Rahsia Format Komputer

Alhamdulillah, lega rasanya. Komputer dah diformat. Buat sendiri je. Lama dah tak format ni. Beranak-pinak virus dalam hard disk tu... hehe… Yelah, sebelum ini mana sempat. Jadi student pharmacy memang memenatkan. Sibuk lah kata kan… =) Tak sempat nak buat apa. Assignment, lab report bertimbun. Nak study apa tah lagi. Last sekali, gelabah bila nak exam… hehe.

Sekarang dah cuti. Baru sempat nak buat apa-apa yang patut. Sebenarnya, diri sendiri ini bukannya pandai sangat format ni. Malam tadi pun, banyak tanya kawan-kawan. Sms Muzani, Johan. Last sekali, terpaksalah juga call Hafiz untuk dapatkan maklumat pantas. Jazakallah semua.

Jadi, kali ni saya nak berkongsi cara mudah format komputer. Senang je sebenarnya. Tak perlu hantar ke kedai. Biasanya kedai akan charge RM30 hingga RM 50 untuk servis format komputer. Padahal kita boleh buat sendiri kat umah. Yang penting kena tau cara dan alatan yang diperlukan.

Mula-mula sekali, kita kena tau apa yang kena ada.

Basic CD yang kena ada:

1. CD Windows XP

2. CD Driver Computer

3. CD Installer (Microsoft office)

Cara mudah (langkah demi langkah):

· CD Windows XP

1. Masukkan CD Windows dalam CD Rom.

2. Shut down komputer (atau restart boleh gak kot)

3. On balik komputer.

4. Akan keluar skrin hitam kat atas sekali tertulis:

a. Press any key to reboot from CD

5. Tekan apa-apa je key kat keyboard tu.

6. Tunggu beberapa minit

7. Akan keluar skrin biru, kena pilih hard disk yang nak diformat

8. Pilih hard disk C (sebab CD windows akan overwrite windows yang dah tersedia install kat hard disk ni)

9. Baca betul2 arahan mudah kat skrin tu. Buat apa yanga patut (tak ingat dah apa arahannya sebab senang je, terus klik cepat2 masa tu… tak berapa ingat…)

10. Seterusnya kena tunggu beberapa minit utk loading software diinstall.

p/s: Jangan terburu-buru. Baca betul-betul arahannya sebelum buat keputusan. Biasanya tak ada apa-apa pun. Just proceed.

· CD Driver Computer

1. Bila dah keluar skrin macam biasa (ada beberapa icon penting kat desktop), maknanya komputer dah selamat diformat.

2. Tapi tak ada lagi driver (audio, grafik, etc)

3. Masukkan CD driver.

4. Ikuti arahan mudah.

p/s: Sama seperti di atas. Tak perlu terburu-buru.

· CD Installer (Microsoft office)

1. Cara install sama je macam CD driver or installer yang lain.

2. Ikut arahan mudah tanpa terburu-buru.

InsyaAllah, bila semua dah selesai, hard disk C dah berjaya diformat. Tapi tak selesai lagi kerja.

Hard disk D ada lagi virus. Jangan buka lagi D untuk mengelakkan virus tersebar semula. Install antivirus dalam C. Contohnya AVIRA. Tapi, kena ada internet connection. Dah siap install antivirus, scan virus dalam hard disk D.

p/s terakhir… sebelum semua ni, diingatkan untuk back up semua file penting. Cara mudah ialah dengan burn semua dokumen berkaitan dalam DVD or CD.

· InsyaAllah, lepas ni nak buat banyak lagi entri macam ni. Cara atau teknik buat sesuatu. Rugilah kalau tak kongsi ilmu yang ada ni. Sharing is caring right? =D

5 comments:

  1. salam...saya sgt tak minat apa2 yg melibatkan teknologi nie..kalu nak format laptop,bese mintak tolong kawan n kena bayar la...
    nak tanya,sy guna antivirus kaspersky 2010..tpi nape mcm x berfungsi je?asyik keluar 'your computer security is at risk'...da tekan fix it..tpi still mcm tue gak...ada cdangan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. antivirus itu sendiri mengandungi virus...pc di rumah sy tidak mnggunakan antivirus...dan ia berfungsi elok mcm biasa...yg penting kita kena tau ape isi yg masuk dlm pc kita...tu je...download dari internet kena lebih berhati-hati...antivirus buat pc kita jadi slow...jgn percaya dengan antivirus...bunyi mcm pelik...kan??..tapi tu la hakikat nyer

      Delete
  2. wsalam

    oh, orang perempuan mmg tak biasa minat benda2 gini. sbb klu kita tengok nama2 usahawan internet pun susah nak cari dari golongan perempuan. contoh usahawan internet; irfan khairi & azizi ali.

    yg pasal kaspersky saya pun tak tau. dulu kwn kata antivirus ni mmg ada masalah. skg dia tukar kpd norton lak. sy guna avira je.

    maaf tak dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. tp saya minat..hehe. kalau xde dvd n cd, bleh format tak? ade beza yang recovery ng format? kalau laptop yang dah build in microsoft, bukan free dos, kene masukkan cd format lg ke?

    pc mmg sangat lambat leni.isk.

    ReplyDelete
  4. oo, klu takde dvd or cd rasanya boleh. orang cakap. tapi saya tak pernah try. tgok kat entri atas, bawah langkah CD Windows XP. Mungkin masa langkah 4, akan ada option reboot from thumb drive ke. sy tak sure. tp, mesti ada cara nak format utk netbook yg takde cd rom kan.

    Beza recovery dgn format? Recovery tu yg restore tu ke?

    Click: Start > All Program > Accessories > System Tools > System Restore

    Yang ni ke? Klu system restore, dia akan pergi balik kepada setting asal mengikut tarikh yang kita nak. Cara ni pun menjimatkan masa. Boleh hilangkan virus tanpa perlu format hard disk. Tapi, apa2 setting kita selepas tarikh yg kita pilih takde dah la.

    oh, maksudnya komp tu beli mmg dah siap diinstall dgn microsoft? Maknanya, org kedai tu tolong install kan yg original. Masa beli komp, ada pilihan free dos dgn yg bukan free dos kan. Yg komp bukan free dos, maksudnya pembelian kita include sekali microsoft yg original. Rasanya lah.

    Tak silap, kawan sy kata ada kedai yg bagi file software tu dalam hard disk kita. Hard disk C kot. Jadi, kita boleh format sendiri.

    Ataupun mmg tak bagi langsung kita format sendiri.
    Jadi, kenalah hantar kedai juga utk diformat.

    ReplyDelete