Rahsia Bisnes Internet

[ Klik pada gambar untuk besarkan ]


Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana melakukan bisnes internet? Adakah mudah? Ataupun payah? Adakah menguntungkan? Ya begitulah persoalan-pesoalan dalam fikiran saya sebelum ini. Sekarang, ada yang sudah terjawab dan ada yang belum. Saya juga masih di peringkat permulaan.

Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang. Masa cuti yang panjang untuk mengkaji bidang ini. Memang besarlah hikmahnya Allah menjadikan saya tidak dapat kerja part time yang sesuai. Puas sudah saya mencari. Guru sementara, pembantu farmasi, promoter dan kedai makan. Ada sahajalah yang tidak kena. Akhirnya, jadilah suri rumah sepenuh masa sekarang ini. =).

Bagi anda yang sealiran dengan saya, marilah membaca buku yang berkaitan dengan bisnes internet. Saya sudah membacanya sekali imbas. Bagus. Pengarangnya memang tidak menyembunyikan fakta. Memang berbaloi membelinya. Daripada tak tahu apa-apa pasal bisnes ini, saya sudah mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk explore sendiri yang selebihnya.

Amat digalakkan untuk membeli dan membaca sendiri buku-buku di bawah ini. Boleh didapati di MPH atau mana-mana kedai buku berdekatan anda. Diingatkan di sini, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat. Bukan untuk mempromosikan produk. Tiada apa-apa komisen daripada syarikat yang terbabit. Saya bukan anggota affliate mereka. Bukan juga agen pemasaran mereka. Apa yang saya percaya selama ini, jika kita berkongsi ilmu, Allah akan menambahkan lagi keberkatan ilmu tersebut. Alhamdulillah, selama saya mempraktikkan prinsip ini, semua kerja yang ingin saya lakukan berjalan lancar dengan pertolongan Allah.

Ini senarai buku yang telah saya baca:

1. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
2. Bisnes Internet Bina.Upload.Urus
3. Buat Duit Dengan Affliate

Ketiga-tiga buku ditulis oleh pengarang yang sama, iaitu En. Azahar Abdul Rahman. Saya mengesyorkan anda membeli buku yang pertama dahulu. Setelah membaca sendiri isi kandungannya, anda akan tertarik untuk membeli 2 lagi hasil karya beliau tersebut.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan buku dan pengarang ini di laman web beliau: artmand.com


2 comments:

  1. syahrir,

    hang dah pandai guna feedburner tu, jadi boleh hang buat dah kat blog batch gitu

    boleh dikongsikan macam tutorial seperti yang tertera dalam buku?

    ReplyDelete
  2. solah,

    alhamdulillah, hasil explore sendiri berjaya gak buat.
    biasalah "copy ninja kakashi sensei" menggunakan mata "sharingan" nya. :P

    dah buat kt blog batch. hang pun dah jadi admin.

    oh, nak aku buat tutorial ye. boleh. tggu ak buat e-book dulu. satu RM40. haha...

    takdelah. nt ada masa ak try post kat blog batch. tp, mcm susah gak. ak pun nasib baik je tetiba jadi. kena try2 lagi la lepas ni.

    ReplyDelete