Hikayat Putera Shazlan

*****


Kau pernah tengok cerita ni kat astro?

http://hangtuah19.wordpress.com/hikayat-putera-shazlan/


Masalah datang melanda,
Malapetaka datang menimpa…
Shazlan tak kisah…
Selagi kawan shazlan ada…

Yang dimaksudkannya ialah buku ajaib
Seakan-akan ceritanya seperti Doraemon
Tapi diubahsuai sikit

Tak kisahlah apa pendapat korang pasal cerita ni
Tapi bagi aku,
Realiti hidup sebenar
Al-Qur’an adalah petunjuk hakiki
Hadis nabi pembantu insani

Mengharap Allah untuk meminta pertolongan
Bukan kepada makhuk yang serba kekurangan

Masalah sering melanda kehidupan
Sebagai menilai tahap keimanan insan
Dalam kita cuba mencari penyelesaian
Tentu sahaja pelbagai cadangan dalam fikiran
Ada positif (+) dan ada negatif (-)

Brainstorming

+ Perah… perah… perah lagi…
- Tapi tak boleh dah la…

+ Boleh lagi… jangan mudah menyerah
- Semuanya jalan buntu

+ Bertaqwalah… Allah akan tunjukkan jalan.... (65 : 2 – 3)

"…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Banyak hikmah yang tersembunyi
bagi setiap kesusahan yang dialami
Macam tu la yang sedang aku alami ni

Alhamdulillah dengan masalah hidup yang Allah berikan
Aku dah berjaya menguasai teknik peta minda ala-ala Tony Buzan


Dan lagi…

Dengan masalah la networking aku bertambah
Orang yang tak pernah aku call
Atau jarang bertegur sapa
Menjadi lebih akrab
Dapat merapatkan silaturrahim

Otak pun semakin ligat berfikir
Betullah orang kata Allah beri ujian hebat kepada orang hebat
Pasti mampu ditanggung oleh orang tersebut
Sesuai dengan kemampuannya

Allah tak nak otak ku lembap dalam cuti panjang ni
Jadi Allah beri ujian yang tak terfikir dek diri sendiri


Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa



Kembali kpd dasar bila berselisih pendapat (4 : 59)

Perlu menghayati al-qur’an (4 : 86)
Org yg bertaqwa mendapat keampunan dan syurga (3 : 133)
Allah mencintai org yg berbuat kebaikan (3 : 134)
Pertolongan Allah yg mutlak (3 : 160)
Kematian yg pasti (3: 185)
Diuji dgn harta dan diri (3 : 186)
Elak menyakiti hati org (2 : 263-264)
Org beriman tidak rasa takut dan bersedih hati (3 : 277)
Janji Allah itu benar (4 : 122)

******

Pesan seorang sensei kepadaku; Be simple n do d best!

*****

MUTIARA HADITS (http://abuamincepu.wordpress.com/)

عن ابي هريرة – رضي الله عنه قال- عن النبي صلى الله عليه و سلم قال - من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من مرب يوم القيامة ، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا و الآخرة ، ومن ستر مسلما ستره الله فى الدنيا و الآخرة ، و الله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه . و من سلط طريقا يلتمس فيه علما سهل الله به طريقا الى الجنة ، وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله و يتدارسونه بينهم إلا نزلت عليهم السكينة و غشيتهم الرحمة و حفتهم الملائكة و ذكرهم الله في من عنده ، و من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه - رواه مسلم بهذا اللفظ

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat”.(HR.Muslim No 2699)

Sepi & Berseri-seri

Sepi di kala sunyi, seri memikir ciptaan Ilahi...

Mencari pengajaran dari pemandangan.
Membuat kesimpulan dari pengamatan.
Tiada benda yang terjadi sendiri.
Tiada ungkapan yang semula jadi.
Pasti ada yang menciptakan.
Tentu ada yang menentukan.
Manusia yang berakal akan sentiasa merasa takjub akan kehebatan Allah swt (rujukan) . Ini termaktub dalam surah Al-Imran ayat 190 – 191 yang bermaksud:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"

Hanis, Prof Ball & Syahrir dalam PCW 2009

PCW 2009

Pengalaman mengajar kehidupan
Panduan mengarah tujuan
Elok wajah cantik rupa
Tinggi pangkat banyak harta
Bukanlah itu yang kekal
Tetapi taqwa menjadi bekal

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah taqwa dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (Surah Al-Baqarah : Ayat 197).
Demikian juga Allah S.W.T. berpesan perkara yang sama di dalam surah yang lain dengan maksud
"wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki (Adam), seorang perempuan (Hawa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal." (Surah Al-Hujuraat : Ayat 13).
Rujukan di sini

Harimau, Pemburu & Hakim












Pada zaman dahulu, tersebutlah kisah harimau, pemburu dan hakim.
Haha, takdelah... Bukan nak bercerita. Cuma teringat pertandingan bercerita zaman sekolah dulu. Dengan intonasi dan gayanya, hebat sungguh si penglipur lara. Penonton kaget semua.

