Solusi


“Hello, Assalamualaikum, Encik Syahrir bin Zaini ye?”

“Waalaikumussalam warahmatullah, ye saya.”

“Encik ada hantar penyertaan dedikasi hari ibu anjuran IKIM.fm sebelum ni?”

“Emm… ye ada,”

“Tahniah, encik terpilih sebagai pemenang dan dijemput untuk makan malam di teratak Hijjaz, Putrajaya, 28 Mei ni. Sekarang, kami nak tau sama ada encik setuju atau tak…”

“Oh yeke? Alhamdulillah. Emm… macam mana ye. Boleh tak saya confirmkan lepas ni?”

“Boleh, tapi encik kena telefon kami dalam masa sejam, kalau tak, kami akan beri peluang kepada peserta lain pula.”

Hissh… biar betul, boleh terpilih lak puisi yg aku buat main-main je hari tu. Tak sangka betul. Alhamdulillah, nikmatnya dapat berita gembira ni. Euphoria menyelimuti diri lepas kejadian yg tak berapa gembira beberapa minit je sebelum dapat panggilan ni. Karenah birokrasi yg memenatkan di KOM.

Tapi, 28 Mei malam? Susah nak buat keputusan ni. Kena consider byk aspek. Lepas pikir panjang dan ditambah gak dgn nasihat ayah sendiri, keputusannya; tak pergi. Berat gak nak tolak rezeki yg jarang-jarang nak dapat ni. Tapi bila dipikirkan balik, buruk baiknya, kemenangan berpihak kepada tak pergi.

Sebab utama tak nak terima hadiah ni ialah masa yg tak sesuai. Dalam plan sendiri dah ada hal yg lebih penting untuk dibuat. Tak bolehlah nak diubah macam tu saje dgn perkara yg tak berapa penting ni. Biarlah, mungkin hadiah ni memang tak layak untuk diri sendiri. Nikmat kepada peserta lain lak yg menggantikan tempat tu nanti.

Faktor lain yg membawa kepada keputusan ni, ialah terpengaruh dengan nasihat Ustaz Hazrizal Jamil dalam Majalah Solusi isu no. 7. Artikelnya yg bertajuk “Ujian antara berani dan bijaksana” amat terkesan dalam jiwa. Memang elok2… baru je baca artikel ni, Allah uji lak dgn ujian panggilan kemenangan puisi ni.

Antara ayat dalam artikel tu “Selayaknya kita diuji… bukan dengan ujian yg kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yg tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.” Apa yg dapat aku amik ibrah dari artikel ni, nak relate dgn ujian yg aku dapat ialah kemenangan puisi yg diterima ni sebenarnya ujian dalam perjuangan. Kalau aku pergi 28 Mei ni, maknanya aku akan menzalimi banyak pihak akibat tak menunaikan hak mereka yg telah terpahat dalam jadual hidupku. Perjuanganku akan tergendala dek kerana sekelumit nikmat makan malam di Putrajaya nun.

Samalah juga dengan perumpamaan yg amat aku gemari iaitu kek yg ok. Sifat-sifat kek yg ok tentulah kelihatan menarik, tanda ceria dan nikmat yg amat bagi org yg dapat memakannya. Tapi, disebalik itu semua, tersembunyi bahaya yg akan menimpa org yg menikmati kek dgn melampau, tak sesuai dgn kondisinya. Kandungan gula yg byk dalam kek tentu sahaja mengundang pelbagai penyakit yg tak perlu aku sebutnya. Anda lebih mengetahui.

Lagi quotation dari artikel tu; “Justeru, ujian di sepanjang jalan perjuangan ini perlu dipelajari dan diteladani. Ia tidak muncul secara skema mengikut skrip yg dihafal dalam manhaj Tarbiyah yg diberi. Pendakwah harus sentiasa peka dan mengenalpasti, apakah ujian yg sedang dihadapinya, lantas bertindak sesuai dgn ujian itu.”

So, kat sini aku nak berterima kasihlah kepada kawan-kawan yg mempromosikan Majalah Solusi terbitan Telaga Biru ni kat aku. Allah sahajalah dapat membalas jasa kalian. Sekarang aku dah jadi obses dgn majalah ni. Byk input yg berguna diterangkan dgn cara yg mudah dan menarik untuk dibaca. Setelah membacanya, anda pasti berasa curious untuk membaca lagi. Sesuai untuk remaja yg merasakan perlu untuk mengisi jiwanya bg memantapkan lagi amal masing2… Hehe…. Nak promote gak… Bukan aku dapat komisien apa pun dari syarikat ni, tapi just nak kongsi info pasal wujudnya majalah yg bagus kat pasaran (ramai org yg tak tau lagi).

p/s: Tak banyak kedai yg ada jual majalah ni... 2 Kedai yg aku tau ada: Kat Hentian Bas Puduraya, KL & Darul Ansar kat Kuantan Parade.




No comments:

Post a Comment