Buku Bagus Masa Cuti

Iklan sekejap. Nak promosi 2 buah buku. Sebab best sangat. Sampai masa berjalan pun tak sedar. Memang amat sesuai dibaca oleh mereka yang sedang bercuti. Terutamanya pelajar. Tak mustahil juga bagi yang dah bekerja. Buktinya, saya sendiri yang dah bekerja dapat menghabiskan baca 2 buah buku ni. (Baca skip2 lah, amik isi penting je...)


  • Buku 1: "Untukmu Wanita"
Detail ada kat sini.


Ulasan:

- sesuai dijadikan hadiah kepada kaum wanita (ibu, adik, kakak)
- amat penting dibaca oleh lelaki dan perempuan (sebabnya, kaum lelaki yang akan memimpin keluarga yang tentunya ada wanita... penulis ni sendiri pun lelaki.)
- padat dengan dalil dari sumber al-quran dan hadith
- setelah membaca buku ini, anda akan berasa seperti mendapat suntikan ilmu. Penuh ilmu di kepala...


- isu yang dibincangkan memang sesuatu yang sering ditanya masyarakat, tetapi kita tidak tahu jawapannya.

- kesimpulannya, segera dapatkan di kedai berhampiran. Tak rugi melabur sedikit wang untuk ilmu.



  • Buku 2: Muhammad al-Fateh - edisi jimat

Detail ada kat sini.

Ulasan:

- kisah benar yang menaikkan semangat pembaca

- jika anda tidak minat sejarah, anda akan bertukar fikiran selepas membaca buku ini

- banyak pengajaran yang dapat ditiru untuk kehidupan seharian

- memang bagus betul character pahlawan islam ni

- kesimpulannya, memang amat menjimatkan dengan harga yang murah dapat baca penulisan yang berkualiti.

p/s: Saya tak dapat apa-apa komisen dunia pun daripada promosi ni. Cuma ingin berkongsi. Banyak manfaat daripada buku ni. Saya dah dapat. Jadi, harap rakan-rakan semua dapat juga kebaikan daripada buku-buku ini.

Cerpen Ikatan Hati - Episod Suku Akhir


Najmuddin pasrah. Hanya kepada Allah dia bertawakkal. Allah lah tuhan yang patut disembah. Dialah yang menentukan rezeki. Biarlah manusia tidak redha, asalkan Allah redha. Najmuddin bertekad untuk bekerja sehabis baik. Cepat dan tepat. Dia sanggup bekerja lebih masa untuk menguasai kemahiran yang perlu. Boleh dikatakan setiap hari, Najmuddin pulang lambat daripada yang sepatutnya.

Setelah lebih 3 bulan bekerja, Najmuddin dapat menguasai teknik yang sepatutnya. Dia sudah dapat melakukan kerja dengan pantas. Alhamdulillah. Najmuddin memuji Allah di dalam hati.

Program Syarikat

Syarikat kilang tempat Najmuddin kerja sering melakukan aktiviti luaran. Sama ada ceramah, kem motivasi atau aktiviti lasak. Minggu depan bakal diadakan aktiviti mendaki Gunung Buah. Antara objektif utama ialah untuk merapatkan hubungan antara pekerja serta membina ketahanan fizikal dan mental setiap ahli syarikat tersebut.

Kumpulan disusun secara rawak. Satu kumpulan dalam 5 orang peserta. Najmuddin ditakdirkan satu kumpulan dengan orang yang selalu mengejeknya dahulu, Sufian. Najmuddin agak kurang selesa. Hubungannya dengan Sufian masih agak dingin. Namun, Najmuddin tetap mempositifkan diri. Mungkin ini peluangnya untuk merapatkan silaturrahim. Allah tak suka orang yang memutuskan talian persahabatan.

Hari ditunggu telah tiba. Peserta yang hadir bertolak awal dari rumah. Mereka semua berkumpul di tempat yang ditetapkan. R&R Genting Sempah. Setelah semua ada, barulah bertolak ke tempat yang dituju.