Sebenarnya, perkongsian kali ni ialah berkenaan satu permainan; harimau, hakim, pemburu. Tak pernah dengar? Atau ingat-ingat lupa? Kalau pasal gunting batu kain mesti pernah dengar kan? Atau one to zom? Kebanyakan orang guna istilah “Oo jus”. Selalu dimainkan oleh 2 orang pemain, berkesudahan dengan seorang pemenang.

Konsep permainannya sama. Cuma caranya berbeza. 2 orang yang bermain perlu memilih salah satu daripada 3 pilihan.

Harimau dengan mengangkat 2 belah tangan gaya harimau menerkam. Ditambah dengan bunyi “Aum... Aum...”

Pemburu menggayakan dua belah tangan dengan isyarat memgang senapang patah. Sambil mulut megeluarkan bunyi “Bang... Bang...”

Hakim mengangkat sebelah tangan dengan gaya memegang penukul yang selalu digunakan dalam perbicaraan mahkamah. Perkataan yang disebut “Order... Order...”

Pemenang dikira bila salah satu daripada perkara di bawah terjadi:
1. Harimau bertemu hakim (harimau menang)
2. Hakim bertemu pemburu (hakim menang)
3. Pemburu bertemu harimau (pemburu menang)

Bezanya lagi, permainan ni dimainkan oleh 2 kumpulan yang diwakili oleh 2 orang ketua. Ahli kumpulan yang lain berbaris selangkah ke belakang ketua masing-masing.

Setelah 2 orang ketua tersebut bertarung, salah satu tentunya kalah. Maknanya, ahli kumpulan yang lain pun mestilah peka. Kumpulan yang menang akan mengejar kumpulan yang kalah. Setiap ahli kumpulan yang dikejar dan berjaya ditangkap dengan dakapan yang erat, dikira keluar permainan. Jadi, orang yang dikejar perlu segera melepasi garisan kubu masing-masing, beberapa langkah ke belakang mereka. Jika melepasi garisan ni, imuniti akan didapati oleh orang yang dikejar, mengecualikan mereka daripada ditangkap. Permainan diulang semula sehinggalah habis semua ahli kumpulan ditangkap. Akhir sekali, siapa yang tinggal dialah yang menang.

5 kesimpulan daripada permainan ni:
1. Konsep yang sama dengan gunting batu kain
2.Bezanya; dimainkan oleh 2 kumpulan pemain
3. Cabarannya ialah kepekaan pemain kumpulan terhadap siapa yang menang
4. Yang menang perlu segera mengejar yang kalah
5. Kalau tersilap kejar, yang menangkap dikira sebagai ditangkap

Macamana?
Memang susah nak dibayangkan tanpa pengalaman sendiri memainkannya.
Jadi, kalau ada masa, cubalah sendiri lain kali.
Buat masa sekarang penekanan yang ingin dibuat ialah perbandingan konsep permainan.

5 perbandingan antara 2 permainan (Harimau… & Gunting…)
1. Permainan harimau… jarang dimainkan manakala gunting… selalu dimainkan
2. Permainan yang selalu dimainkan mudah dianalisis; siapa pemenangnya
3. Jadi, permainan yang jarang dimainkan lebih sesuai digunakan untuk permainan kumpulan
4. Lebih cabaran bermakna lebih kesilapan
5. Natijahnya sama bagi keduanya; ada menang, kalah atau seri

Jadi, apa kaitannya dengan kehidupan seharian?
Kita boleh tengok, permainan dengan konsep yang sama, lebih susah apabila jarang dimainkan.
Akal fikiran seakan kekok untuk menganalisis dan membuat keputusan yang rasional.
Padahal, akibat dan kesannya sama.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Sumber: Saifulislam.com

Ujian diberikan kepada manusia untuk menaikkan lagi darjat mereka.
Semakin tinggi iman seseorang, semakin susah pula ujiannya.
Tahap kesusahan yang diberikan mungkin tak terduga dek fikiran manusia.
Perkara biasa yang ditonjolkan berbentuk ujian; mungkin dihadapi dengan senang.
Perkara yang jarang berlaku sebagai ujian; mungkin ramai yang akan kecundang.

