Menangani Isu Buang Bayi


Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini, heboh diperkatakan tentang kes buang bayi. Dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang. Seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita, di tingkat satu Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Di Selangor pula, satu mayat bayi dijumpai ditanam berdekatan

landasan kereta api, Stesen Komuter Padang Jawa. Lagi berita boleh lihat di sini dan sini.

Sumber gambar di sini.


Perkembangan

Lantas, pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Forum, diskusi dan bual bicara. Khas membincangkan isu buang bayi ini. Macam-macam pandangan yang dilontarkan. Namun, kebanyakannya seakan-akan retorik semata-mata. Seperti membuat karangan sekolah. Isi-isi yang tipikal dan umum. Kurang pendidikan agama, pengaruh rakan sebaya, media massa dan seumpamanya.


Perumitan

Dalam masa semua pihak memerah otak mencari solusi, pihak lain rancak menjalankan aktiviti ke arah maksiat ini. Drama dan filem semuanya mengajak golongan muda bercouple. Kalau ada pun cerita yang islamik, semua itu lakonan belaka. Pelakon yang bertudung dalam drama, tidak malu berskirt pendek di khayalak ramai. Memang layak dianugerahkan pelakon terbaik.


Kemuncak

Mari kita fikirkan bersama...

- Kenapa manusia sanggup buang anak?
- Tidak mahu menanggung malu melahirkan anak luar nikah.

- Kenapa sanggup mengandungkan anak luar nikah?
- Terlanjur dengan pasangan yang tidak halal.

- Kenapa memilih pasangan yang tidak halal?
- Kalah dengan nafsu yang didorong oleh persekitaran.

- Kenapa tidak segera berkahwin?
- Tidak cukup duit...





Ya, itu antara sebabnya. Faktor terbesar tidak kahwin lagi ialah masalah kewangan. Walaupun tidak dinafikan banyak faktor lain seperti masih belajar dan ibu bapa yang tidak membenarkan. Namun, tak cukup duit ialah sebab utama. Tak kira lah perbelanjaan sebelum, semasa atau sesudah kahwin. Ini adalah antara faktor yang berpotensi menyumbangkan masalah buang bayi.


Penyelesaian

Antara yang boleh dilakukan ialah berpuasa. Selain mengekang hawa nafsu, perbelanjaan harian juga dapat dijimatkan. Banyak lagi cara lain boleh dicuba untuk menangani masalah kewangan ini.

Boleh baca lagi di sini.


Kesimpulan

Isu buang bayi tidak pernah selesai sejak dulu lagi. Mana tak nya. Hiburan semakin meningkat. Media massa lebih menguntungkan keuntungan daripada tanggungjawab mendidik masyarakat. Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah menasihati golongan yang berpotensi untuk segera berkahwin. Golongan yang bercouple berpotensi besar untuk melakukan zina seterusnya melahirkan anak luar nikah.


Satu cara untuk mengatasi masalah tidak berkahwin lagi kerana masalah kewangan ialah dengan mengetahui cara-cara yang betul mengurus perbelanjaan harian. Panduan tersebut dapat dilihat dariapada website pada link di bawah. Hanya KLIK banner di bawah untuk mengetahuinya.


Pesanan

Ramai yang telah mencuba. Penulis panduan tersebut memanglah seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Saya juga telah membacanya. Walaupun masih lambat lagi kerana masih tiada calon, panduan tersebut amat berguna untuk menguruskan perbelanjaan harian.





[ Klik gambar untuk keterangan lanjut ]

Komplikasi Vaksin H1N1

[ Maaf, tiada komik untuk entri kali ini atas sebab-sebab tertentu ]


Tak ramai yang dapat komplikasi ini. Ada orang yang ambil vaksin tapi tak ada kesan apa-apa pun. Tapi, biasanya memang akan dapat demam 2 atau 3 hari setelah suntikan vaksin. Disebabkan tak bersedia untuk demam lah ramai yang tak ambil vaksin ni. Walaupun percuma. Boleh tengok laman web http://h1n1.moh.gov.my/untuk keterangan lanjut pasal vaksin percuma ini.

Komplikasi Saya

Teruk ke komplikasi nya? Bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Mak saya, ambil sekali vaksin dengan saya. Tak pula dia demam. Tapi, saya demam dengan teruk sekali. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh. Entri kali ini akan menceritakan pengalaman demam kerana komplikasi vaksin H1N1.

Sakit Sangat

Sebelum ini, pernah terdengar ceramah. Berapa ramai yang insaf dengan keadaan hampir-hampir mati? Sedangkan dah ramai ibu yang melahirkan anak. Bukankah ketika itu terasa sakit yang amat sangat? Saya tak tahu sebab tak pernah mengalami dan tak akan merasainya. Namun, saya telah mengalami demam panas yang agak teruk hasil komplikasi vaksin ini.

Keadaan Cemas

Suhu badan 39'C. Sakit kepala berdenyut-denyut dari semua arah. Lenguh-lenguh sendi. Fikiran pada masa itu hanyalah mengharapkan kesempatan untuk bertaubat. Banyak sangat maksiat. Mata tak terjaga, lidah bebas berkata-kata, telinga mendengar sahaja. Musibah sakit juga menghapus dosa. Memang banyak program yang keterlaluan sebelum ini. Biarlah, lain kali tak akan dibiarkan diri ini menyertainya lagi. Biarlah orang lain dengan pendapat mereka. Tak akan dibiarkan lagi hati yang tak redha bertukar menjadi rela.

