******
Bukan pak sedara aku
Kalau kebetulan pak ngah kamu
Aku minta maaf
Bukan satu cerita belakang (Backbiting)
Pak Ngah Tarbus
Sebenarnya
Nama satu tajuk drama TV
Saluran Astro Prima
Baru tengok tengah hari tadi
12.00 pm ~ 2.00 pm (Tapi takla tgok semua)
Khamis, 24 September 2009
Apa yang menariknya
Kisah ni lain dari lain
Bukan bertemakan cinta
Seperti drama melayu yang lain
Apa yang boleh dipuji
Temanya mendidik masyarakat
Ke arah sunnah yang semakin ditinggalkan
Iaitulah; "Dakwah ke jalan Allah"
Watak utama
Pak ngah tarbus dan isterinya, yang berperangai sama; Suka menunjuk dan tidak bertimbang rasa. Anak mereka, Zulfikar namanya; Berperanan menjadi pendakwah, setelah mendapat hidayah, di tanah suci Mekah.
Zulfikar, seorang budak kecil (Sekolah rendah kot). Mulanya budak nakal; suka mencuri, melepak dan membuat kacau. Tapi dipaksa mengikut ayah dan maknya menunaikan haji. Tujuan mereka hanyalah untuk menunjuk-nunjuk. Hingga terpaksa meminjam wang dengan riba' yang tinggi. Alasannya, sampai depan Kaabah mintalah ampun.
Moga-moga dijauhi Allah daripada dosa memakan riba' ni.
Plot
Namun, duit yang haram tak akan berkat. Hidup mereka selepas tu lebih dibebani hutang. Hingga Pak ngah tarbus terpaksa menyertai Along yang dipinjamnya. Lihatlah, ini salah satu contoh hati yang lemah telah bertukar dari positif ke negatif. Sila rujuk entri sebelum ni di sini.
Kemuncak
Sebaliknya, anaknya Zulfikar pula telah berubah. Mendapat kesedaran kewajipan menunaikan solat dan puasa. Setelah menegur ibu bapanya untuk tidak mengambil duit riba', dia dihalau dari rumah. Kemudian, dia duduk bersama seorang ustaz yang dijumpainya di surau. Nak dipendekkan cerita, setelah tiba hari raya, Pak ngah tarbus dan isterinya pun insaflah.
Kesimpulan
Jarang nak tengok drama melayu macam ni. Alhamdulillah, ada gak manfaat tengok Astro ni.
Kagum dengan keberanian budak kecil untuk menasihati ibu bapanya.
Moga dapatlah kita mempraktiknya dalam kehidupan realiti.
Tapi, tak dinafikan banyak lagi rancangan yang tak elok.
Rancangan lain yang tak elok
Ada satu rancangan ni yang menggalakkan orang makan dengan gelojoh.
Dihoskan oleh seorang pengacara terkenal
Memanglah tujuannya hanyalah untuk suka-suka
Berhibur katanya, tapi sendiri kena ingatlah
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Sejak dari tadika
Mesti ada je pertandingan makan paling pantas
Sampai orang semua terdidik hatinya
Tidak mengapa makan dengan gelojoh
Hakikat sebenar
Smaller mouthfulls and eating slowly reduces calorie intake
Klik sini untuk rujukanPesanan
Moga kita bersama-sama dapat mengawal nafsu
Di bulan syawal yang kaya dengan hidangan rumah terbuka
Tahniahlah kepada siapa yang sudah berjaya menunaikan puasa sunat syawal
Kepada yang masih belum, bermulalah segera
Rujukan untuk Puasa Sunat Syawal: http://www.zaharuddin.net/content/view/182/90/