Seorang anak, yang amat taat dengan perintah ibu bapanya…
Mungkin tak akan keluar dan pulang lewat malam kerana mengikut rakan-rakan yang tak tentu arah.
Bohsia, bohjan dan mat rempit berpeleseran di keheningan malam.
Amat jelas baginya, mereka semua ni adalah sesuatu yang batil dan salah.
Tak perlu befikir panjang untuk melanggar perintah ibu bapa yang tak mengizinkan.
(Ujian mudah kerana selalu terdengar berkaitan mereka yang tak tentu arah ni)

Bagi anak yang sama, juga amat taat dengan perintah orang tuanya…
Mungkin akan melanggar arahan ibu bapa yang tak mengizinkannya keluar;
Bersama-sama dengan para pendakwah yang jelas kebenarannya.
Sukar untuk membuat pilihan kerana jarangnya kejadian sebegini berlaku.
Menjerumuskannya kepada gagal dalam ujian yang sukar ini.

Nah, lihat sendiri.
Dua bentuk ujian diri.
Konsep yang sama.
Cara yang berbeza.
Kedua ibu bapa perlu ditaati.

Berdasarkan artikel kapten Hafiz Firdaus (klik
sini untuk rujukan);

Kelima: Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama.

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata:

Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?”
Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.
Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak)
maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”[1]

Berkata al-Syaukani rahimahullah berkenaan hadis di atas:
Dalam hadis (di atas) terdapat petunjuk bahwa berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih utama daripada berjihad. Manakala sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah di dalamnya terkandung dalil bahawa wajib (hukumnya) meminta izin ibubapa di dalam urusan berjihad dan yang sedemikian adalah pendapat jumhur ulama’. Dan mereka memutuskan dengan keharaman berjihad jika kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka menegah (anak mereka) daripada berjihad kerana sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa adalah fardhu ‘ain manakala jihad adalah fardhu kifayah. Akan tetapi apabila hukum jihad jatuh fardhu ‘ain maka tidak perlu meminta izin (daripada mereka berdua).[2]

Tak rugi berbakti kepada kedua ibu bapa.
Walaupun orang sekeliling tak redha.
Sebab apabila ibu bapa redha, Allah akan redha.
Pertolongan Allah senang je nak datang kat kita.
Sampai diri sendiri pun susah nak percaya.

Antara ilmu baru yang aku nak kongsikan dengan pembaca sekalian;
Ialah tentang pertolongan Allah.
Yang memberikan bantuan dari jalan yang tak disangka.
Berkaitan dengan kesukaran kancil manual 660cc untuk dihidupkan.
Kesan bateri yang tidak dicas kerana kegagalan tali yang memusingkan alternator.

Cara menghidupkan enjin kereta manual (bila starter kunci tak berfungsi)

1. Tolak
2. Jumper

Tolak
1. Minta bantuan orang tolak kereta dari luar
2. Sambil pemandu bersedia dengan gear neutral
3. Setelah bergerak seketika kereta tersebut, masuk gear 2
4. Angkat klac perlahan-lahan
5. Tekan minyak perlahan-lahan… enjin telah dihidupkan

Jumper
1. Minta bantuan kereta lain yang telah dihidupkan enjin
2. Sambungkan wayar hitam kemudian merah kepada bateri kereta yang tak berfungsi
3. Sambungan turutan warna wayar yang serupa kepada bateri kereta yang hidup
4. Start enjin kereta… insyaAllah enjin akan hidup
5. Buka sambungan wayar jumper dengan turutan sama (hitam dahulu, kalau tak silap)

Alhamdulillah, akhirnya keretaku sembuh semula.
Kuasa Allah dengan apa yang dikehendaki-Nya.
Moga perkongsian kali ni menyedarkan diri sendiri dan rakan-rakan sekalian.
Iman yang turun naik perlukan istiqamah untuk pengawalan.
Bagi menempuh cabaran; dengan Allah sahaja tempat pergantungan.