan transaksi online, TAC number perlu diminta dahulu. Pihak bank akan memberikan TAC number ini terus ke telefon bimbit kita. No telefon bimbit perlu didaftarkan dahulu di mesin ATM Maybank. TAC number hanya sah digunakan sekali setiap kali log in. Jadi, penting untuk log off setelah menggunakan maybank2u ini. Dinasihatkan jangan menggunakan komputer awam seperti di cyber cafe untuk mengelakkan akaun diceroboh masuk.

Lagi Langkah Keselamatan

Satu lagi risiko internet ialah akaun diceroboh. Setakat ini, antara cara orang yang tidak bertanggungjawab ini mencuri masuk ke akaun kita ialah dengan menghantar emel mengatakan kita perlu klik url yang disediakan atas sebab-sebab tertentu. JANGAN klik url tersebut. JANGAN buka langsung emel yang meragukan untuk keselamatan. Terus DELETE emel berkenaan. Pihak Maybank tidak akan berhubung dengan pelanggannya melalui emel. Jika ada perkara yang berkaitan pun, surat akan terus dihantar ke alamat rumah kita. Taktik kotor orang menghantar emel kepada kita dengan menggunakan nama Maybank ini dinamakan "phishing". Boleh lihat contoh di forum ini.

p/s: Sila klik hyperlink di dalam teks sebagai rujukan lanjut

5 comments:

  1. mohon bertanya, sy sdah mendaftar no tel bimbit di ATM maybank. sy sdah ikut arahan yg tdpt dlm resit selepas mndftar. akn ttp no TAC sy masih juga tidak di hntr melalui sms ke tel bimbit sy. apakah cadangan anda ttg situasi sy ini? tq.

    ReplyDelete
  2. Untuk request TAC, awak kena pergi ke cawangan Maybank terdekat.. Cakap je nak request TAC, nanti pandailah staf kat sana uruskan.
    Request TAC melalui ATM xboleh dah.

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya jika buku bank saya dibekukan kerana menjamin seseorang .. adakah kad debit saya boleh digunakan untuk pengeluaran dan memasukkan duit
    ..

    ReplyDelete
  4. debit kad ni boleh guna utk ezypay x?

    ReplyDelete