Ibrah Pasar Malam

Bukan tak pernah pergi. Tapi pasar malam kat sini lain sikit. Apa yang lainnya? Tengoklah sendiri gambar-gambar kat bawah ni. Lokasi pasar malam berdekatan Rumah Pangsa Sri Lanang, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Cuba cari apa yang peliknya dari gambar-gambar ini. Kemudian, ambil pengajaran (ibrah) daripadanya.

Contoh ibrah yang boleh dibuat:

1. Para peniaga sangat rajin.
2. Mereka tidak membazir masa.
3. Tidak mudah berputus asa.
4. Pelanggan juga rajin survey dulu harga.
5. Mereka juga berhati-hati memilih makanan yang sesuai.

Okeh. Cukup 5 ibrah. Anda juga boleh membuatnya. Semua bebas mengeluarkan pendapat. Boleh komen apa-apa sahaja. Mengenai peniaga, pengunjung, barang niaga mahupun signboard.

p/s: Penduduk Johor Bahru kebanyakannya Cina. Tak hairanlah peniaga makanan juga terdiri daripada kaum ini. Kalau kat tempat lain macam Bangi atau Kuantan, memang jarang nak jumpa. Namun, pengunjung Islam tetap ada. Peniaga muslim ada yang diletakkan di tengah-tengah kumpulan peniaga yang bukan muslim.


Denyut Kasih Medik

Syukur

Alhamdulillah, masih berpeluang mengemaskini blog.
Walaupun sudah lama, namun masih tidak lari dari perancangan asal.
3 entri sebulan. Kali ini entri kedua bulan ini. Tentang ulasan sebuah novel.
Bertajuk "Denyut Kasih Medik"


Muqaddimah

Anda peminat novel?
Jika ya, tentu anda pernah baca novel Tautan Hati?
Karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Boleh tengok lagi maklumat lanjut novel ini di sini.

Memang satu novel yang mendidik jiwa.
Berinformasi. Penuh dengan fakta penting.
Rugi jika terlepas membacanya.
Bagi yang sudah membaca, pasti ingin membacanya lagi.
Berulang-ulang kali.





Perkembangan

Keterujaan peminat novel pasti berterusan dengan satu lagi buah tangan Fatimah Syarha. Satu novel pendek berteraskan mesej dakwah. Bertajuk "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"

Novel nipis ini pasti menjadi kegemaran anda.
Cerita berkenaan cinta setelah kahwin.
Sesuai untuk semua pembaca.
Ibu bapa, anak remaja, yang sudah atau belum berkahwin.

Padat dengan mesej dakwah.
Alternatif untuk hiburan yang melalaikan...
Drama tv dan filem yang semakin banyak mempromosikan couple dan cinta sebelum kahwin. Bukankah Islam telah mengajar cara pergaulan lelaki dan wanita yang sebenarnya? Boleh lihat maklumat lanjut novel ini di sini.




Kemuncak: Ulasan Novel

Ok, jika anda sudah membaca 2 novel di atas, saya mengesorkan anda membaca novel ini pula. Denyut Kasih Medik. Watak utama di dalam novel ini sama dengan watak utama dalam novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Tak hairanlah. Kedua-dua penulis novel ini ialah suami isteri. Saling melengkapi.


Details:

Tajuk: Denyut Kasih Medik
Pengarang: Dr Farhan Hadi (Suami Fatimah Syarha Mohd Noordin)
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Sinopsis daripada website kedai-buku.com:

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Lagi maklumat tentang novel ini boleh lihat di sini.


Kesimpulan

Saya sudah membacanya. Memang best. Azam saya ialah untuk mengikuti jejak langkah beliau... Menghasilkan novel sendiri. Tentang Rahsia Farmasi. Hehe... Sekarang ini pun, saya sering mengemaskini entri dalam www.rahsiafarmasi.com. Harap-harap dapat mengikut jejak langkah Ustaz Hasrizal yang mengarang buku "Aku Terima Nikahnya". Beliau juga sering mengemaskini entri beliau dalam blog saifulislam.com. Kemudian menghasilkan buku berdasarkan entri blog tersebut. Berusaha berdakwah melalui penulisan. InsyaAllah. =)

Pelancaran Blog RahsiaFarmasi.com

Alhamdulillah. Baru terasa lega sedikit. Setelah 2 hari bekerja sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Tak sangka, begitu mencabar hidup di sini.

Rancangan untuk melancarkan blog baru pada 1 Julai 2010 terpaksa diubah. Pra-pelancaran telah dilaksanakan di facebook pada 30 Jun 2010 yang lepas. Boleh lihat note facebook saya di sini.

Kemudian, banyak pula masalah di Johor. PC saya dengan monitor CRT yang begitu besar tidak dapat dibawa. Terpaksa ditinggalkan sahaja. Ini bermakna, kurang kebarangkalian saya untuk online. Kurang peluang untuk update blog.

Apapun, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendokumentasikan pengalaman hidup ini. Biarpun sekali sebulan, blog rahsiafarmasi.com akan menjadi platform perkongsian saya, berkaitan bidang farmasi, insyaAllah. Manakala blog setitis rasa akan diteruskan seperti biasa. 3 entri sebulan. Dengan isu-isu yang lebih umum, insyaAllah juga.