Muhasabah Diri

Alhamdulillah, sejak kecil Allah memberikan tarbiyah berupa ujian sakit dan musibah. Kalau orang lain buat maksiat, lancar sahaja. Tapi, kalau diri sendiri yang terjerumus sedikit ke dalam lembah kehinaan ini, pasti akan ada sahaja yang tak kena. Demam, sakit perut, sakit kepala atau apa-apa sahajalah yang tidak menyenangkan. Pasti akan menyebabkan ibu bapa tak senang duduk dengan keadaan anak yang sering sahaja demam. Fikiran logik mengatakan diri yang tak pandai menjaga kesihatan. Namun, fikiran positif akan mencari hikmah di sebalik kejadian. Semoga diri ini sentiasa sabar untuk mengekalkan sifat optimis dan berbaik sangka.

Antara hikmah demam kali ini:

1. Selsema

Baru tau pasal chlorpheniramine ialah ubat selsema dalam kategori anti-histamin generasi pertama. Pil bulat kecil warna kuning. Telan 1 biji 3 kali selepas makan. Akan menyebabkan mengantuk.

2. Batuk

Dapat mencuba pelbagai jenis penawar batuk. Mula-mula ambil Nilco Syrup daripada klinik kesihatan kerajaan. Semakin kuat batuk jadinya. Lepas itu cuba pula Woods. Sama juga tak berkesan. Berubah kepada cara alternatif. Satu sudu madu dicampur dengan segelas air suam. Satu sudu air gamat dicampur juga dengan air suam. Alhamdulillah, lega akhirnya.

3. Demam

Kalau dekat bahagian kecemasan hospital kuantan, 39'C dah kena masuk wad. Tapi, pelik dekat klinik kesihatan bangi ini, medical assistant tu kata tak perlu. Lepas tu, dia kata makan Panadol (PCM) 2 biji setiap 4 jam. Lagi pelik. Mujur dekat farmasi, dapat ubat dilabel dengan betul. PCM 2 biji setiap 8 jam. Balik rumah, tengok balik drug information handbook, memang tak boleh lebih 8 biji sehari. Walaupun demam yang sangat panas. Kena banyak minum air masak. Biar air kencing menjadi jernih.

Alhamdulillah... Lega betul sekarang dah sembuh. Semoga mendapat pengajaran daripada ujian sakit. Semoga kita bersama-sama menghindar dosa.

p/s: Maksiat ialah apa-apa sahaja perbuatan yang mendatangkan dosa kepada pelakunya.

Rahsia Bisnes Internet

[ Klik pada gambar untuk besarkan ]


Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana melakukan bisnes internet? Adakah mudah? Ataupun payah? Adakah menguntungkan? Ya begitulah persoalan-pesoalan dalam fikiran saya sebelum ini. Sekarang, ada yang sudah terjawab dan ada yang belum. Saya juga masih di peringkat permulaan.

Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang. Masa cuti yang panjang untuk mengkaji bidang ini. Memang besarlah hikmahnya Allah menjadikan saya tidak dapat kerja part time yang sesuai. Puas sudah saya mencari. Guru sementara, pembantu farmasi, promoter dan kedai makan. Ada sahajalah yang tidak kena. Akhirnya, jadilah suri rumah sepenuh masa sekarang ini. =).

Bagi anda yang sealiran dengan saya, marilah membaca buku yang berkaitan dengan bisnes internet. Saya sudah membacanya sekali imbas. Bagus. Pengarangnya memang tidak menyembunyikan fakta. Memang berbaloi membelinya. Daripada tak tahu apa-apa pasal bisnes ini, saya sudah mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk explore sendiri yang selebihnya.

Amat digalakkan untuk membeli dan membaca sendiri buku-buku di bawah ini. Boleh didapati di MPH atau mana-mana kedai buku berdekatan anda. Diingatkan di sini, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat. Bukan untuk mempromosikan produk. Tiada apa-apa komisen daripada syarikat yang terbabit. Saya bukan anggota affliate mereka. Bukan juga agen pemasaran mereka. Apa yang saya percaya selama ini, jika kita berkongsi ilmu, Allah akan menambahkan lagi keberkatan ilmu tersebut. Alhamdulillah, selama saya mempraktikkan prinsip ini, semua kerja yang ingin saya lakukan berjalan lancar dengan pertolongan Allah.

Ini senarai buku yang telah saya baca:

1. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
2. Bisnes Internet Bina.Upload.Urus
3. Buat Duit Dengan Affliate

Ketiga-tiga buku ditulis oleh pengarang yang sama, iaitu En. Azahar Abdul Rahman. Saya mengesyorkan anda membeli buku yang pertama dahulu. Setelah membaca sendiri isi kandungannya, anda akan tertarik untuk membeli 2 lagi hasil karya beliau tersebut.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan buku dan pengarang ini di laman web beliau: artmand.com