Hikayat Putera Shazlan

*****


Kau pernah tengok cerita ni kat astro?

http://hangtuah19.wordpress.com/hikayat-putera-shazlan/


Masalah datang melanda,
Malapetaka datang menimpa…
Shazlan tak kisah…
Selagi kawan shazlan ada…

Yang dimaksudkannya ialah buku ajaib
Seakan-akan ceritanya seperti Doraemon
Tapi diubahsuai sikit

Tak kisahlah apa pendapat korang pasal cerita ni
Tapi bagi aku,
Realiti hidup sebenar
Al-Qur’an adalah petunjuk hakiki
Hadis nabi pembantu insani

Mengharap Allah untuk meminta pertolongan
Bukan kepada makhuk yang serba kekurangan

Masalah sering melanda kehidupan
Sebagai menilai tahap keimanan insan
Dalam kita cuba mencari penyelesaian
Tentu sahaja pelbagai cadangan dalam fikiran
Ada positif (+) dan ada negatif (-)

Brainstorming

+ Perah… perah… perah lagi…
- Tapi tak boleh dah la…

+ Boleh lagi… jangan mudah menyerah
- Semuanya jalan buntu

+ Bertaqwalah… Allah akan tunjukkan jalan.... (65 : 2 – 3)

"…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Banyak hikmah yang tersembunyi
bagi setiap kesusahan yang dialami
Macam tu la yang sedang aku alami ni

Alhamdulillah dengan masalah hidup yang Allah berikan
Aku dah berjaya menguasai teknik peta minda ala-ala Tony Buzan


Dan lagi…

Dengan masalah la networking aku bertambah
Orang yang tak pernah aku call
Atau jarang bertegur sapa
Menjadi lebih akrab
Dapat merapatkan silaturrahim

Otak pun semakin ligat berfikir
Betullah orang kata Allah beri ujian hebat kepada orang hebat
Pasti mampu ditanggung oleh orang tersebut
Sesuai dengan kemampuannya

Allah tak nak otak ku lembap dalam cuti panjang ni
Jadi Allah beri ujian yang tak terfikir dek diri sendiri


Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa



Kembali kpd dasar bila berselisih pendapat (4 : 59)

Perlu menghayati al-qur’an (4 : 86)
Org yg bertaqwa mendapat keampunan dan syurga (3 : 133)
Allah mencintai org yg berbuat kebaikan (3 : 134)
Pertolongan Allah yg mutlak (3 : 160)
Kematian yg pasti (3: 185)
Diuji dgn harta dan diri (3 : 186)
Elak menyakiti hati org (2 : 263-264)
Org beriman tidak rasa takut dan bersedih hati (3 : 277)
Janji Allah itu benar (4 : 122)

******

Pesan seorang sensei kepadaku; Be simple n do d best!

*****

MUTIARA HADITS (http://abuamincepu.wordpress.com/)

عن ابي هريرة – رضي الله عنه قال- عن النبي صلى الله عليه و سلم قال - من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من مرب يوم القيامة ، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا و الآخرة ، ومن ستر مسلما ستره الله فى الدنيا و الآخرة ، و الله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه . و من سلط طريقا يلتمس فيه علما سهل الله به طريقا الى الجنة ، وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله و يتدارسونه بينهم إلا نزلت عليهم السكينة و غشيتهم الرحمة و حفتهم الملائكة و ذكرهم الله في من عنده ، و من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه - رواه مسلم بهذا اللفظ

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat”.(HR.Muslim No 2699)

3 comments:

  1. salam...
    m, pernah tgk cite ni skali ka tumah T.K (ka tumah tak da astro, alhamdulillah)

    mmm, slalu terfikir cm ner la budak2 tgk cite ni..mesti terperdaya... walaupun hanya sebuah buku ajaib...

    ttgjwb kita yg dewasa ni utk explain pd budak2 yg tgk..tak kisah le adik kecil sendiri ker, anak buah ker, walaupun kepada org dewasa yg lain...tp tu saluran tuk kanak2 kn?

    pd pendpt azurin, cite tu mungkin asal nyer dibuat utk slot lagenda kat tv3, tp tak diterima...mungkin la...mengagak ajer...lagi pun produser kat m'sia skrg ni berebut2 nak wat cite tuk isi slot lagenda tu..dh mcm nak tiru cite indon...yang 'dunia khayalan' tu...

    -azurin-

    ReplyDelete
  2. Teringat ustaz hasrizal yang tak setuju dengan tidak membenarkan langsung anak-anak menonton tv di rumah
    Org lain hairan kenapa org dakwah macam dia masih ada tv, dvd player dan seumpamanya
    Tapi pendapat dia, kalaupun di rumah anak-anak tak dibenarkan menonton tv, merreka akan menonton juga di luar (rumah kawan, kedai mamak)
    Apa yg perlu ialah mengajar mereka menapis sendiri baik dan buruk rancangan tersebut.

    ReplyDelete