Nasib ubat dalam badan

Sebelum ni, kalau demam, pening ke... mesti orang kata makan la panadol (PCM)...
Tapi, pernah tak orang tanya, camne lak nasib ubat ni bila ditelan...
Kesian ye ubat tu... :P

Pengenalan sebelum baca entri ni... sila klik url di bawah:

http://www.icp.org.nz/html/drug_transport.htm

Satu entri membahasa melayukan subjek farmakokinetik... hehe :D

Ajaib sungguh ubat. Takde kaki pun boleh jalan. Dimulakan dengan beberapa tempat masuk. Dah masuk, pandai lak dia berjalan sendiri ke tempat matlamat atau bertindak.

Pergerakan ni dinamakan pengangkutan ubat.
Perubahan kepekatan ubat antara kawasan dalam sesuatu masa melibatkan proses kadar.
Mungkin juga melibatkan enzim badan.

Jenis pengangkutan utama ubat dalam badan:
1. Pengangkutan pasif
2. Pengangkutan aktif

Pengangkutan pasif bole diterangkan dengan menggunakan Model 2 kompartmen tertutup dan terbuka.

Model 2 kompartmen;
1. Gunakan 1 bikar
2. Letak 1 penghalang menegak kat tengah2
3. Jadilah ada kompartmen A dan B
4. Penghalang ni mesti boleh ditembusi oleh cecair
5. Sebab kalau letak air dalam bikar, bolehla pergerakan berlaku antara 2 kompartmen tu.

Tertutup maksudnya cecair dalam bikar bergerak antara 2 kompartmen tu je.
(Order pertama dan proses kadar monoeksponen)
Terbuka lak bila ada pergerakan keluar dari bikar tu.
(Ditebuk lubang misalnya, dan dikenali sebagai reaksi bieksponen).

Kenapa pasif lak?
i. Pergerakan sendiri tanpa dibantu
ii. Disebabkan oleh proses serapan
iii. Berdasarkan kecerunan kepekatan
iv. Selalunya diterangkan melalui rumus order pertama (yg bergantung kepada kepekatan)

Pengangkutan aktif?
1. Perlukan tenaga
2. Boleh diracuni oleh racun metabolik
3. Melawan kecerunan kepekatan
4. Mementingkan struktur
5. Kalau struktur kimia sama, berlaku persaingan protein pembawa
6. Boleh ditepukan (dibatasi oleh muatan)


Cukuplah setakat ni penerangan dari sudut PK.
Tulis banyak2 pun korang tak paham lak nanti.
Banyak rumus dan istilah pelik...
Isi utama kat sini = Pengangkutan pasif dan aktif.
Kalau nak tau lebih lanjut kena terang dari segi dosage design & physical pharmacy lak ;)...

1 comment:

  1. Menarik.. blaja pk dlm bahasa melayu.. cepat sikit paham..

    ReplyDelete